Kuala Lumpur Filem Festival Palestin 2012

Posted by TUPAI


Viva Palestina Malaysia (VPM) dengan kolaborasi bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menganjurkan Festival Filem Palestin Kuala Lumpur 2012 (KLPFF) bersempena usaha kutipan dana Viva Palestina 6 ke Gaza yang diadakan oleh VPM.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal melancarkan majlis tersebut yang disokong oleh Golden Screen Cinemas di mana ia akan mula ditayangkan daripada 4 hingga 6 Februari akan datang di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Pengasas Viva Palestina, George Galloway turut akan membuat penampilan istimewa pada acara tersebut bagi mempersembahkan hasil karya seperti dokumentari, komedi dan animasi daripada pengarah Palestin antaranya Julia Bacha, Francesco Cannito, Luca Cusani, Ani Folman, Stephane Marchetti, Alexis Monchovet dan Vibeke Lokkeberg.

Kemasukan percuma diberikan kepada semua filem yang ditayangkan sempena festival ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Viva Palestina Malaysia di www.vivapalestina-my.org.

Jadual tayangan filem adalah seperti berikut.


        Tarikh

             Masa

           Lokasi

        Tajuk Filem

4 Februari
(Sabtu)



11.30 pagi
1.30 petang
3.00 petang

3.15 petang
7.00 petang

Dewan 6


-Abu Jamil Street
-Inshallah Beijing!
-Tears Of Gaza (Jemputan sahaja)
-Budrus
-Waltz With Bashir


5 Februari
(Ahad)

11.30 pagi
1.30 petang
3.30 petang
5.30 petang
7.10 petang

Dewan 6


-Abu Jamil Street
- Waltz With Bashir
-Tears Of Gaza
-Inshallah Beijing
-Budrus

6 Februari
(Isnin)

11.30 pagi
1.30 petang
3.30 petang
6.15 petang
7.00 petang

Dewan 6


-Abu Jamil Street
-Budrus
-Tears Of Gaza
-Inshallah Beijing
- Waltz With Bashir

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook