Bintang
Keseluruhan: 3
Pelakon: 3.5
Plot: 2.5
Efek Khas: 3.5
Sinematografi: 2.5
Tonton filem ini jika anda suka: "Santau", "Mantera", "Jangan Tegur", "Jangan Pandang Belakang", "Flat 3A"
"Assalamualaikum.....kumm......kumm". Itulah salah satu dialog yang masih lagi bermain dalam minda penulis iaitu dialog daripada watak mahluk halus yang menyerupai seorang wanita yang menjadi tonggak utama filem "Sumpahan Kum-Kum".
Filem kelima daripada sutradara Ismail Bob Hashim dan juga filem kedua terbitan MIG pada tahun 2012 ini membaris pelakon-pelakon baru yang selalunya dapat ditonton melalui telefilem-telefilem mingguan. Nampaknye percaturan MIG pada kali ini kemungkinan berisiko tinggi, itulah pendapat penulis yang tidak meletakkan harapan tinggi sebelum menonton "Sumpahan Kum-Kum".
Setelah berjaya menahan emosi ketakutan daripada element of surprise yang disajikan selama 1 jam 28 minit, penulis bersetuju dengan pemilihan pelakon-pelakon underdog ini dan berpuas hati dengan lakonan yang telah dipersembahkan oleh mereka.
Pada permulaan dan pertengahan filem, agak sukar dan keliru bagi penulis untuk memahami apa yang cuba disampaikan sehingga ianya membuatkan penonton berasa draggy dan jemu dengan element of surprise yang tidak sudah dihidangkan. Tidak kurang juga dengan babak-babak dan elemen klise yang sering kali dapat dilihat dalam filem-filem seram terbitan MIG.
Penulis berpendapat bahawa kekeliruan itu mungkin berlaku daripada kekurangan atau ketiadaan sub-plot yang kukuh untuk membantu keseluruhan plot. Mungkin lagi menarik jika pacing plot tidak terlalu slow & draggy.
Namun daripada kekeliruan dan kekurangan itu masih membuat penonton menantikan babak-babak seterusnya, penonton juga dapat terhibur dengan dialog-dialog komikal serta efek khas yang dapat memukau emosi seram penonton. Tidak kurang juga dengan lakonan Fezrul Khan, Puteri Mardiana dan pendatang baru Shima Anuar yang telah menaikkan standard lakonan filem MIG di suatu aras lebih baik daripada filem-filem sebelum ini.
Secara keseluruhan filem ke-54 MIG kali ini tidak menghampakan seperti mana yang dijangka. Dengan barisan pelakon-pelakon baru, sutradara Ismail Bob Hashim mampu menyerlahkan bakat mereka. Bak kata Mejar David Teo, "Bintang Dicipta, bukan dilahirkan".
| Dari kiri: Fezrul Khan, Shima Anuar, Wawa Zainal, Ismail Bob Hashim & Major David Teo |
David Teo
,
Fezrul Khan
,
Filem
,
Ismail Bob Hashim
,
Putri Mardiana
,
Shima Anuar
,
Tempatan
,
Ulasan
|

