Lima barangan yang tidak perlu dibeli

Posted by Siti Munawirah Mustaffa


Memang sukar untuk membuang tabiat membeli secara keterlaluan kerana seringkali kita pasti ternampak barangan menarik yang jelas terpapar di setiap kedai yang dilalui. Oleh hal yang demikian, bagaimana agaknya cara terbaik untuk kurangkan pembaziran wang tetapi pada masa yang sama masih boleh berpuas hati dengan barangan yang dimiliki?

Di sini, kami senaraikan lima barangan yang anda tidak perlu membeli ketika sedang membeli-belah:

  1. Elakkan dari membeli pakaian, aksesori ataupun apa-apa sahaja jenis produk yang anda rasa tidak membuatkan anda nampak lebih cantik. Walaupun kelihatan cantik, tetapi jika anda tidak berasa selesa ataupun cantik ketika memakainya, pembelian barang tersebut hanya akan membuang duit sahaja. 
  2. Jangan beli kasut yang bersaiz terlalu besar ataupun kecil, walaupun ditawarkan dengan potongan diskaun yang lebih daripada 50%! 
  3. Beli barangan yang diingini, hanya kalau ianya boleh disesuaikan dengan sekurang-kurangnya empat item lain yang terdapat dalam almari pakaian anda agar anda tidak menyesal. 
  4. Tidak kira betapa menarik, ‘trendy’ mahupun murahnya harga barangan tersebut, elakkan dari membelinya sekiranya anda tidak dapat menggambarkan diri anda memakainya lebih dari sekali. 
  5. Benar, setiap orang wanita memerlukan sekurang-kurangnya sehelai ‘dress’ berwarna hitam tetapi jangan membelinya jika anda sudah mempunyai terlalu banyak koleksi jenis pakaian yang sama. Cuba beranikan diri dan belilah sesuatu yang berlainan.

| edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat, cadangan mengenai artikel serta pertanyaan tentang peraduan, e-mel kami di tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my



VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK