Pandangan mempesonakan

Posted by Ashraf Nasser


Setiap mata yang cantik, bersinar dan bermaya bermula dari penjagaan yang baik dan konsisten. Mata yang letih, bengkak, atau kantung mata (eyebag) adalah ciri-ciri mata yang tidak sihat dan sering berlaku terhadap para wanita masa sekarang. Ini kerana faktor kesibukan bekerja, tidak cukup tidur dan sebagainya.

Bagi para wanita di luar sana jangan risau, masalah ini tidak akan membelengu anda lagi sekiranya anda amalkan beberapa petua seperti di bawah:-

1. Bersih mata anda setiap hari.
Mata yang sihat hendaklah sentiasa dibersihkan samada mata anda ada solekan ataupun tidak. Ini kerana mata adalah antara bahagian yang sensitif berbanding bahagaian wajah yang lain.

2. Minum air masak.
Sama ada penjagaan mata ataupun kulit wajah, minum air masak adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu, minumlah air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan bahagian keliling mata daripada kering dan berkedut khususnya. Namun elakkan minum air dua jam sebelum tidur bagi mengelak terjadinya kantung mata (eyebag) atau hitam di bawah mata.

3. Meletakkan timun atau uncang teh.
Kaedah ini boleh membantu mata anda untuk berehat selain dapat menjimatkan kos. Selain kaedah tradisional ini, meletakkan ais di keliling mata juga dapat membantu melancarkan peredaran darah.

4. Lakukan senaman ringan
Lakukan senaman ringan seperti mengerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Amat sesuai jika kita sering mengadap tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.

, | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat, cadangan mengenai artikel serta pertanyaan tentang peraduan, e-mel kami di tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my



VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK