Filem Tamil tempatan melangkah ke hadapan

Posted by TUPAI



Filem "Ops Kossa Dappa 3: The Final Dappa" telah mengangkat filem Tamil tempatan ke hadapan apabila menjalinkan usahasama dengan pengeluar filem dari India.

Dibintangi oleh pelakon antarabangsa seperti daripada arena Bollywood dan Kollywood, Priyanka Kothari dan Kadhal Dhandabani, filem ini turut menampilkan pelakon tempatan seperti Sashitaran, Jasmine, Logan serta supermodel terkenal, Amber Chia.

Datuk Maglin D'Cruz
Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin D'Cruz meggesa supaya penerbit filem tempatan bekerjasama dengan pengeluar filem asing terutamanya India kerana ia merupakan salah satu negara yang mempunyai banyak pengalaman dalam pembikinan filem di samping barisan pelakon berbakat.

"Menerusi pengalaman dan kepakaran yang bakal diperolehi daripada kerjasama ini, kita akan dapat menghasilkan pelbagai jenis filem dan menerokai pasaran antarabangsa," ujarnya ketika sidang media filem "Ops Kossa Dappa 3: The Final Dappa" di Kuala Lumpur, semalam.

Tambahnya lagi, dengan pembabitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang banyak memberi sokongan kepada penerbit filem tempatan bagi memastikan kerjasama dengan pengeluar filem asing membuahkan kejayaan.

Penggambaran filem "Ops Kossa Dappa 3: The Final Dappa" akan memakan masa 25 hari dengan 50 peratus dilakukan di kemudahan yang disediakan oleh FINAS, manakala yang lain diadakan di Tasik Chini, Pahang.

Filem yang menelan belanja kira-kira RM800,000 ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada Jun dan turut akan ditayangkan di India pada Julai ataupun Ogos tahun ini.

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook