Popular Post

Posted by : TUPAI Ogos 01, 2013


Selepas tujuh tahun menyepikan diri, bintang K-drama, Ju Ji-hoon bakal kembali dengan drama terbarunya "Medical Top Team" di MBC.

Menurut laman sesawang M Wave, wakil MBC mengumumkan bintang "Goong" itu telah dipilih membawakan watak Han Seung-jae, seorang doktor perubatan dalaman.

Ju bakal bergandingan dengan Kwon Sang-woo ("The King of Ambition") dan Jung Ryeo-won ("King of Drama") dalam drama terbaru tersebut.

Ju Ji-hoon dilaporkan berkata, "Saya amat gembira dapat bekerjasama dalam satu projek hebat bersama para kru yang baik. Saya akan memfokuskan pada karakter dalaman Han Seung-jae dan menunjukkan suatu kelainan berbanding drama perubatan biasa."

Ini merupakan drama pertama lakonannya di MBC selepas diharamkan daripada stesen tersebut disebabkan skandal penyalahgunaan dadahnya pada tahun 2009.

"Medical Top Team" bakal ditayangkan Oktober ini.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -