20 koleksi raya terbaru daripada Rizalman

Posted by TUPAI


Kolaborasi di antara pereka tempatan yang sudah berkecimpung lebih dari 16 tahun dalam industri fesyen, Rizalman Ibrahim dengan kerjasama pasaraya terbesar Malaysia, Tesco bakal mengilhamkan koleksi baju raya bagi tahun 2012. 

Sudah pasti mereka yang menanti rekaan dari Rizalman tidak sabar untuk melihat sendiri 20 pasang koleksi raya yang direka khas untuk dijual di pasaraya itu nanti. Majlis pelancaran eksklusif bakal dibuat pada 7 Julai ini nanti. 
Potongan kurug kedah menggunakan warna merah jambu sebagai daya penarik
Koleksi kali ini memperlihatkan sofistikated moden dengan corak terang bewarna merah, merah jambu dan juga hitam putih menjadi pilihan Rizalman. Kebaya dan baju kurung moden yang dijual nanti turut memperlihatkan rekaan lebih segar dengan memasukkan corak polkadot dan garis melintang. 

Bagi mereka yang masih mencari rekaan paling sesuai bagi raya tahun ini, apa kata pergi ke Tesco berhampiran anda untuk memiliki sendiri baju raya rekaan pereka fesyen terkenal dengan harga berpatutan yang berharga dari RM180 hingga RM250.


Kain lace yang digunakan untuk baju kurung in tampak begitu tradisional namun ditambah dengan potongan juraian dibawah ditambah dengan riben tampak lebih moden
Menggunakan warna kontra sebagai taruhan, fesyen ini pasti menarik mata  sesiapa yang melihat!
baju tradisional melayu namun ditambah sedikit dengan rekaan ala perancis!
Tidak menyangka corak garisan sebegini boleh dijadikan sebagai corak baju kurung, namun Rizalman berjaya menyakinkan pelanggan!


Kredit gambar dari: emmagem

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat, cadangan mengenai artikel serta pertanyaan tentang peraduan, e-mel kami di tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my



VIDEO

TUPAI @ FACEBOOK