"Saya dan Ashanty pasti menyokong kerana ramai yang memeriahkan majlis perkahwinan Ussy dan Andhika.
"Perkahwinan ini dihadiri oleh ramai orang menandakan bahawa ramai yang sayangkan mereka. Saya lihat mereka sangat bahagia," ujar Ashanty kepada KapanLagi ketika ditemui di Hotel Crowne, Jakarta Pusat.
Kisah percintaan antara Anang dan Ashanty ini mula diketahui umum selepas bekas suami Krisdayanti ini secara rasmi membuat pengakuan mencintai Ashanty dalam program televisyen hiburan, "Dahsyat" apabila pengacara Olga Syahputra dan Raffi Ahmad tidak habis-habis bertanyakan Anang dengan pelbagai soalan tentang hubungannya dengan Ashanty.
Akhirnya Anang telah meluahkan perasaan cintanya kepada Ashanty di hadapan penonton di studio dan di rumah yang menonton rancangan tersebut.
Ashanty yang kelihatan tergamam akhirnya mengakui turut cintakan Anang.
“Mudah-mudahan kami akan berkahwin pada tahun ini. InsyaAllah," ujar Anang.
Tambah Ashanty sambil ketawa, "Ya, mudah-mudahan kami akan berkahwin juga tahun ini. Agak melucukan apabila kami seperti iri hati apabila melihat pasangan lain berkahwin."
Sehingga kini, pasangan tersebut masih lagi tidak memberitahu bila mereka akan berkahwin, tetapi Anang menjelaskan bahawa dia akan mengumumkannya apabila tiba masanya.


