Gosip tentang keretakan rumah tangga Russell Brand dan Katy Perry memang bukan perkara baru. Namun fakta yang terungkap kali ini benar-benar mengejutkan. Benarkah khabar angin tentang pertengkaran hebat antara pasangan tersebut telah membawa mereka pada perceraian?
Seperti yang dilaporkan oleh Hollywoodlife, Russell kelihatan sedang berjalan di kota London pada Khamis lalu namun jelas kelihatan di jarinya bahwa dia tidak lagi memakai cincin pernikahannya dengan Katy. Perkara ini telah membuat peminat beranggapan bahawa pasangan tersebut telah mengakhiri pernikahan mereka.
Sebelumnya, pasangan tersebut dikabarkan telah bertengkar sampai akhirnya memutuskan untuk meraikan hari Krismas secara berasingan. Katy yang menyambut hari Krismas di Hawaii manakala Russell menyambut hari Krismas di Cornwall.
Ketika berada di Hawaii, pelantun lagu ‘Firework’ ini juga kelihatan tidak memakai cincin perkahwinanya. Sebelum ini, Russell dan Katy telah menafikan ada perpecahan dalam rumah tangga mereka.
Selepas dua tahun menyepikan diri dari industri muzik tempatan, kini Juara Malaysian Idol musim ke-2 Daniel Lee kembali dengan album baru. Album yang diberi nama “Sincerely Yours Daniel” merupakan album ketiga baginya.
“Sincerely Yours Daniel” menonjolkan kekuatan dalaman vokal Daniel dan menceritakan tentang kehidupan peribadi beliau. Album yang mengandungi 10 buah lagu hasil ciptaan beliau dan dua buah lagu klasik Inggeris yang dinyanyikan semula oleh Daniel.
“Ada satu masa, saya pernah terfikir untuk berhenti menyanyi dan berputus asa. Saya pernah berbincang dengan salah seorang penerbit album, Abraham Tee tentang menjadi seorang artis. Dia banyak memberi nasihat dan meminta saya untuk mendengar suara hati saya sendiri,’ ujar Lee ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Fullhouse Sunway Pyramid.
Selain tentang kehidupan peribadinya, album ini juga turut memaparkan tema cinta. Lee yang malu untuk berbicara tentang cinta, menterjemakan dirinya adalah seorang yang pasif dalam perhubungan.
Lee yang masih solo dan memberitahu kali terakhir dirinya mempunyai kekasih ketika dia berusia 19 tahun. Walaubagaimanapun penyanyi yang berasal dari Penang ini mula mempercayai cinta sejati dan belajar tentang kehidupannya.
Baru-baru ini telah berlangsungnya sidang media dan tayangan perdana bagi filem seram 23:59 di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, Malaysia. Filem arahan Gilbert Chan ini membariskan para pelakon dari Singapura dan Malaysia antaranya Henley Hii, Tedd Chan, Lawrence Koh, Josh Lai, Mark Lee dan Stella Chung. Filem ini telah pun berada di pawagam mulai 29 Disember 2011.
Jom saksikan gambar sekitar sidang media dan tayangan perdana filem '23:59'.
![]() |
| Mark Lee yang tidak dapat hadirkan diri pada sidang media filem '23:59' sempat menghandar video untuk semua |
![]() |
| Ketika sidang media berlangsung di GSC Tropicana City Mall |
![]() |
| Pelakon '23:59', kiri Tedd Chan dan kanan Lawrence Koh |
![]() |
| Dari kiri Lawrence Koh & kanan Tommy Kuan |
![]() |
| Penyanyi & pelakon dari Malaysia Josh Lai |
![]() |
| Barisan para pelakon dan pengarah filem '23:59' |
| Pengarah menyuap manisan kepada salah seorang pelakon filem '23:59' |
Aktres dan penyanyi jelita, Yuli Rachmawati atau lebih dikenali sebagai Julia Perez pernah terfikir untuk kahwin lari selepas hubungannya dengan kekasihnya Gaston Castano tidak direstui oleh ibunya.
Dipetik dari Harian Metro, Julia yang ditemui ketika berada di studio dahSyat di RCTI, Kebon Jerok Jakarta Barat mengaku dia pernah terfikir untuk kahwin lari dengan pemain bola sepak berasal dari Argentina, Gaston. Tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.
“Saya pernah terfikir untuk kahwin lari tapi saya tidak mahu lakukan kerana saya lihat sekarang ini pasangan yang kahwin lari mesti akan bercerai kelak.”katanya
![]() |
| Julia Perez &Gaston |
Aktres berusia 31 tahun ini masih berharap ibunya akan merestui niatnya untuk berkahwin dengan Gaston.
“Saya akan terus berusaha untuk mendapat restu ibu. Jika tidak, saya tidak mahu berkahwin,”kata bintang filem 'Beranak Dalam Kubur'.
Istana budaya merupakan medium terbaik bagi para penggiat seni dalam mementaskan persembahan teater. Pada tahun 2011, kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh Istana Budaya dengan pementasan musikal "Lat Kampung Boy" yang berjaya mengutip kutipan tertinggi sebanyak 4 juta di samping teater musikal "The secret life of Nora" diikuti kejayaan teater yang diadaptasi dari novel "Badai Semalam".
Tahun 2012 meyaksikan lebih 19 tayangan bakal disaksikan oleh penonton di Istana budaya. Antara yang dijangka mengutip jualan tiket paling tinggi adalah "Upin& Ipin the musical", "Cuci The Musical 3" dan juga konsert D.J Dave.
Saksikan gambar yang sempat dirakam di sekitar majlis pelancaran program 2012 yang dirasmikan oleh menteri kesenian dan kebudayaan Malaysia Datuk Sri Dr Rais Yatim dan isteri.
| Datuk Sri Dr Rais Yatim memberikan ucapan pembukaan |
| Antara poster teater yang bakal dipersembahan tahun hadapan |
| Persembahan tarian 1 Malaysia dari kumpulan kebudayaan Istana Budaya |
| Antara penonton yang hadir memeriahkan majlis |
| Tarian pop yeah yeah bakal menbawakan teater Kugiran Pop yeah yeah tahun hadapan |
| Teater gerimis mengundang yang diarahkan oleh produksi Ahmad Idham Excellent picture |
| Teater musikal Upin& Ipin dari Les' Copaque |
| Teater Dato' Bahaman |
| Antara yang bakal menjayakan pementasan Istana Budaya 2012 |
| 1 Malaysia! |
ONE HD merupakan sebuah saluran rangkaian Astro B.yond yang memaparkan program entertainment dan drama dari negara Korea. Terbaru ONE HD akan menayangkan secara eksklusif untuk tontonan peminat setia program entertainment dari Korea. KPOP STAR merupakan sebuah program realiti yang mengcungkil bakat untuk menjadi seorang bintang Kpop terkenal.
Program realiti ini dibuka kepada semua peserta dari seluruh dunia seperti Eropah, America Selatan, US dan Korea. Istimewanya program KPOP STAR ini akan dijuri oleh barisan juri yang terkenal dan berpengalaman dalam industri muzik Korea. Mereka terdiri dari artis BoA, Yang Hyun Suk dan J. Y. Park.
BoA merupakan seorang penyanyi yang bernaung dibawah syarikat rakaman terkenal S.M Entertaiment yang menguruskan kerjaya seni kumpulan terkenal seperti Girls Generation, Super Junior, SHINee dan TVXQ. BoA juga digelar dengan gelaran “ Queen of Korean Pop Music”. Manakala Yang Hyun Suk merupakan salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Seo Taiji & Boys. Beliau juga merupakan pemilik dan CEO kepada syarikat rakaman YG Entertainment yang menguruskan artis seperti Big Bang, 2NE1 dan PSY. J.Y.Park juga merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penari, penerbit album dan CEO kepada JYP Entertainment yang menguruskan artis seperti Rain, Wonder Girls, miss A dan 2PM.
Pemenang bagi program ini nanti akan menerima hadiah wang tunai bernilai KRW300,000,000 bersamaan dengan RM 822,921, kontrak album antarabangsa dan berpeluang menyertai proses latihan untuk menjadi bintang K-pop dengan SM, YG dan JYP Entertainment. KPOP STAR akan ke udara pada 3 Januari 2012 pada hari Selasa, jam 6.25pm di saluran 393 ONE HD, Astro B.yond.
![]() |
| Yang Hyun Suk |
![]() |
| BoA |
Gara-gara mengadu sakit kepala dan mengalami muntah-muntah di lokasi penggambaran drama terbarunya yang berjudul “Mr. Labuci”, pengarah drama terkenal Murali Abdullah telah dikejarkan ke Hospital Selayang jam empat petang semalam.
Memetik laporan dari mStar Online, pengarah yang pernah memenangi anugerah ‘Pengarah Terbaik’ untuk drama ‘Sebelum Akhirat’ di Anugerah Skrin 2010 ini masih ditahan di wad kecemasan.
Menurut Penerbit Ekskutif Zeel Production, Muhamad Norazhar Baharuddin, doktor telah melakukan x-ray ke atasnya bagi mencari punca penyakit tersebut dan masih menunggu laporan daripada pihak hospital.
Tambah Muhamad Norazhar lagi, mengikut pemeriksaan awal, doktor memberitahu pengarah tersebut mengalami sedikit pendarahan pada otak tetapi keadaannya terkawal. Doktor juga masih tidak dapat mengesahkan sama ada Murali diserang penyakit angin ahmar kerana simptom yang ditunjukkan tidak ke arah itu.
Murali yang berada dalam keadaan sedar ketika di bawa ke hospital, sebelum ini tidak pernah jatuh sakit dan mengadu mengalami sebarang kesakitan kecuali pada tengah hari semalam, dia mengadu pening kepala.
Sudah sah menjadi pasangan suami isteri selama dua bulan, Onci, 29, dari kumpulan Ungu dan isteri, Endhita, 35, ternyata masih ada perasaan cemburu diantara satu sama lain.
Seperti yang dilaporkan di detikhot.com, Endhita menganggap cemburu itu sebagai tanda sayang dan cinta.
“Saya akui saya cemburu. Bagi saya cemburu itu namanya sayang dan tidak salah untuk cemburu,” ujar Endhita.
Selain itu, Endhita juga turut menceritakan pengalamannya setelah bergelar seorang isteri. Endhita mengaku tidak ada banyak perbezaan sebelum dan selepas berkahwin cuma ada satu perkara yang membuatkan isteri Onci ini berubah iaitu rajin belajar memasak untuk sang suami tercinta.
“Tidak ada perbezaan. Sama sahaja ketika sebelum kahwin. Alhamdulillah, saya masih bekerja seperti sebelumnya. Onci juga tidak pernah larang saya untuk bekerja malah dia banyak memberi sokongan pada saya”.
“Saya akui sekarang saya rajin untuk belajar memasak. Sebagai seorang isteri, saya cuba untuk memasak untuk suami saya. Saya akan mencari resepi masakan di dalam internet dan mencubanya,”jelasnya ringkas.
Endhita dan Onci telah bernikah pada bulan Oktober 2011.
Program realiti yang terkenal dengan tagline ‘Tunjuk Ajar Ku Sifu’ Mentor kembali lagi. Memasuki musim ke-6, program realiti yang mencatat kejayaan rating tiga juta pada setiap minggu itu telah memperkenalkan barisan mentor untuk musim terbaru.
Kali ini barisan mentor terdiri dari kalangan penghibur hebat tanah air iaitu Ella, Ramlah Ram, Adam, Ferhad, Faizal Tahir dan Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy.
Seperti musim-musim terdahulu, ke enam-enam mentor ini akan memberi tunjuk ajar kepada para protoge berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Selain itu, inilah masanya untuk mereka menunjukkan kemampuan sebenar bergelar sifu setelah berjaya dalam perjalanan karier masing-masing.
Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.
Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).
Jadi apa tunggu lagi, kepada yang berminat dan mempunyai bakat terpendam jaga lupa untuk hadir ke sesi ujibakat yang tertera diatas.
Aktres Hollywood bermasalah, Lindsay Lohan telah menolak beberapa tawaran lumayan untuk menjadi hos pada malam tahun baru.
Satu sumber memberitahu TMZ, Lindsay kini terdesak untuk mengubah dirinya dari menjadi seorang yang suka berfoya-foya dan langkah terbaik adalah dengan tidak melibatkan diri dengan segala sambutan pada malam tahun baru.
Keputusan yang dibuat aktres berusia 25 tahun ini dilihat merugikan kerana sesetengah bintang terkenal akan mendapat bayaran sehingga enam angka untuk menjadi hos pada malam tahun baru. Tetapi perlu diingatkan bahawa Lindsay telah diberi amaran keras oleh hakim pada awal bulan lalu.
Pelakon ‘Means Girl’ itu juga dikatakan mungkin akan menyambut tahun baru bersama beberapa rakan baik dirumahnya.
![]() | |||||||||
Bintang
Keseluruhan: 2.5
Pelakon: 4
Plot: 3
Efek Khas: 3
Sinematografi: 3
Tonton filem ini jika anda suka: “Faces Crowd”, “The Ward”, “The ring”
'Hell's Gate' atau pun sebelum ini dikenali dengan tajuk '11.11.11' sebelum ini telahpun ditayangkan di USA dan Singapura. Cuma di Malaysia waktu tayangan sedikit lambat dan mungkin disebabkan itu tajuknya juga berbeza. Filem ini bergenre seram triller dan dilihat seperti cebisan filem Hollywood yang cuba membawa penonton ke situasi yang lebih dalam.
Bagi sudut pandangan penulis sendiri, filem ini bakal ditonton oleh sekumpulan kecil yang gemarkan filem berbentuk keagamaan .Filem yang diarahkan dan ditulis sendiri oleh Darren Lyn Bousman ini bakal menjengah penonton pada penghujung tahun ini pada tanggal 29 Disember. Pada masa itulah penonton dapat menentukan maksud yang cuba disampaikan berjaya ataupun tidak
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Hell's gate’?Ianya bukan pagar ke neraka ataupun pagar. Sebaliknya Hell's gate merupakan waktu kemuncak para syaitan dalam mengorbankan seseorang untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dalam menyebarkan agama pesong.
Filem ini sememangnya memaparkan elemen seram sepanjang waktu tayangan yang berdurai 1 jam 25 minit. Permulaan cerita juga telah berjaya mengejutkan penonton dek kerana kesan bunyi khas yang berjaya menarik penonton untuk menghayati dengan lebih lanjut apa yang akan terjadi seterusnya. Kejutan yang dihadapi bagi setiap kemunculan syaitan yang berada di mana-mana sahaja yang dikatakan sedang memerhati untuk membunuh Joseph Chrone itu boleh diberika tepukan. Bagi mereka yang gemarkan filem The Ward sudah pasti filem ini akan menjadi filem yang wajib ditonton nanti. Kredibiliti aktor Hollywood sememangnya tidak perlu disangkal dek kerana Penghayatan yang diberikan oleh pelakon utama Timoty Gibs yang memegang watak sebagai Joseph Chrone yang boleh dipuji.
Bercerita mengenai karakter hantu yang seringkali muncul di saat Joseph ada betul-betul memberi kesan takut kepada penonton. Kita seperti tidak dapat menjagka bahawa ayahnya yang terlantar sakit boleh bangun dengan sekelip mata ketika Joseph cuba melelapkan matanya seketika. Mesej yang cuba disampaikan pula agak kabur pada permulaan cerita. Dan untuk penonton fahami, perlu menontonnya sehingga ke akhir cerita. Baru kesemua persoalan yang bermain di minda terjawab.
