Dalam satu temubual bersama Piers Morgan, penyanyi kelahiran London berkata dia boleh melihat mereka berdua berusaha memperbaiki isu yang timbul dalam perkahwinan mereka dan mungkin berbaik semula.
"Anda tidak boleh berkata 'tidak'. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak isteri saya dan berbohong kepada anda bahawa kami tiada masalah. Sudah tentu kami ada masalah, kalau tidak mengapa perlu berpisah?
"Kami mempunyai masalah dan berdepan dengan pelbagai isu. Namun kami sentiasa boleh berhadapan dan berbincang mengenainya sebelum ini.
"Saya tidak tahu jika buat masa sekarang saya ingin berbaik semula. Jika ia adalah sesuatu yang mudah, sudah pasti kami masih bersama sehingga sekarang. Itu adalah realiti," ujar penyanyi berusia 48 tahun ini.
![]() |
| Ketika temubual bersama Piers Morgan. |
Bercerita tentang cincin yang masih disarung di jarinya, Seal memberitahu ia adalah tanda cinta kekal abadi terhadap isterinya yang merupakan seorang supermodel terkenal berasal dari Jerman.
"Ia melambangkan hormat, kesetiaan, kenangan terindah, empat orang anak yang dikurniakan serta segala yang Heidi lakukan dalam kehidupan saya selama lapan tahun ini.
"Saya memakai cincin ini kerana saya masih lagi berkahwin kepada seorang wanita yang hebat. Saya bukan seperti manusia yang berkata 'saya benci kamu' dan terus membuang cincin perkahwinan mereka."
Seal turut menegaskan bahawa sekiranya mereka mampu mengatasi masalah yang dihadapi dan berbaik semula, dia tetap tidak boleh berkata-kata bagi pihak isterinya.
![]() |
| Heidi Klum dan Seal bersama anak-anak mereka. |
Pasangan ini telah berkahwin pada 10 Mei 2005 dan dikurniakan tiga orang anak kandung Henry Gunther Adeola Dashtu Samuel, Johan Riley Fyodor Taiwo Samuel dan Lou Sulola Samuel. Sebelum itu, Klum mempunyai seorang anak perempuan bernama Helena Boshoven Leni Klum, hasil hubungannya bersama pengarah pengurusan pasukan Formula One Renault, Flavio Briatore. Seal telah mengambil Leni sebagai anak angkat secara rasmi pada Disember 2009.




