Popular Post

Posted by : TUPAI 30 Julai 2012



Bintang
Keseluruhan: 2 Bintang 
Pelakon: 3 Bintang 
Plot: 2 Bintang
Kesan Khas: 1.5 Bintang 
Sinematografi: 2 Bintang 


Tonton filem ini jika anda: “1957: Hati Malaya” 

Mungkin apa yang ingin diolah mengenai filem yang telah ditonton ini disebabkan kurang pendedahan di dalam filem tempatan, namun apa yang pasti filem ini boleh dikategorikan di antara filem yang baik yang mana tiada yang sama seperti filem “Tanda Putera”. 


Selepas kejayaan beliau dengan sekuel filem “Pontianak Harum Sundal Malam”, Datin Paduka Shuhaimi Baba kini bakal memberikan pembaharuan kepada semua penonton yang menggemari filem sejarah khususnya. Filem ini mengisahkan tentang kejadian rapuh yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku akibat dari perbalahan kaum. Filem ini dilihat memang menfokuskan Tun Razak (Rusdi Ramli) sebagai Perdana menteri yang kedua Malaysia dengan rakan baiknya Tun Dr Ismail (Zizan Nin) dan juga perjuangan beliau di dalam melawan penyakit ketika Negara berada di ambang pergolakan. 



Perkara pertama yang anda harus tahun, filem “Tanda Putera” memperjuangkan sejarah Negara kita, tanpa pengetahuan dan kajian yang cukup mengenai sejarah Malaysia mungkin akan menyebabkan anda berasa filem ini sedikit mengelirukan dan tidak faham apa yang mereka ingin sampaikan. Disamping filem ini turut dikategorikan sebagai filem dokumentari, pengarah dan juga produksi telah melabel filem ini sebagai antara filem fiksyen, dengan campuran elemen drama, suspen dan juga aksi. 





Pada permulaan tangkapan dan canangan yang diterima pasti mengatakan filem ini antara filem hebat yang ada namun apabila sudah menonton pasti anda akan berasa seperti tidak kena, kelam kabut apabila banyak sejarah yang cuba diceritakan pada masa hanya 2 jam. Pasti banyak babak yang dipaparkan sedikit memberikan kekeliruan kepada penonton. Filem ini diteruskan lagi dengan kisah Tun Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu yang berjaya mencipta jenama kapal terbang sendiri iaitu Malaysia Airlines. 




Terma kurang menyengat boleh digambarkan untuk filem ‘Tanda putera” apabila menceritkan penghabisan sebelum sempat penonton memahami isi kandungan awal penceritaan. Seperti contoh, terdapat banyak babak di dalam filem yang menunjukkan terdapat banyak kekejaman yang dibuat oleh orang tempatan dan juga komunis tetapi babak ganas itu seperti melangkah ke depan tanpa ada isi sehingga penonton merasakan kekejaman itu mempunyai maksud lain. 






Diikuti dengan perjalanan suara latar, babak kejam dilihat seperti kurang memberi kesan seperti keluar dari tema. Walaupun tidak semua filem memerlukan kekejaman bertaraf pencapaian Quentin Trantino, namun mengambil kira filem tersebut untuk mempromosikan sebagai filem “pelajaran sejarah mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969” sepatutnya meletakkan syarat penonton P13. 

Sebagai tambahan, kekerapan penggunakan teknik mengimbas kembali di dalam filem ini hanya menampakkan kelemahan pengarah. Sebagai saranan, mungkin pengarah boleh mengambil masa yang lama untuk beberapa babak yang perlu difokuskan sahaja berbanding memasukkan kesemua elemen sehingga nampak bercelaru. 



Walaubagaimanapum, Shuhaimi telah Berjaya menyentuh dan memberikan nilai senyuman kepada penonton tempatan , terutamanya Tun Dr Mahathir. Jika apa sahaja yang menampakkan filem ini berjaya adalah disebabkan pemilihan pelakon yang sememangnya mantap. Contohnya Rusdi Ramli yang memegang watak sebagai Allahyarham Tun Razak, pemimpin kedua di saat itu yang membuat sehabis mungkin untuk menyelamatkan negaranya yang mana ketika itu beliau cuba memberikan kegembiraan kepada semua penduduk yang berbilang kaum wlaaupun di dalam keadaan sakit. Zizan Nin tidak kurang hebatnya apabila memegang watak sebagai tulang kanan Tun Razak iaitu Tun Ismail yang mana dia turut banyak membantu dalam menyelamatkan Negara ketika itu. 



Sebagai konklusi, persembahan dari segi lakonan dari kesemua pelakon terutamanya Rusdi Ramli sebagai Tun Razak manakala Zizan Nin sebagai rakan baik , Tun Dr Ismail, Filem “Tanda putera” adalah filem air mata yang pasti akan menyentuh ramai pihak .


- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -