Popular Post

Posted by : TUPAI Februari 29, 2012

Baru sahaja mengikat tali pertunangan dan masih enggan bercerita tentang tarikh pernikahan mereka, ia tidak menghalang pasangan selebriti terkenal Indonesia, Anang Hermansyah dan Ashanty untuk membuat perancangan awal tentang gambar pra-perkahwinan mereka.

Dipetik daripada Kapan Lagi, Anang dan Ashanty yang kini giat merancangan perkahwinan mereka ingin mengambil gambar mereka di negara matahari terbit, Jepun memandangkan mereka akan mengadakan konsert di sana tidak lama lagi.

"Oleh kerana konsert di Jepun pada bulan April ini adalah ketika musim bunga sakura, kami ingin mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan penggambaran pra-perkahwinan di sana juga," ujar Ashanty.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis mewah yang diadakan di Hotel Shangri-La, Jakarta Pusat pada 25 Februari lalu.

Pada majlis tersebut yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat, Anang telah melamarnya dengan menyanyikan lagu "Jodoh" dan anak perempuannya dengan bekas isteri Krisdayanti, Aurel bertanyakan kepada Ashanty sekiranya sudi menjadi isteri kepada bapanya.

Anang turut berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar sehinggalah tibanya hari perkahwinan mereka.

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -