Lee Byung-hun tulis surat jelaskan berita perkahwinan

Posted by TUPAI


Selepas pihak media Korea Selatan mengejutkan ramai dengan pengumuman perkahwinan antara pasangan selebriti Lee Byung-hun dan Lee Min-jung, pelakon "IRIS" tersebut membuat keputusan untuk menjelaskan sendiri berita tersebut kepada para peminatnya.

Menurut laman sesawang Allkpop, bintang filem terkenal itu menulis sendiri sepucuk surat peribadi buat para peminatnya untuk mengumumkan perkahwinannya.

Isi surat tersebut bertulis:

"Helo, Lee Byung-hun di sini.

Saya pasti anda semua sihat belaka. Saya amat gembira bila melihat gambar-gambar dari perjalanan sebelum ini. Saya kini berada di Jepun. Saya rasa anda semua pasti tahu mengapa saya menulis surat ini. Saya sudah biasa memberitahu anda semua apa yang berlaku dan saya sepatutnya berkongsi berita gembira ini dengan anda. Tapi berita tersebut dengan pantas disiarkan oleh pihak media tanpa pengetahuan saya dan saya tidak punya pilihan lain selain menyegerakan pemberitahuan ini, jadi saya terlewat untuk mengumumkan kepada anda semua.

Saya akan mengahwini Lee Min-jung, rakan karib dan teman saya pada 10 Ogos.

Saya tidak lupa bahawa saya mampu melakukannya kerana anda semua berada di sisi saya. Saya akan bekerja keras sebagai seorang pelakon yang tak akan berubah dan akan melakukan yang terbaik. Saya tak tahu di mana puncak gunung yang sedang saya daki ini tapi saya akan lakukan yang terbaik dengan mendakinya bersama anda semua.

Selamanya bersyukur."

Surat yang ditulis oleh Lee Byung-hun buat peminatnya.

Hubungan cinta Lee Byung-hun dan pelakon drama "Big", Lee Min-jung mendapat perhatian umum pada Ogos 2012, sekalipun pernah menjalinkan hubungan cinta buat seketika pada tahun 2006, dua tahun selepas Lee Byung-hun berpisah dengan teman wanitanya, pelakon Song Hye-hyo.

Perkahwinan mereka akan dilangsungkan di Grand Hyatt Seoul bertaraf lima bintang pada Ogos ini.

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat, cadangan mengenai artikel serta pertanyaan tentang peraduan, e-mel kami di tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my



VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK