Di saat berkomunikasi, Perry akan mengambil kesempatan untuk mencium pipi peminatnya yang terdiri daripada lelaki. Semestinya tingkah laku Perry mengundang jeritan daripada semua peminat yang hadir.
Terbaru adalah ketika Perry mengadakan konsert jelajah "California Dreams" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul, Jakarta, Indonesia pada 19 Januari lalu.
Ia merupakan konsert pertama buat Perry selepas pengumuman perceraiannya bersama suami, Russell Brand diketahui umum.
Walaupun sedikit lewat, Tupai tetap ingin berkongsi video sekitar sesi 'ramah-mesra' Perry bersama seorang peminat lelakinya di Indonesia.





