Dipetik daripada mStar, Faizal memberitahu sikap sedemikian akan membuat pelakon keletihan dan tidak mampu menjiwai watak yang dipegang, sekaligus ia memberi kesan kepada filem yang dilakonkannya itu. Malah aktor berusia 44 tahun ini turut menegaskan dia tidak akan menerima tawaran lakonan yang banyak pada satu masa.
"Saya tidak terlibat dengan banyak projek besar secara serentak sebaliknya mengatur masa dengan baik agar penggambaran dapat diselesaikan satu per satu.
"Saya akan memilih cerita yang menepati kriteria yang dikehendaki dan selebihnya akan ditolak," kata Faizal.
Tambahnya lagi, keberkesanan dalam menjiwai watak yang dilakokan adalah penting kerana ia memberi impak kepada penonton.
"Apabila saya diberi watak jahat, saya akan betul-betul menjadi jahat untuk sedarkan penonton kerana saya mementingkan mesej dalam setiap filem atau drama yang saya lakonkan."
Faizal yang mula menceburi bidang lakonan semenjak berusia lima tahun pernah membintangi 25 buah filem antaranya adalah "Abu Ya", "Bunohan", "Datin Ghairah", "KL Menjerit", "Leftenan Adnan", "Gila-Gila Remaja" dan banyak lagi.
Selepas filem "Abu Ya", Faizal bakal muncul dengan tiga buah filem iaitu "1957", "Taiko" dan "Khon Malay" yang sedang menjalani penggambaran secara berperingkat.
Apa yang saya lihat dalam filem ini Aaron nampaknya mudah untuk mengalirkan air mata. Apa yang menyebabkan ianya berlaku dan mengapa?Adakah Aaron seorang yang senang mengeluarkan air mata?
Keintiman antara watak Izzah lakonan Maya Karin dan Hariz lakonan Aaron Aziz sangat ketara dan aksi ranjang yang dipertontonkan dalam filem ini nampaknya sangat realistic dan menjadi?Bagaimana anda berdua lakukan dan mendapatkan keserasian?
Apa reaksi isteri Aaron setelah melihat adegan kemesraan dan keintiman anda bersama Maya Karin?
Tiada siapa mengetahui sebab sebenar mengapa tindakan itu diambil kerana tuan empunya badan tidak pernah berbicara tentang kehidupan peribadinya.
Namun baru-baru ini, aktres berusia 27 tahun telah dilihat meluahkan perasaan marahnya terhadap bekas suami yang didakwa berkata buruk tentang dirinya menerusi Twitter.
Dalam kenyataannya, Nabila mendakwa bahawa bekas suaminya itu mengutuk dirinya dan keluarga serta dialah yang menanggung segala-galanya ketika anak perempuannya itu dilahirkan.
Menurut laporan pelbagai laman web hiburan tempatan, Nabila mengakui dia terlalu tertekan dan terkilan dengan tindakan bekas suaminya yang itu yang turut mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
Sebelum ini namanya menjadi bualan ramai apabila tersebarnya gambar yang didakwa kelihatan seperti Nabila bercium dengan seorang lelaki ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini.
Dipetik daripada MStar, pembaharuan ini diambil bagi melangkah lebih maju dalam industri muzik tempatan dan ia merupakan usahanya dalam mencari kepuasan dalam menghasilka muzik berbeza daripada album-albumnya sebelum ini.
"Tiada lagi lagu seperti "Hanyut" atau "Karma" kerana muzik tersebut melambangkan kematangan saya dalam usia sebegini," ujarnya.
Walaupun teruja dengan perubahan tersebut, penyanyi berusia 33 tahun ini turut bimbang jika peminatnya tidak dapat menerima perubahan drastik yang dilakukan.
Faizal turut memberitahu dia mengambil masa lebih kurang enam bulan kerana menghabiskan masa di studio bagi menyiapkan album tersebut.
"Alhamdulillah sudah hampir siap dan InsyaAllah single terbaru saya ciptaan Audi Mok dan Omar K akan keluar pada bulan hadapan," tambah Faizal yang turut memberitahu sebanyak 16 buah lagu akan ditampilkan dalam album ketiganya ini.
Menurut kenyataan media, "Bunohan" telah dipilih oleh juri NETPAC kerana mendapati filem ini menggunakan cara kreatif dan unik serta menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia.
Anugerah NETPAC diberikan bagi menggalakan pawagam di Asia mengetengahkan filem luar biasa serta mencungkil bakat-bakat baru.
Sebelum ini, "Bunohan" pernah mengadakan tayangan perdanan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September lalu dan telah dipilih oleh Universal Pictures untuk pengedaran di beberapa buah negara seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Dibarisi pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron serta Tengku Azura, "Bunohan" mengisahkan tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi, pembunuh upahan serta ahli perniagaan licik dalam mengharungi kehidupan dan nasib mereka.
"Bunohan" akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 Mac 2012.
Gitaris kumpulan Rage Against The Machine, Tom Morello berkata, "Cara dia bermain sangat menakjubkan. Tiada satu minit pun sepanjang kariernya menunjukkan seperti dia terlalu berusaha. Ia seperti melalui dirinya. "Little Wing" adalah lagu terbaik yang pernah dihasilkan olehnya."
Selain Hendrix, Eric Clapton, Jimmy Page, Keith Richards dan Jeff Beck turut menduduki tempat lima teratas dalam carta tersebut.
Hendrix meninggal dunia pada 18 September 1970 di London pada usia 27 tahun. Ianya agak menakjubkan bagaimana dia mampu mengekalkan tempat teratas walaupun hanya berjaya mencipta populariti selama empat tahun berkecimpung dalam karier.
Bintang Keseluruhan: 4
Pelakon: 3.5
Plot: 3.5
Sinematografi: 3.5
Tonton filem ini jika anda suka: Lagenda Budak Setan
Sudah menjadi tradisi watak peneraju utama atau hero seringkali diberikan kepada lelaki. Kadangkala mereka dipakaikan pakaian seragam, diberikan senjata hebat dan berlawan dengan orang jahat. Namun kini wanita tidak ketinggalan diberi peluang sedemikian. Masih kekal tangkas dan mahir menentang musuh, mereka masih berjaya mengekalkan kecantikan dan keseksian mereka di layar perak.
Mari kita saksikan top lima hero wanita paling seksi dalam filem.
5. Alice
Bukan "Alice In The Wonderland" yang kami maksudkan, tetapi Alice dalam filem francais "Resident Evil". Milla Jovovich yang memegang watak Alice berjaya menggambarkan wataknya itu sebagai seorang wanita baik, lemah lembut tetapi merbahaya dengan sempurna. Dia merupakan heroin yang mampu berlawan dan membunuh tetapi masih mengekalkan kecantikannya itu. Walaupun hilang ingatan, ia tidak melenyapkan skil membunuh zombie dalam "Resident Evil" ini.
4. Lara Croft
Satu watak fiksyen yang membuatkan penonton tidak kira lelaki atau wanita memandang tinggi. Aktres manakah yang lebih sesuai untuk memegang watak keras kepala, yakin dan tangkas selain daripada Angelina Jolie? Peranan ini dilihat direka untuk dirinya. Dengan pakaian yang cukup menarik minat mana-mana lelaki, pengembaraan Lara Croft yang merbahaya ini pasti membuatkan penonton melekat pada skrin.
3. Charlie's Angels
Bukan ada satu, tetapi tiga wanita cantik dan seksi yang mahir berlawan untuk menentang musuh. Pernah muncul dengan siri televisyen pada tahun 1976-1981, watak Natalie, Dylan dan Alex kembali pada tahun 2000 dengan dilakonkan oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan juga Lucy Liu. Bijak, tangkas, cantik dan seksi adalah empat kualiti yang dibawa oleh ketiga-tiga watak itu bagi menumpaskan musuh mereka. Mereka mempunyai cara tersendiri ketika berlawan dan pada masa yang sama cuba melalui kehidupan normal.
2. Sarah Connor
Watak ini cukup dikenali dalam filem "Terminator" dilakonkan oleh Linda Hamilton yang dianggap sebagai wanita liar pada tahun 1980-an, tetapi gelaran tersebut diberikan dengan alasan yang betul. Cekap bermain dengan belantan dan pistol, wataknya seringkali disalah anggap sebagai watak jahat, sekaligus membuatkannya menjadi lebih menarik. Dia hampir tenggelam ketika memerangi robot-robot tetapi berjaya bangun semula.
1. Beatrix Kiddo/The Bride
Bukan semua wanita dalam senarai kami perlu berpakaian spandeks kulit atau pakaian ketat untuk menjadi seksi. Beatrix Kiddo daripada filem francais arahan Quentin Tarantino, "Kill Bill" telah dilakonkan oleh Uma Thurman. Turut dikenali sebagai "The Bride", dia dalam misi membunuh selepas koma selama empat tahun bagi membalas dendam terhadap kematian tunangnya. Dengan skil seni mempertahankan diri luar biasa, dia mampu melawan 50 orang dan apabila dia menggunakan teknik Five Point Palm Exploding Heart, tiada siapa dapat melarikan diri daripada ajal.
Dipetik daripada laporan KapanLagi.com, status hubungan mereka hangat diperkatakan selepas Luna tidak melawat kekasihnya itu selama dua bulan lebih yang sedang menjalani hukuman penjara di Kebon Waru Bandung atas kesalahan berkaitan pita seks mereka yang tersebar pada Jun 2010.
Tambahan pula pengacara rancangan televisyen muzik terbitan RCTI, "Dahsyat", Ola Syahputra dan Raffi Ahmad pula mengkhabarkan bahawa aktres berusia 28 tahun sudah pun mempunyai teman lelaki baru.
Walaubagaimanapun pengurus Peterpan, Budi Soeratman menegaskan dia tidak mengetahui status hubungan mereka kerana tidak mengambil tahu masalah peribadi dua selebriti ini.
Manakala pengurus Luna pula, Vitalia Ramona memberitahu kesibukan dengan penggambaran filem dan promosi jenama di Jakarta membuatkan Luna tidak berkesempatan bertemu Ariel, tetapi menegaskan bahawa ia bukanlah dua bulan seperti yang dilaporkan dan hubungan mereka tiada sebarang masalah.

Nampaknya kehidupan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek tidak henti-henti dilanda kontroversi.
Selepas selesai kisah putus tunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi dan akhirnya mengakui bercinta dengan Dahlia Teck yang dikatakan punca keretakan hubungan mereka, gambar berhibur di kelab malam Werner's tersebar, kini namanya dikaitkan dengan satu lagi kontroversi melibatkan seorang gadis bernama Shida Harmi.
Laman sesawang hiburan terkenal kini kecoh dengan beberapa keping gambar aksi mesra Apek dan gadis yang didakwa Shida dan screen shots BlackBerry Messenger berbaur ugutan pula menunjukkan Shida mempunyai bukti bahawa mereka pernah tidur bersama.
Namun dipetik daripada laporan OhBulan!, Apek menafikan perkara tersebut dan berharap orang yang bertanggungjawab tampil ke hadapan untuk memberi bukti kukuh.
Malah ibunya, Bidah Ibrahim berharap orang ramai akan berhenti menyebarkan fitnah kerana bimbang akan mempengaruhi prestasi anaknya dalam karier bola sepaknya, dipetik daripada laporan Berita Harian.
![]() |
| Screenshots BBM yang menunjukkan kononnya Apek pernah meniduri Shida |
Itulah luahan hati penulis asal novel "Ombak Rindu", Fauziah Ashari yang tidak berpuas hati selepas menonton hasil karyanya di layar kerana perjalanan ceritanya terlalu singkat.
"Banyak yang perlu ditegur tetapi saya terima sajalah perkara tersebut memandangkan ia telah pun siap," ujarnya ketika di sidang media filem "Ombak Rindu" yang diadakan baru-baru ini.
Malah penulis ini turut menyampaikan rasa kecewanya apabila tidak dipanggil untuk turut serta sebagai penasihat atau penulis skrip bersama, sekaligus meminta pihak penerbit supaya meringankan mulut untuk mendapatkan kerjasama daripada penulis pada masa hadapan.
| Fauziah Ashari (kanan) bersama penerbit Sharad Sharan ketika sidang media "Ombak Rindu" baru-baru ini. |
"Sekiranya selepas ini ada pihak produksi atau penerbit ingin mengadaptasi daripada novel kepada filem, saya berharap mereka mendapatkan kerjasama penulis," akhirnya.
"Ombak Rindu" yang diarahkan oleh Osman Ali ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae akan menemui penonton pada 1 Disember 2011.
Memegang watak sebagai Hariz, Aaron dilihat mudah mengalirkan air mata jantannya di saat mendampingi watak Izzah yang dilakonkan oleh Maya Karin, walaupun pada hakikatnya Hariz adalah seorang lelaki panas baran.
"Inilah filem pertama yang berjaya membuatkan saya menangis. Saya akui ia sangat menyentuh hati saya setiap kali menjayakan adegan sedih. Mungkin saya terlalu taksub dengan watak Hariz telah menyebabkan saya mengalirkan air mata," ujar Aaron ketika ditemui di majlis pra-tonton filem "Ombak Rindu" yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ayah kepada dua anak ini turut memberitahu ini merupakan hasil kerja kelimanya melakonkan watak yang diadaptasi daripada novel selepas "Stanza Cinta" dan "Badai Semalam".
Walaubagaimanapun aktor berusia 35 tahun ini akan mengelak daripada membaca novel yang diadaptasi supaya tidak terikut-ikut atau keliru dengan jalan cerita oleh penulisnya.
Apabila ditanya tentang adegan intim bersama Maya Karin, Aaron memberitahu ia perlu dilakukan bagi memastikan perjalanan ceritanya tidak lari daripada novel.
"Kami semua profesional dan berjaya melakonkan adegan itu tanpa sebarang masalah. Pengarah juga bijak bermain dengan teknik kamera sehinggakan adegan tersebut nampak realistik.
"Isteri saya sudah membaca skrip tersebut terlebih dahulu dan ketika sesi latihan antara saya dan Maya berlangsung, dia turut berada di set penggambaran," akhirinya.
Selain daripada Aaron dan Maya, "Ombak Rindu" yang bakal menemui penonton di pawagam pada 1 Disember akan datang turut dilakonkan oleh Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan dan juga Nadiya Nissa.
Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres "Pisau Cukur" itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh Aaron. Tambahan pula terdapat beberapa babak ranjang dan adegan mesra yang perlu dilakukan walaupun dia mengakui gementar.
"Seronok berlakon dengan Aaron. Seperti peminat lain, dia juga merupakan hero kegemaran saya. Dia seorang yang profesional dan menghormati saya. Ketika di set penggambaran, dia tahu bila masa yang sesuai untuk bergurau dan juga bila saya perlu dapatkan mood," ujar aktres berusia 32 tahun ini ketika ditemui selepas majlis pra-tonton "Ombak Rindu" baru-baru ini.
"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.
Filem romantik arahan Osman Ali ini akan menemui penonton di pawagam pada 1 Disember akan datang.
Selepas lagu hits "Kekanda Adinda" duet bersama Atilia, akhirnya kumpulan Monoloque berjaya menyiapkan album pertama mereka yang mengambil masa selama dua tahun.
Dipetik dari Mstar, menurut vokalis utama kumpulan itu, Khairul Annuar Ridzwan Alias atau Loque memberitahu judul album mereka, "Hikayat Halimunan Abad Ke-21" ini tidak mengambil masa lama untuk rakaman tetapi proses mengumpul bahan, pembentukan indentiti dan ciri-ciri bunyi yang mengambil masa sehingga dua tahun.
"Proses ini termasuklah transformasi Monoloque daripada projek solo saya kepada sebuah kumpulan yang kemudian melalui pelbagai proses keluar masuk anggota sehingga lengkap," ujarnya .
Monoloque dianggotai oleh Loque sendiri (vokal utama, gitar dan piano), Ijoo (gitar utama), Dax (bass), Loko (dram) dan Apex (gitar).
Sementara itu, Loque turut memberitahu bahawa dia telah mengundang penyanyi Azlina Aziz yang menyanyikan sebuah lagu berjudul "Batu Belah Batu Konkrit".
Jelasnya tentang pemilihan Azlina yang juga merupakan anak kepada Seniwati Normadiah dan Seniman Aziz Jaafar dalam lagu ni, adalah kerana dia cukup mengagumi muzik era sewaktu di zaman kegemilangan ibunya.
"Pemilihan Azlina Aziz adalah kerana dia mewakili darah daripada ibu dan bapanya yang cukup hebat ketika zaman kegemilangan muzik dan filem sebelum merdeka. Jadi kami ingin mengabadikan sesuatu istimewa dalam album ini," ujarnya.
Bercerita mengenai lagu "Batu Belah Batu Konkrit", lagu tersebut mengisahkan rajuk si ibu terhadap anak-anaknya yang semakin mengejar kemodenan dan globalisasi sehingga menelan budaya, alam, tanah pusaka dan adat resam.
Antara lagu lain yang dimuatkan, "Kupu-Kupu Malam", "Jejak Tanah", "Penghormatan Terakhir", "Gurindam Hutan Batu", "Cinta", "Kekanda Adinda", "Hapuskan Air Di Matamu" dan "Tiada Kata Secantik Bahasa".
Namun kini muncul pula kisah pasangan ini sedang mengenali hati buding masing-masing memandangkan penggambaran filem komedi tersebut sudah pun berakhir beberapa minggu lalu.
Perkara ini telah disahkan oleh Hans sendiri ketika ditemui di tayangan perdana filem arahan Afdlin Shauki, "Misteri Jalan Lama" yang turut menampilkan Hans sebagai peneraju utama di samping Que Haidar.
"Apa yang saya boleh katakan adalah kami sememangnya berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Itu sahaja yang saya boleh berkongsi bersama anda semua kerana saya ingin lebih memfokuskan kepada karier saya," ujar jejaka kacak berusia 40 tahun ini.
"Walaubagaimanapun sekiranya ada berita baik, saya tidak akan menyembunyikannya. Bagi saya, jika hubungan kami berjalan dengan lancar, baguslah," akhirinya yang kelihatan gembira apabila berbicara tentang hubungannya itu.
Bakal muncul dengan filem pertamanya, "Azura 2012" yang telah diolah semula oleh pengarah Aziz M. Osman daripada filem dengan judul yang sama pada tahun 1984, wanita berusia 22 tahun ini akan bergandingan dengan aktor Shah Jaszle sebagai peneraju utama.
"Watak Azura agak berbeza jika dibanding dengan yang dulu kerana jalan cerita yang diolah semula itu lebih meluas. Namun saya tetap menjadikan Azura dulu yang dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud sebagai rujukan utama bagi saya memahami watak itu dengan baik," kata Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran filem baru-baru ini.
Bercerita tentang cabaran sepanjang penggambaran filem ini, Neelofa memberitahu dia perlu menangis untuk satu babak dan ianya agak sukar buat dirinya kerana dirinya seorang yang tegas dan tidak mudah untuk menangis. Namun bernasib baik kerana diberi tunjuk ajar oleh Aziz dan juga Shah yang memegang watak sebagai Deddy M. Borhan.
"Alhamdulillah kerana mereka semua banyak membantu saya walaupun pada ketika itu baru sepuluh bulan saya berkecimpung dalam industri. Malah saya dan Shah mudah mencari keserasian kerana memang rapat sebagai teman," jelas Neelofa lagi.
"Azura 2012" yang diberi nafas baru ini akan membarisi pelakon seperti Afdlin Shauki, Afidah Es, Ninie Marleny dan juga Erma Fatima. Ia dijangka menemui peminat pada 2 Februari 2012.
Cawangan ke-14 ini yang bertempat di Space U8, pusat membeli belah mesra alam pertama di Malaysia merupakan pawagam pertama dibuka di Shah Alam dan ia terletak berdekatan Bukit Jelutong dan Taman TTDI Jaya.
Memiliki tujuh dewan tayangan termasuk tiga dewan dilengkapi sistem tiga dimensi (3D), MBO Space U8 mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,466.
Dengan dekorasi menarik serta tempat duduk yang selesa, MBO Space U8 akan memberikan satu pengalaman berbeza buat penggemar filem.
Dipetik dari Berita Harian, hak cipta perkataan 'Taiko' akhirnya telah diberikan kepada Dzed Resources dan ia telah disahkan oleh penerbitnya iaitu Rozaidi Abdul Jamil atau pun lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (31).
"Dari awal lagi memang saya berhasrat untuk menggunakan judul itu kerana pada saya, tajuknya cukup 'catchy' dan saya ada perancangan yang lebih besar berdasarkan tajuk itu," kata Zed Zaidi.
Jelasnya, dengan tajuk itu, dia mampu mengaitkannya dengan peluang perniagaan seperti pengiklanan jenama barangan ataupun perkhidmatan, kerana konsep sebegitu dalam filem boleh mendatangkan keuntungan lumayan.
Zed Zaidi turut menyangkal bahawa filem "Taiko" cuba menyaingi filem arahan Syamsul Yusuf "KL Gangster".
"Skop "Taiko" sebenarnya luas. Ia bukan hanya berkisarkan kepada budaya kumpulan samseng, tetapi juga pada kumpulan lain dan juga pertubuhan. Apa saja boleh berlaku jika perasaan tamak dan gila kuasa berlaku dalam sesebuah pertubuhan," katanya lagi.
Dalam pada itu, filem "Taiko" akan menampilkan barisan pelakon seperti Faizal, Neelofa, Beto Khusairy, Azhan Rani, Riz Ainuddin, Namron dan Abu Bakar Omar.
Empat ikon muzik rock bakal menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Disember akan datang di Konsert Loudspeaker anjuran syarikat yang cukup sinonim dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan pengurusan acara, Red Garage Group Sdn Bhd.
Diusahakan oleh Muhd Idi Iskandar Abu Zahar dan adiknya yang juga pengacara dan pelakon Dira Abu Zahar, Konsert Loudspeaker yang merupakan konsert sulung buat syarikat tersebut akan menampilkan kumpulan otai rock Wings, XPDC, Faizal Tahir serta Azlan & The Typewriter.
Menurut pelakon wanita berusia 27 tahun itu, konsert tersebut disifatkan sebagai batu loncatan buat Red Garage bagi mengukuhkan kredibilitinya dalam bidang pengurusan acara sekaligus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama.
"Meletakkan empat figura terkenal ini boleh dianggap sebagai tarikan terbaik bagi menarik peminat masing-masing untuk datang menonton konsert ini," jelas Dira yang turut bertanggungjawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi syarikat tersebut.Bersempena konsert tersebut, acara Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 akan diadakan pada 23 dan 24 Disember akan datang di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.
Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM77 atau RM222 bagi VVIP di laman web Ticket Hotline atau hubungi 03-77251177 atau layari www.facebook.com/redgaragemalaysia untuk maklumat lanjut.
Sebelum ini Red Garage pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble tahun lalu yang menyaksikan kolaborasi dua kumpulan rock negara, Wings dan Search dan juga konsert Wings Opera Hidup.































