Ashton Kutcher masih ambil berat?

Posted by TUPAI

Akaun Twitter milik aktor drama komedi "Two And A Half Men", Ashton Kutcher tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen selepas bekas isterinya, Demi Moore dikejarkan hospital, tetapi sumber memberitahu tindakannya yang dikatakan tidak mengambil berat itu bukanlah seperti yang dilihat.

Dipetik daripada People, sumber memberitahu, "Ashton sangat mengambil berat dan risaukan Demi walaupun berada di Brazil untuk bekerja dalam satu kempen iklan ketika mendengar berita tersebut.

"Dia masih mengambil berat tentangnya dan mahukan yang terbaik kepada Demi. Walaubagaimanapun perkahwinan mereka sudah berakhir dan mereka ingin meneruskan kehidupan seperti biasa."

Kutcher, 33, dan Moore, 49, telah membuat pengumuman pada November tahun lalu bahawa mereka akan bercerai selepas berkahwin selama enam tahun.

Sebelum ini beberapa teman baik kepada aktres "Margin Call" menyatakan kebimbangan mereka selepas melihat Moore yang mengabaikan kesihatannya.

Ketika krisis Moore baru-baru ini, Kutcher berada di Amerika Selatan untuk penggambaran katalog iklan jenama Colcci. Malah Kutcher sempat menghadiri acara di Minggu Fesyen Sao Paulo dan berhibur bersama selebriti Brazil.

Kutcher terus-terusan mengemaskini akaun Twitter miliknya tetapi tidak berkata apa-apa tentang keadaan Moore. Malah ketika paramedik sedang merawat Moore di rumahnya, Kutcher sempat memuat naik gambarnya yang sedang berhibur di jalanan Sao Paulo ketika hujan.

Sumber tersebut memberitahu Kutcher sudah pulang ke Los Angeles dan akan kembali ke set penggambaran pada hari Isnin akan datang.

, , , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook