Popular Post

Posted by : Nadiah Disember 29, 2012


Arus dunia fesyen sekarang semakin berkembang dan apabila ketandusan idea, para pereka mula berpusing ke belakang mencari sesuatu yang lama untuk di ‘segar’ kan kembali. 

Ternyata eksperimen ini menjadi apabila gaya kebaya 60an yang sering digaya kan oleh wanita-wanita zaman itu kembali menjadi ikutan dan pengemar pereka fesyen masa kini. Gaya kebaya atau fesyen peplum yang menjadi kegemaran Seniwati Saloma pada zaman itu telah diberi rekaan dan ilham yang terkini mengikut arus kemodenan sekarang. 

Peplum berasa daripada perkataan Greek iaitu Tunic yang bermaksud ‘Short overskirt that is usually attached to afitted jacket, blouse or dress’. Secara ringkasnya peplum ialah pakaian yang mempunyai bentuk kembang atau kelopak bunga di pinggang bagi memberikan ilusi ramping dan menyerlahkan lagi bentuk badan seseorang wanita itu. 

Peplum boleh disuaipadan kan dengan pelbagai gaya contohnya boleh dipadan atau dipakai bersama legging, skirt mahupun seluar denim. Mungkin gaya peplum ini lebih sesuai kepada wanita yang bertubuh lansing ataupun kurus tetapi bagi yang bertubuh gempal usahlah risau kerana warna juga memainkan peranan, pilihlah warna yang gelap bagi menimbulkan ilusi ramping. 

Biar apapun bentuk tubuh badan anda baik kurus aaupun gempal keyakinan diri sangat penting dalam berfesyen. Jangan takut untuk mengaya apa saja pakaian terutama gaya peplum ini semakin digemari oleh para artis kita di Malaysia ini seperti Neelofa Erra Fazira dan Nora Danish. 

Jadi untuk kelihatan cantik seperti mereka apa salah kita mencubanya.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -