Ellie Suriati dijaga rapi selepas keguguran

Posted by TUPAI

Walaupun sukar untuk berhadapan dengan situasi selepas mengalami keguguran anak penghujung tahun lepas, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar terpaksa menggagahkan diri untuk meneruskan penggambaran filem terbarunya, "Penanggal".

Dipetik daripada portal Murai, Ellie telah ke set penggambaran pada malam yang sama selepas mengalami komplikasi tersebut kerana enggan mengambil cuti rehat dan terlalu bersedih memikirkan pemergian kandungannya itu.

"Saya sepatutnya ditahan di hospital pada hari tersebut tetapi mengambil keputusan untuk meneruskan penggambaran.

"Sebenarnya saya telah dihalang oleh suami serta penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum menyambut penggambaran, tetapi saya enggan," jelas Ellie.

Ketika pelancaran filem "Penanggal" tahun lalu.

Walaubagaimanapun Ellie bersyukur kerana dijaga rapi oleh krew produksi filem tersebut terutama sekali Gayatri yang memahami dan memberi kemudahan berpantang di lokasi.

"Dia telah menyediakan pelbagai keperluan untuk orang berpantang seperti tukang urut dan makanan khas buat saya di set penggambaran."

Sebelum ini suaminya yang juga aktor "Penanggal", Azri Iskandar memberitahu kebimbangannya terhadap isteri yang tertekan dengan apa yang berlaku.

Ellie telah keguguran anak keempatnya pada 28 Disember lalu selepas mengalami pendarahan tengahari tersebut. Kandungan Ellie dilaporkan sudah mencecah usia empat bulan.

Filem bercorak romantik seram arahan Ellie ini sudah menamatkan penggambaran pada 26 Januari lalu dan dibarisi oleh Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Zul Ariffin, Anne Abdullah, Fauziah Nawi dan Azri sendiri.

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook