Rosyam Nor: Usia bukan penghalang

Posted by TUPAI

Bagi peminat yang sememangnya menantikan kemunculan beliau di layar perak pasti gembira dengan perkhabaran ini. Mohd Noor Shamsuddin atau lebih dikenali dengan Rosyam Nor merupakan antara pelakon yang membintangi filem prekuel "KL Gangster 2".

Memegang watak Tailong dalam filem ini, ia merupakan watak yang memerlukan aksi berani dan mencabar serta boleh dikatakan paling ganas.

Rosyam memberitahu Berita Harian bahawa beliau teruja membintangi filem ini kerana sudah lama tidak mendapat tawaran watak yang menguji kemampuannya.

"Saya langung tidak boleh menolak bahkan berterima kasih kerana diberi tanggungjawab untuk memikul watak sebegini.

"Peluang yang diberikan Skop Production Sdn Bhd (SPSB) kepada saya menunjukkan bahawa saya masih mampu untuk melakonkan watak ganas sebegini walaupun usia sudah meningkat," ujar Rosyam yang akui karakter tersebut akan memberi impak kepada kariernya.

Kebanyakan aksi lagak ngeri yang dilakukan dalam filem ini merupakan hasil perbincangan Rosyam bersama pengarah.

"Ada beberapa lagak ngeri yang dilakukan oleh saya sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri. Bagi saya, ia merupakan penghargaan kepada pengarah dan mahu berikan yang terbaik untuk filem ini."

Filem garapan pengarah muda Syamsul Yusof ini bakal ditayangkan pada tahun ini dan turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Shoffi Jikan dan ramai lagi.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook