Katy Perry sertai The Sims

Posted by TUPAI

Jika Lady Gaga memiliki ladangnya sendiri menerusi Gagaville, agak tidak mengejutkan sekiranya pesaing kuatnya, Katy Perry turut terjun ke dalam arena permainan video.

Terbaru, Electronic Arts telah mengumumkan usahasama kreatif eksklusif bersama pelantun lagu "The One That Got Away" tersebut menerusi siri permainan terbaru "The Sims 3 Showtime: Katy Perry".
Kolaborasi kreatif tersebut akan menghimpunkan beberapa siri edisi pertama iaitu Collector's Edition yang akan diedarkan pada Mac depan.

Menerusi "The Sims 3 Showtime: Katy Perry", pemain akan mengumpul barangan virtual bertemakan fesyen esentrik penyanyi tersebut seperti fesyen rambut pelbagai warna dan busana ganjil termasuklah pentas virtual yang diinspirasi daripada pentas siri konsert jelajah terbaru Perry.

"Saya memang selalu menganggap diri saya sebagai kartun dan kini saya adalah salah seorang warga The Sims," ujar penyanyi tersebut dalam satu kenyataan yang dipetik daripada Rolling Stone.

Perry bukanlah satu-satunya selebriti yang membuat penampilan khas dalam francais siri permainan video ini. Sebelum ini aktor dan pelawak, Drew Carey turut membuat penampilan istimewa di dalam "The Sims 2: House Party".




Katy Perry dalam "The Sims 3 Showtime: Katy Perry"

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook