Cavallari memberitahu, "Kami sangat teruja dan ingin mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata bersama. Ia adalah satu detik terindah dalam kehidupan kami dan tidak sabar untuk bertemu dengan ahli baru dalam keluarga kami."
Sebelum ini Cavallari dan Cutler pernah memutuskan pertunangan mereka pada Julai tahun lalu. Walaubagaimanapun pasangan ini berbaik semula dan menyambung semula tali pertunangan tersebut pada November tahun yang sama.
Selepas mereka berbaik semula, Cavallari, 28, berkata, "Kadang-kala untuk membuatkan sesuatu perkara jadi lebih baik, kita perlu mengakhirinya walaupun untuk seketika."


