Popular Post

Posted by : TUPAI 31 Januari 2012

Model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menafikan dirinya trauma selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan kerabat diraja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

"Saya tidak trauma tetapi saya sememangnya tidak mempunyai teman lelaki lagi," ujar model berusia 19 tahun kepada media Indonesia selepas ditemui di majlis resepsi perkahwinan temannya, Febry Rizky Andhika Siregar bersama vokalis kumpulan Lyla, Indra Perdana Sinaga di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta Pusat baru-baru ini.

Ketika ditanya tentang kriteria lelaki idamannya, model berdarah campuran Perancis dan Bugis ini memberitahu dia bukanlah seorang yang memilih, sebaliknya mementingkan keserasian.

"Tidak kira banyak kriteria yang dimiliki oleh seseorang, apa yang penting adalah keserasian antara satu sama lain dan saling memahami."

Manohara yang berkahwin pada usia 16 tahun memberitahu dia juga tidak memilih calon pasangannya berdasarkan pangkat atau golongan tertentu dan pada masa yang sama berusaha melakukan perubahan agar rumah tangganya akan menjadi lebih baik satu hari nanti.

Advertisement
Advertisement

- Copyright © Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail! -