Jimmy Shanley mahukan isteri kembali

Posted by TUPAI


Pengacara Azmi Norjahan Saleh atau dikenali sebagai Jimmy Shanley tetap akan terus berusaha untuk berbaik semula dengan isterinya yang kini sudah tidak tinggal sebumbung demi anak perempuan sulung mereka, Zahrah Shanley.

Dipetik daripada mStar Online, Jimmy memberitahu segala yang dilakukannya adalah demi anaknya yang kini berusia sembilan bulan serta berharap isterinya, Nursuhaila Eliany Suhaimy kembali taat kepadanya.

"Sudah tentu saya masih sayangkannya dan apa yang saya lakukan ini adalah demi kebahagiaan kami dan Zahrah," ujar Jimmy yang terpaksa meneruskan prosiding di mahkamah selepas isterinya enggan menyelesaikan masalah di luar mahkamah.

Berbeza pula dengan Nursuhaila yang memberitahu mahkamah bahawa dia sudah tawar hati untuk kembali semula ke pangkuan Jimmy.

Sementara itu Jimmy turut mengakui ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam bahawa dia pernah menampar Nursuhaila yang dikatakan tidak menurut kata ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand beberapa hari selepas berkahwin.

Pada masa yang sama, Jimmy enggan mengulas lanjut selepas isterinya membuat tuntutan hadanah (tuntutan hak penjagaan anak) dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Pasangan ini telah bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Masalah yang melanda rumah tangga mereka telah memaksa Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook