Pengarah SESAME STREET meninggal dunia

Posted by TUPAI


Di usia 71 tahun, pengarah rancangan “Sesame Street”, Emily Squires, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Mount Sinai, New York pada hari Rabu, bersamaan dengan 21 November yang lepas.

Beberapa sumber melaporkan bahawa punca kematian beliau masih belum lagi mendapat kepastian sehingga kini, seperti yang diberitahu oleh suaminya, Len Bezler.

Selain mengarah dan menulis siri rancangan popular kanak-kanak, “Sesame Street” semenjak tahun 1987, Squires turut mengarah beberapa rancangan istimewa “Sesame Street” dan “Between The Lions”, iaitu sebuah rancangan yang menggalakkan hobi membaca di kalangan kanak-kanak.

Di samping itu, beliau juga menulis untuk rancangan teledrama seperti “The Guiding Light”, “Search For Tomorrow”, “The Secret Storm” dan “As The World Turns”.

Salah sebuah dokumentari yang pernah diarahkan oleh beliau termasuklah “Visions of Perfect Worlds”, iaitu sebuah perbualan yang dibuat bersama Dalai Lama.

Penglibatan beliau dalam “Sesame Street” yang bertahan lebih daripada 20 tahun itu telah membuahkan kejayaan besar dalam hidupnya apabila beliau berjaya memiliki enam anugerah Emmy Awards.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat, cadangan mengenai artikel serta pertanyaan tentang peraduan, e-mel kami di tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my



VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK