Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis tayangan filem seram terbaru terbitan Metrowealth Pictures (MIG), "Sumpahan Kum KUm" di MBO Subang Parade yang turut dihadiri oleh David Teo dan barisan pelakon seperti Fezrul Khan, Shima Anuar, Wawa Zainal & Siti Chubby.
Filem "Sumpahan Kum-Kum" arahan Bob Hasim mengisahkan Mila yang malu dengan keadaan rupanya yang berjerawat telah berjumpa dengan seorang dukun untuk mendapatkan susuk. Selepas itu, Mila dilarang melihat cermin selama 44 hari. Walaubagaimanapun Mila melanggar pantang larang tersebut dan rupanya kembali menjadi hodoh. Mila pergi berjumpa dukun yang sama dan merayu untuk memulihkan wajahnya kembali dan akhirnya, Mila dikehendaki meminum darah sembilan gadis sunti.
Kepada penggemar-penggemar filem seram, jangan lupa untuk menyaksikan filem "Sumpahan Kum-Kum" ini yang akan mula ditayangkan pada 26 Januari 2012.
Apa kata kita lihat gambar-gambar ketika berlangsungnya majlis tayangan filem "Sumpahan Kum Kum".

