Future Music Festival Asia yang bakal diadakan pada 17 Mac 2012 di Litar Antarabangsa Sepang bermula jam 2 petang, penonton bakal menyaksikan bintang antarabangsa, asia dan tempatan seperti The Chemical Brothers, Tinie Tempah, Chase & Status, The Wombats, Pendulum, Good Night Electric, The Great Spy Experiment, Kyoto Protocol, They Will Kill Us All, Oh! Chentaku, Twilight Actiongirl dan ramai lagi membuat persembahan pada hari tersebut.
Seperti di Australia sebelum ini, sebanyak empat pentas akan disediakan untuk menghiburkan penonton yang hadir.
Bagi mereka yang ingin menghadiri Future Music Festival Asia, bolehlah layari laman sesawang www.futuremusicfestival.asia untuk informasi lanjut.


