Ashlee Simpson: Dia kelihatan hebat!

Posted by TUPAI

Adik kepada penyanyi Jessica Simpson mengakui kakaknya kelihatan hebat sepanjang kehamilan pertamanya itu.

Berkongsi bersama pengacara E! Giulana Rancic di acara Anugerah Screen Actor Guild (SAG), Ashlee Simpson memberitahu kakaknya yang bakal menimang cahaya mata pertama dengan tunang, Eric Johnson tahun ini dalam keadaan sihat dan kelihatan hebat.

"Walaupun mengidam makanan-makanan manis seperti Pop Tarts, Kraft Mac n' Cheese dan bijirin Cap'n Crunch, Jessica masih lagi memastikan agar bentuk badannya kelihatan elok. Dia dalam keadaan yang baik dan gembira," ujar bekas isteri kepada pemain gitar bass kumpulan Fall Out Boy ini.

Ashlee, 27, yang juga seorang ibu kepada anak lelaki berusia 3 tahun, Bronx, turut memberitahu dia gemar menghabiskan masa bersama Jessica, 31, yang teruja dengan kehadiran bakal ahli keluarga baru mereka.

Jessica sebelum ini memberitahu Us Weekly bahawa mereka tidak sabar untuk bertemu dengan bayi mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan sehinggalah dia bersalin.

, , , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook