Adele batal konsert kerana kanser tekak?

Posted by TUPAI

Selepas membatalkan persembahan di Amerika Syarikat pada Oktober lalu, penyanyi "Someone Like You", Adele turut membatalkan enam lagi tarikh persembahan di United Kingdom, menyebabkan khabar angin tersebar mengatakan penyakit yang dialaminya adalah kanser tekak.

Dipetik daripada laporan New York Daily News, penyanyi berusia 23 tahun itu telah menulis di blog laman sesawang rasminya memberitahu pembatalan konsert adalah disebabkan satu 'penyakit'.

"Saya kecewa dan risau untuk memberitahu semua bahawa saya sekali lagi menghadapi masalah dengan suara saya.

"Saya tiada pilihan lain selain disarankan berehat untuk pulih sepenuhnya, atau saya berisiko merosakkan suara saya selama-lamanya," ujar Adele.

Menurut satu kenyataan rasmi, Adele akan menjalani pembedahan tekak untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Selepas berita itu diumumkan, khabar angin mula tersebar di Twitter mengatakan penyanyi kelahiran London ini mungkin menderita kanser tekak. Walaubagaimanapun Adele dan pihak pengurusannya masih lagi berdiam diri tentang penyakit yang dihadapinya itu.

Kostum Halloween Heidi Klum paling terbaik!

Posted by TUPAI


Supermodel terkenal Heidi Klum sentiasa 'mendahului' selebriti Hollywood dengan kostum Halloween yang hebat setiap tahun tanpa gagal. Pernah tampil sebagai Tuhan Kali, kucing dan juga Transformers, tahun ini Heidi menjadi 'mayat'.

Pada sambutan Halloween Sabtu lalu, pengacara "Project Runway" telah dibawa oleh seorang 'doktor'  ke karpet merah menggunakan meja autopsi.

Malah model berusia 38 tahun ini sempat berkongsi proses menjadi 'mayat' dengan memuat-turunkan gambar dalam akaun Twitter miliknya.

Mari kita saksikan gambar kostum Halloween Heidi Klum yang hebat ini.


Dibawa masuk ke karpet merah menggunakan meja autopsi.





Heidi Klum sempat memuat turunkan gambar ke dalam
akaun Twitter miliknya.

Antara kostum Halloween yang pernah dipakai Heidi Klum sebelum ini.

Beri Peluang Pada Nasi Lemak 2.0

Posted by TUPAI


Kejayaan filem "Nasi Lemak 2.0" yang telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM7 juta sememangnya mengejutkan ramai orang, sekaligus menepis segala kontroversi yang melanda filem pertama arahan Namewee sejak mula pembikinan sehinggalah ia ditayangkan. 

Ramai yang mungkin tertanya-tanya apakah faktor yang membuatkan filem ini mendapat sambutan ramai? Adakah ia disebabkan pelbagai kontroversi yang pernah diciptakan oleh sang pengarah? Atau filem ini sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri?

Ikuti temubual bersama Namewee (gambar, kanan) serta penyanyi dan salah seorang pelakon "Nasi Lemak 2.0", Adibah Noor.

Tahniah atas kejayaan "Nasi Lemak 2.0" yang telah berjaya mengutip RM7 juta. Boleh ceritakan bagaimanakah perasaan anda dan adakah anda menjangkakan filem ini akan mencipta kejayaan sebegini rupa?
Adibah Noor: Sudah pasti terkejut! Pertama kali saya mendapat tahu bahawa filem ini bukan dalam senarai wajib tayang dan tidak meyakinkan pihak pawagam, ia hanya diberikan panggung kecil dan beberapa tayangan sahaja dalam satu hari. Berdasarkan segala masalah yang dihadapi, sudah tentu kejayaan ini sangat membanggakan apabila mengutip RM7 juta.

Namewee: Seperti Adibah Noor, saya juga terkejut dan tidak menyangkakan filem ini akan mendapat kutipan sebegitu. Filem "Nasi Lemak 2.0" merupakan filem bahasa Cina pertama yang dapat kutipan sebanyak itu. Belum ada lagi filem tempatan yang berbahasa Cina pernah mendapat kutipan sehingga RM7 juta. Sudah tentu ia sangat membanggakan.

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan filem ini mendapat kutipan sebanyak itu? Adakah kerana nama Namewee dan kontroversi yang melanda telah mencipta kejayaan filem ini?
Namewee: Saya akui kontroversi adalah salah satu faktor kejayaan filem ini. Saya tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk membuat iklan promosi. Saya menggunakan platform laman social Facebook sahaja. Namun kejayaan filem ini bukanlah 100% terletak pada kontroversi. Sokongan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga turut membantu.

Adibah Noor: Ya, kontroversi adalah salah satu faktor filem ini berjaya mendapat kutipan setinggi itu. Namun pada pendapat saya, filem ini sememangnya sebuah karya yang menarik. Kandungan filem atau jalan ceritanya bukanlah bertujuan untuk menyakitkan hati sesiapa. Jika ada yang merungut atau bersuara, ia hanyalah disebabkan nama Namewee.


Apa pandangan anda apabila ada sesetengah orang yang terus memberi kutukan sebelum menonton filem "Nasi Lemak 2.0"?
Namewee: Ramai yang telah salah faham dengan saya. Sudah berkali-kali saya memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Mungkin mereka tidak memahami diri saya tetapi berilah peluang dan tonton filem saya terlebih dahulu. Sekiranya tidak menyukai, ia tidak mengapa. Bagi saya, orang yang baik dalam dunia tidak semestinya disukai oleh orang ramai.


Adibah Noor: Apabila hati sudah benci, apa saja yang dicakapkan sememangnya kami tidak boleh lakukan apa-apa. Saya akan mencabar mereka untuk tonton filem ini terlebih dahulu sebelum menghakimi filem tersebut.

Namewee, pernahkah anda rasa menyesal dengan segala kontroversi yang melanda diri anda dan filem pertama arahan anda?
Namewee: Perasaan menyesal itu tidak ada kerana saya tidak mencipta kontroversi tersebut. Sebaliknya hanya berterus-terang. Kontroversi itu diberikan oleh orang kepada saya. Oleh itu tidak timbul perasaan menyesal dalam diri saya.

Terima kasih, semua!
Adibah Noor & Namewee: Sama-sama.

Namewee ketika ditemubual oleh media

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook