Popular Post

Posted by : Siti Munawirah Mustaffa Januari 10, 2013


Baru sahaja meningkat popular dengan lagu-lagunya, kini nama Najwa Latif seakan tak lekang dari pelbagai kontroversi.

Jika sebelum ini beliau dilabel anak derhaka atas hubungan renggang dengan bapa kandungnya, kini timbul pula isu Najwa bersikap memilih dan meminta bayaran tinggi bagi setiap persembahan yang diterimanya.

Namun, tohmahan tersebut dinafikan oleh penyanyi berumur 17 tahun itu apabila beliau menjelaskan bahawa beliau sendiri berasa terkejut dengan isu yang dibangkitkan itu.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah buat begitu,” katanya kepada Kosmo!.

“Saya pun tidak tahu macam mana orang boleh cakap begitu, sebab memang saya tidak pernah buat macam itu. Saya tidak pernah letak sebarang harga setakat ini. Saya bukan jenis macam itu, sesiapa yang hendak jemput saya menyanyi, saya ikut bajet mereka. Kami sedia berunding, bajet RM500 pun saya ambil.”

Menurut Najwa lagi, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam membincangkan hal perbelanjaan bersama pihak penganjur untuk setiap persembahan.

Dalam perkembangan lain, beliau kini sedang sibuk mencari ilham bagi pembikinan album barunya.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -