Jaclyn Victor enggan jadi pak turut

Posted by TUPAI

Penyanyi bersuara lantang kelahiran Kuala Lumpur, Jaclyn Victor teruja apabila ditawarkan bernaung di bawah syarikat milik trio adik-beradik KRU kerana beliau sangat meminati mereka.

Menurut Jac, dia melihat kerjasama yang terbentuk ini sebagai positif dalam kerjaya seninya memandangkan KRU Music serta Edry Abdul Halim selaku komposer dan penerbit album Jac tahu apa yang diinginkannya.

"Ketika saya menerima tawaran ini, Edry memberitahu dia tahu bagaimana ingin mengangkat nama saya ke peringkat lebih tinggi. Saya percaya mereka tahu apa yang saya inginkan sebagai penyanyi.

"Kolaborasi ini berlaku tepat pada masanya. Jenama KRU dalam industri muzik dan perfileman tanah air bukan sahaja gah di Malaysia sahaja, malah di peringkat global.

"Saya juga amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga KRU Music," ujarnya ketika majlis pelancaran di Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Jac yang enggan menjadi 'pak turut' dalam industri ini sempat memberitahu Edry banyak memberi ruang untuk dirinya meluahkan pendapat atau keinginan.

Jaclyn Victor kini menyertai keluarga besar KRU Music.

Edry turut memuji versatiliti yang dimiliki oleh Jac ketika bekerjasama dalam lagu "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain untuk Anugerah Juara Lagu ke-26 yang akan berlangsung Ahad ini.

"Ketika bekerjasama sepanjang proses tersebut, saya dapat merasakan Jac mampu membawa lagu-lagu ciptaan saya dengan gayanya yang tersendiri.

"Lalu saya gubahkan lagu "Sebelah Jiwaku" khas untuknya yang menceritakan kekuatan seorang wanita untuk meneruskan kehidupan setelah gagal dalam percintaan," ujar Edry.

KRU Music kini dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah album penuh untuk Jac yang mengandungi lima buah lagu Melayu dan satu lagu Inggeris.

Single terbaru Jac, "Sebelah Jiwaku" bakal dilancarkan Februari akan datang merupakan lagu tema untuk filem drama muzikal "29 Februari" yang turut diarahkan oleh Edry.

Manalala satu lagu Inggeris yang bakal dirakamkan oleh Jac bakal digunakan untuk filem animasi tiga dimensi "Ribbit" yang diarahkan oleh Chuck Powers.

Bekas juara "Malaysian Idol" ini pernah bernaung di syarikat rakaman Monkey Bone.

, , , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook