Baru-baru ini pengambaran muzik video “Pencinta Terbaik” nyanyian kumpulan SOFAZR dijalankan di Studio B KRU Studios, Cyberjaya. Lagu yang dicipta sepenuhnya komposer Edry Abdul Halim ini juga adalah merupakan lagu tema kepada filem ke-10 terbitan KRU Studios iaitu “Cinta Kura-kura”. “Cinta Kura-kura” merupakan filem fantasi komedi yang menampilkan watak animasi 3D seperti peneraju "Smurf" dan "Garfield" yang akan berada dipawagam pada 1 March 2012.
KRU Studios telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada CST Production untuk menjadi sebuah produksi tempatan untuk membuat penggambaran muzik video tersebut.Pengarah untuk muzik video ini, Al Fahim Mokhtar telah memilih konsep muzik video ini dengan elemen lakaran kertas dan elemen-elemen keceraian warna seperti yang terdapat dalam filem komedi tersebut.
Kerjasama diantara SOFARZ dan KRU Studios merupakan pilihan yang tepat kerana KRU Studios sudah lama memantau perkembangan mereka yang dilihat mampu membawa lagu "Pencinta Terbaik".
.
Penggambaran muzik video yang memakan masa selama lapan jam ini akan melalui proses suntingan dahulu dan dijadualkan bakal siap sepenuhnya untuk dipertontonkan kepada umum pada awal bulan Februari depan bersempena promosi filem "Cinta Kura-Kura".
Anda yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah melayari laman web www.krustudios.com atau Facebook serta YouTube "Cinta Kura-Kura".
Sebelum itu, apa kata kita lihat dahulu gambar-gambar ketika penggambaran muzik video yang sedang dijalankan.


