Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta... Salam Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-57

Popular Post

Posted by : TUPAI 05 Julai 2012

Aktres filem Datuk Seri Michelle Yeoh sekali lagi membanggakan Malaysia apabila menjadi orang Malaysia pertama yang terpilih sebagai salah seorang juri untuk Anugerah Academy yang bakal berlangsung pada tahun 2013.

Sebanyak 176 pelakon dan pengarah telah diundang oleh Academy Of Motion Picture Arts And Sciences untuk menjadi juri di mana mereka akan memilih calon yang layak memenangi Anugerah Academy iaitu satu acara penghargaan filem berprestij di Hollywood.

Selain daripada aktres berusia 49 tahun kelahiran Ipoh, Perak ini, Andy Serkis ("The Lord Of The Rings"), Jean Dujardin ("The Artist"), Jessica Chastain ("The Help"), Jonah Hill ("Moneyball"), Matthew McConaughey ("Magic Mike") dan Terrence Malick ("The Tree of Life") adalah antara bintang Hollywood yang turut diundang untuk sesi penghakiman.

Bintang Asia yang turut tersenarai sebagai para juri adalah pengarah kreatif Wong Kar Wai, yang terkenal dengan filem romantiknya seperti "In The Mood For Love", "Happy Together" dan "2046". Wong Kar Wai dan Yeoh merupakan ahli Asian Academy yang terbaru menyertai Ang Lee, Chen Kaige, Jet Li, Joan Chen dan Zhang Ziyi.

Penglibatan Yeoh dalam Oscar bermula pada tahun 2001 menerusi filem "Crouching Tiger, Hidden Dragon" dimana filem tersebut telah dicalonkan untuk sepuluh anugerah dan berjaya memenangi empat, termasuk Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik. Selain daripada itu, filem "Memoirs Of A Geisha" yang dibintangi beliau turut berjaya memasuki senarai Oscar apabila filem tersebut dicalonkan untuk enam anugerah dan berjaya memenangi tiga.

Terbaru Yeoh telah memberikan sebuah lagi persembahan yang hebat dalam filem biografi "The Lady" yang berdasarkan kisah hidup Aung San Suu Kyi.

Panel juri akan memulakan pengundian untuk Oscar ke-85 pada 24 Februari 2013.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -