Baru-baru ini Metrowealth Pictures (MIG) telah mengadakan majlis kesyukuran serta sambutan Tahun Baru Cina di Hotel Sunway Resort & Spa bagi meraikan tetamu serta para media yang banyak menyokong mereka.
Majlis dimulakan dengan tarian naga diikuti dengan persembahan-persembahan daripada artis MIG. Turut hadir adalah 'taiko' MIG, David Teo dan artis-artis di bawah pengurusan syarikatnya itu seperti Yana Samsudin, Farid Kamil, Shaheizy Sam, Zalif Sidek, Mon Ryanti, Diana Amir, Wawa Zainal dan ramai lagi.
Pada hari tersebut juga, MIG sempat berkongsi antara filem-filem yang bakal menemui anda pada tahun 2012 ini. Penonton boleh menjangkakan filem seperti "Adnan Sempit 2", "3 Temujanji", "7 Petala Cinta", "Budak Pialang", "Taikun", 8 Jam" dan banyak lagi.
Jom tengok gambar-gambar yang sempat kami rakamkan!
 |
| Dari kiri Brian Ng, isteri David Teo, David Teo dan Azhari |
 |
| Mon Ryanti |