Katherine Heigl ingin anak angkat lagi

Posted by TUPAI


Selepas mengambil anak angkat perempuan daripada Korea tiga tahun lalu, aktres "Life As We Know It", Katherine Heigl mempunyai keinginan untuk menambah ahli keluarganya.

Mengakui membesar bersama kakak angkat dalam keluarganya secara tidak langsung mempengaruhi keputusannya, Heigl memberitahu Scholastic Parent & Child bahawa dia dan suami, Josh Kelley pernah membincangkan perkara tersebut sebelum berkahwin.

"Kakak saya, Meg adalah daripada Korea dan ibu bapa saya mengambilnya sebagai anak angkat tiga tahun sebelum saya dilahirkan. Saya ingin keluarga saya mempunyai persamaan dengan apa yang saya lalui sebelum ini. Oleh itu saya sentiasa tahu bahawa saya ingin mengambil anak angkat dari Korea."

Oleh itu, Heigl dan suaminya telah mengambil Naleigh, kini berusia tiga tahun yang turut berasal dari Korea.

Aktres berusia 33 tahun ini mengakui Kelley, 31, terpaksa belajar untuk memahami dan menerima idea mengambil anak angkat pada mulanya.

"Naleigh dilihat lebih selesa dengan Josh pada mulanya dan lebih rapat. Berbeza pula dengan saya," ujar Heigl.

Suka dengan peranannya sebagai seorang ibu, Heigl memberitahu bahawa dia dan suami pernah berbicara untuk mempunyai anak biologikal.

"Kami pernah berbincang tentang perkara tersebut tetapi membuat keputusan untuk memulakannya dengan anak angkat. Saya cuma ingin menjadi seorang ibu. Oleh itu saya ingin sekali mempunyai anak angkat lagi," akhirnya.

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook