Demi Moore dapatkan rawatan untuk pulih

Posted by TUPAI

Bintang filem "Margin Call", Demi Moore sedang mendapatkan rawatan profesional untuk kepenatan yang dialaminya selepas dimasukkan ke hospital pada malam Isnin lalu, menurut jurucakap Moore kepada People.

"Disebabkan stress yang dialaminya, Demi mengambil keputusan untuk mendapatkan pertolongan bagi rawatan kepenatan dan juga untuk memulihkan kesihatannya secara keseluruhan.

"Dia tidak sabar untuk kembali pulih dan bersyukur atas sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan," ujar jurucakapnya menerusi satu kenyataan media.

Baru-baru ini, TMZ melaporkan satu panggilan kecemasan telah dibuat dan aktres berusia 49 tahun itu telah dikejarkan ke hospital selepas diperiksa selama 30 minit.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba Los Angeles, Matt Spence, memberitahu mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.49 malam atas sebab masalah kesihatan yang tidak diketahui.

"Kami telah membawa seorang pesakit ke sebuah hospital berdekatan sekitar jam 11.21 malam."

Sebelum ini khabar angin mengatakan bahawa Moore telah dikejarkan ke hospital atas sebab penyalahgunaan bahan terlarang.

Bekas isteri Ashton Kutcher ini telah bercerai daripada suaminya pada November lalu selepas Kutcher dilaporkan berlaku curang beberapa kali.

, , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook