Mungkinkah kedua-dua pelakon ini sudah bersedia untuk mempunyai hubungan cinta yang baru selepas berpisah dengan kekasih lama?
Selepas lebih dari seminggu yang lalu pelakon muda Zac Efron dan Lily Collins dilihat berpegangan tangan di restoran STK yang terletak di Hollywood Barat, kini pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta dilihat menghabiskan waktu bersama pada Hari Kekasih.
![]() |
| Digambarkan bersama pada Hari Kekasih. |
Walaubagaimanapun pasangan ini masih enggan mengulas lebih lanjut tentang status hubungan mereka.
Sebelum ini Collins yang merupakan anak kepada penyanyi Phil pernah dikhabarkan bercinta dengan aktor Taylor Lautner ketika bergandingan dalam filem "Abduction". Manakala Efron pula belum pernah dilihat mempunyai hubungan cinta yang serius selepas berpisah dengan aktres "High School Musical", Vanessa Hudgens setahun yang lalu.
Sementara itu, Collins bakal muncul dengan filem "Mirror Mirror" yang dijadualkan berada di pawagam Malaysia pada 29 Mac 2012, manakala Efron pula dengan filem animasi "The Lorax" pada 8 Mac 2012.
Sementara itu, Collins bakal muncul dengan filem "Mirror Mirror" yang dijadualkan berada di pawagam Malaysia pada 29 Mac 2012, manakala Efron pula dengan filem animasi "The Lorax" pada 8 Mac 2012.