Selain daripada itu juga, permulaan cerita sedikit sukar untuk difahami apabila perempuan yang hadir di dalam hidup Joseph tanpa insiden terus melekat di dalam hidup Joseph hingga ke akhir cerita. Tiada insiden yang kuat untuk mengukuhkan sebab mengapa beliau amat menyukai Joseph dalam filem ini. tetapi apabila sudah sampai ke klimax, anda secara automatik dapat mengagak siapa yang jahat dan siapa yang baik. Pengarah,Darren Lyn ini memberi kelainan pada pengakhiran cerita kerana sehingga akhir penonton pasti akan tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya jahat dalam cerita ini.
Dari segi lakonan pula, Timothy Gibbs(Joseph Chrone), Michael Landes(Samuel Chrone), Wendy Glenn( Sadie) memberikan komitmen dan penghayatan yang bagus. Cara Samuel sendiri yang disangkakan baik dan kuat agama rupanya amat berlainan . Untuk lakonan Timothy Gibbs pula penonton seakan-akan dapat bayangkan kesengsaraan yang dihadapinya setelah kematian si isteri dan anak kesayangan dan kemudian hidup sendiri tanpa arah tuju. Kita dapat selami perasaan Joseph di dalam filem ini yang amat menyanyangi keluarganya. Watak Sadie yang juga mengalami nasib yang sama tetapi tetap meneruskan hidup setelah diberikan keyakinan daripada program pemulihan yang disertai selepas kematian suami, di situlah beliau mengenali Joseph dan menjadi kawan baik.
Secara keseluruh 'Hell's Gate' merupakan sebuah filem seram yang ditahap medium, kita masih boleh melihat filem tersebut tanpa menutup mata sepanjang cerita ditayangkan. Jujur dikatakan, filem ini biasa sahaja dan tidak terlampau seram. Dan juga, terdapat beberapa adegan yang tidak difahami penonton contohnya ketika ayah Joseph masih hidup dan koma, dan pada waktu lain dia bangun memberi pesanan kepadanya anaknya dan seterusnya mati. Konfliknya juga agak berat untuk difahami. Mungkin pengarah cuba memberikan kelainan untuk filem ini.
'Hell' Gate' atau dikenali juga dengan nama '11.11.11' bakal menemui penonton di pawagam 29 Disember 2011 dan pengeluar bagi filem ini adalah Gala Entertaiment pengeluar di Malaysia sahaja.
Pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, ‘Penanggal’ di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu (28 Disember 2011).
Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu semasa Elly hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan. Usia kandungan Elly adalah empat bulan.
Elly kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya. Isteri kepada pelakon, Azri Iskandar ini dikhabarkan masih lagi dalam keadaan trauma dan bersedih dengan keguguran itu.
Sementara itu Azri memberitahu keguguran itu berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT dan bukan rezeki mereka.
“Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,”ujarnya ringkas.
Hasil perkongsian hidup Elly dan Azri, mereka dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.
Penggambaran filem ‘Penanggal’ yang diadakan di Kampong Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih. Sementara itu, babak yang ringkas dan tidak memerlukan Elly akan diteruskan oleh penolong pengarah filem itu.
Selain Azri Iskandar, filem ‘Penanggal’ turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.
hasil perkongsian hidup mereka pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.
Hari Natal mungkin baru sahaja berlalu. Namun pastinya ramai lagi yang masih dalam mood meraikannya. Ambil masa berehat seketika dan meluangkannya bersama keluarga dan orang tersayang untuk menonton antara filem-filem Krismas terbaik sepanjang masa.
Polar Express (2004)
Berdasarkan kisah klasik kanak-kanak tulisan Chris Van Allsburg, "Polar Express" diarahkan oleh Robert Zemeckis yang cukup terkenal dengan filem francais "Back To The Future" mengisahkan seorang budak lelaki bernama Billy (Hayden McFarland" yang mempercayai kewujudan Santa Claus walaupun diberitahu sebaliknya. Kehidupannya berubah apabila dia mendapati dirinya menaiki tren magikal menuju ke Kutub Utara di bawah pengawasan seorang konduktor tren yang menggunakan suara aktor Hollywood Tom Hanks. Filem ini memperlihatkan kehebatan pengarah dalam menghasilkan filem menggunakan teknik digital. Menerusi sinematografi cantik dan mendengar dialog dalam filem ini pasti memberi inspirasi kepada orang dewasa dan kanak-kanak untuk mempercayai magis Krismas..The Santa Clause (1994)
Filem bergenre drama fantasi arahan John Pasquin ini menyaksikan aktor "Home Improvement", Tim Allen memberi persembahan komedi klasik mengisahkan seorang lelaki duda, Scott Calvin yang secara tidak sengaja menyebabkan kematian Santa Claus dengan menjerit kepadanya ketika Santa berada di atas bumbung rumahnya. Selepas itu, Scott harus mengambil alih tugas Santa Claus dengan menghantar hadiah kepada kanak-kanak seluruh negara bersama anak lelakinya, Charlie. Filem ini menerapkan mesej supaya menghargai orang tersayang bukan tertumpu pada musim perayaan sahaja, sebaliknya setiap hari.Home Alone (1990)
Siapa yang tidak tahu dengan filem francais "Home Alone" terutama sekali kanak-kanak pada tahun 1990-an? Tiada siapa yang ingin bersendirian tanpa ahli keluarga dan orang tersayang terutama sekali pada musim perayaan. Namun tidak kepada kanak-kanak berusia 8 tahun Kevin McCallister, watak yang membawa nama Macaulay Culkin ke puncak populariti ketika dia baru mencecah usia 10 tahun. "Home Alone" mengisahkan Kevin yang berhasrat agar keluarganya lesap tercapai apabila dia ditinggalkan keseorangan secara tidak sengaja untuk pergi bercuti. Ketika itu barulah Kevin menyedari betapa pentingnya mempunyai keluarga di sisi terutama sekali apabila dia terpaksa berhadapan dengan dua perompak bersendirian.
The Muppet Christmas Carol (1992)
TMungkin anda baru sahaja menonton "The Muppets" yang ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Namun pada tahun 1992, Walt Disney Pictures sudah menghasilkan "The Muppet Christmas Carol" yang berdasarkan kisah klasik karya Charles Dickens, "A Christmas Carol". Diarahkan oleh Brian Henson, filem ini telah berjaya merangkul dua anugerah Oscar. Elf (2003)
Dibintangi oleh Will Ferrell, James Caan, Mary Steenburgen dan juga Zoey Deschanel, Dibintangi oleh Will Ferrell, James Caan, Mary Steenburgen dan juga Zoeey Deschanel, "Elf" mengisahkan Buddy yang menyedari bahawa dia bukanlah seorang elf sebenar walaupun dibesarkan sedemikian di Kutub Utara. Dia kembali ke tempat asalnya, kota New York untuk mencari keluarga sebenarnya. "Elf" telah diarahkan oleh Jon Favreau.
The Grinch (2000)
Selepas menonton filem "The Mask", penonton pasti tahu bakat aktor Jim Carrey yang mampu membuat pelbagai ekspresi muka berbeza walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek. "The Grinch" yang diarahkan oleh Ron Howard telah diadaptasi daripada buku gambar kanak-kanak "How The Grinch Stole Christmas" tulisan Dr. Seuss. Pelbagai tambahan informasi tentang karakter dimasukkan bagi membawa filem ini ke layar perak. Selain Jim Carrey, "The Grinch" turut dilakonkan oleh bekas aktres drama bersiri "Gossip Girl", Taylor Momsen yang ketika itu berusia tujuh tahun dan memegang watak Cindy Lou Who. Kini Momsen adalah vokalis utama kumpulan rock The Pretty Reckless.Jingle All The Way (1996)
Arnold Schwarzenegger lebih dikenali dengan filem aksi mencabar seperti "Terminator" dan "Total Recall". Filem "Jingle All The Way" merupakan satu-satunya filem Krismas yang pernah dijayakannya sepanjang karier lakonannya. Arnold memegang watak sebagai Howard Langston, seorang bapa yang berusaha memberikan hadiah Krismas iaitu Turbo Man kepada anaknya. Filem arahan Brian Levant ini telah berjaya mendapat kutipan US$183 juta (RM579 juta) seluruh dunia.




























