Priyanka Kothari teruja berlakon OPS KOSSA DAPPA 3

Posted by TUPAI

Pelakon Bollywood, Priyanka Kothari menyatakan rasa teruja dan gembira apabila diberi peluang untuk membintangi filem Tamil tempatan yang bakal dibawa ke persada antarabangsa, "Ops Kossa Dappa 3: The Final Dappa".

"Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada penerbit yang memberi saya peluang dan kepercayaan untuk turut terlibat sama dalam filem ini.

"Ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga buat saya kerana berpeluang bekerjasama dengan barisan pelakon tempatan lain," ujar pelakon berusia 28 tahun ini di sidang media filem yang diadakan di ibu kota semalam.

"Ops Kossa Dappa 3: The Final Dappa" yang berkisarkan kisah penyiasatan ini menggabungkan Priyanka bersama-sama pelakon Kollywood, Kadhal Dhandabani dan pelakon tempatan seperti Sashitharan, Logan, Jasmine dan juga supermodel terkenal, Amber Chia.

Diterbit dan diedarkan oleh SSK Resources Sdn. Bhd., "Ops Kossa Dappa 3: The Final Dappa" akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada Jun dan di India pada Julai atau Ogos tahun ini.

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook