Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta... Salam Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-57

Popular Post

Posted by : TUPAI 29 Mei 2012


Pelakon yang dahulu popular dengan drama Gol & Gincu, Fazura kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan pula apabila baru-baru ini beliau telah merasmikan butik pakaian pertamanya di Bangsar Ahad lalu. 

Butik yang diberi nama House Of Doll ini diilhamkan olehnya sendiri kerana minat yang mendalam dalam bidang fesyen. 

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin sememangnya sentiasa dilihat tampil menawan dengan pakaian dan juga rekaan kasut yang memukau, kini melangkah satu tapak kehadapan apabila mengambil inisiatif untuk membuka butik pakaiannya sendiri buat peminat-peminat yang sentiasa bertanyakan tentang pakaian yang sering digayakannya. 

“Kedai ini saya jadikan sebagai almari kedua saya dimana baju yang terdapat di sini akan saya gayakan agar pembeli dapat melihat lebih jelas hasil dan juga rekaan baju yang ada dimana kami menitik beratkan kualiti pakaian.” 

Menurut Fazura, buat masa ini beliau mahu menumpukan perhatian pada perniagaan barunya itu dan mahu melupakan seketika dunia hiburan sebagai pelakon. 

“Buat masa ini, saya akan fokus dengan butik ini dahulu. Apabila sudah stabil mungkin saya akan kembali berlakon jika ada tawaran dan kena dengan saya.” 

Selain daripada baju sedia, Fazura memberitahu bahawa beliau turut berkolaborasi dengan pereka terkenal, Rizman Ruzaini dalam mereka 10 helai pakaian eksklusif. 

Sementara itu, Fazura kini dalam perancangan untuk menghasilkan harumannya sendiri dan juga kasut dimana ia sudah menjadi sinonim dengan dirinya. 

Butik House Of Doll ini terletak di Jalan Telawi, Bangsar dan beroperasi setiap hari dibuka pada pukul 10.30 pagi hingga 8.30 malam.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -