Popular Post

Posted by : TUPAI Januari 28, 2013


Advanced Night Repair Eye Serum Infusion merupakan produk terbaru dari jenama kecantikan terkenal Estee Lauder. Serum ini berfungsi untuk merawat tekstur kulit di bahagian mata di mana tanda penuaan berlaku seperti garis-garis halus, kedutan, bengkak, lingkaran hitam serta tona kulit yang tidak sekata. Ianya dirumus khas dengan teknologi tinggi bagi membantu menghalang kerosakan ozon pada sekitar mata selain membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan tadi.

Antara penyebab utama penuaan adalah wanita pendedahan kepada pancaran sinar UV serta pencemaran alam sekitar. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit serta DNA. Penipisan lapisan ozon juga turut memberi masalah pramatang dan penuaan pada tekstur kulit di bahagian mata. Hal tersebut telah membawa kepada pengeluaran serum berteknologi tinggi ini dari Estee Lauder yang terbahagi kepada:

Teknologi Anti Penuaan
Dikapsul dengan ‘Alkyl Guanine Transferase’(AGT) untuk membantu membaiki kawasan mata yang terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti penipisan lapisan ozon dan sinaran UV.

Teknologi ChronoluxTM Ekslusif
Dengan teknologi ini, dapat mengurangkan tanda-tanda awal penuaan di sekitar mata dan mengurangkan pembentukan dari terjadinya penuaan dari semasa ke semasa.

Pencegahan dan Penghidratan
Merupakan campuran antioksida dan Asid Hyaluronic,serum ini mampu memulih dan mengurangkan masalah lingkaran gelap, bengkak serta rekahan di seleliling mata. 

Serum ini dipakai ketika waktu malam sebelum tidur dan akan memberikan kelembapan, kesegaran serta mengekalkan kulit wajah yang sihat dan cantik serta awet muda. Serum ini boleh didapati dengan harga hanya RM230 sahaja. Untuk kelihantan cantik dan kekal awet muda, apa salahnya berbelanja sedikit untuk penjagaan diri anda.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -