Dianna Agron kembali kepada bekas teman lelaki

Posted by TUPAI


Bintang siri "Glee", Dianna Agron dilaporkan kembali bersama dengan bekas teman lelakinya, Sebastian Stan selepas dilihat menikmati makan malam romantik pada Hari Kekasih baru-baru ini.

Menurut petikan laporan Us Weekly, satu sumber mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu bahawa cinta mereka baru sahaja bertaut semula.

"Mereka sudah kembali bersama. Ia berlaku selepas minggu Anugerah Golden Globe," jelas sumber tersebut.

Selepas menikmati makan malam di Bistro La Poubelle, pasangan ini dilihat bercumbu-cumbuan ketika menunggu kenderaan mereka.

Agron, 25, dan Stan, 28, telah berpisah pada Disember tahun lalu selepas tujuh bulan bercinta. Menurut sumber lain, punca perpisahan tersebut disebabkan Agron tidak yakin dan seringkali bimbang sekiranya Stan akan curang ketika menjalani penggambaran.

Sumber turut memberitahu bahawa Stan pada mulanya teragak-agak untuk kembali bersama Agron.

"Dianna inginkan kemaafan dan mahu kembali bersama.

"Sebelum ini Sebastian telah mengarahkan semua rakannya supaya tidak berkawan dengan Dianna dan memberitahu tindakannya untuk berpisah adalah sesuatu yang kejam. Kini apabila mereka sudah bersama, keadaan menjadi agak janggal," kata sumber itu lagi.

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook