Stefani Germanotta atau lebih terkenal dengan panggilan Lady Gaga baru-baru ini telah menyaman sebuah syarikat kerana telah menggunakan namanya untuk produk produk barang kemas dan kosmetik.
Menurut laporan daripada NY Daily News, penyanyi "Born This Way" telah memfailkan saman terhadap Excite Worldwide di sebuah mahkamah di Manhattan agar menghentikan permohonan hak milik jenama Lady Gaga yang dibuat oleh mereka.
Excite Worldwide mempunyai satu rangkaian jenama bernama "Lady Gaga by Design" dan menurut Lady Gaga, ia telah menghalang perancangan yang dibuat oleh syarikatnya, Ate My Heart, Inc untuk memasarkan produk seperti lilin, rantai kunci, beg, tuala, tatu, rambut palsu dan sebagainya dengan menggunakan namanya.
Penyanyi berusia 25 tahun itu juga turut menyuarakan kebimbangan menerusi saman yang difailkan iaitu peminat akan keliru apabila melihat nama Lady Gaga di rangkaian produk dan akan menganggap ia berkaitan dengannya.
Ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan Simon Cowell bersama tunangnya, Mezhgan Hussainy sekiranya mereka akan berkahwin atau tidak memandangkan pasangan ini telah mengikat tali pertunangan 19 bulan yang lalu.
Menurut majalah Star, bekas juri "American Idol" ini mengakui terlalu sibuk dengan kerjaya sehinggakan ia melewatkan perkahwinan mereka kerana sukar mencari masa yang sesuai.
"Saya tidak akan tipu tetapi tahun ini saya hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada program "The X-Factor"", kata Simon kepada Star.
"Ia mungkin merupakan tahun paling sibuk yang pernah lalui sepanjang karier ini."
Simon yang bakal menginjak usia 52 tahun pada 7 Oktober akan datang telah bertunang dengan juru mekap artis Mezghan pada Febuari 2010 selepas bertemu di set rancangan televisyen popular "American Idol".
Selepas meninggalkan rancangan popular tersebut pada 11 Januari 2010, Simon sibuk memberi tumpuan kepada program "The X-Factor" versi Amerika Syarikat sehingga mengetepikan perkahwinannya buat sementara waktu.
"Membuat pilihan untuk berkahwin adalah sesuatu yang anda perlu membuat keputusan apabila tiba waktunya," akhiri Simon.
Kisah pasangan ini putus tunang hangat diperkatakan selepas Simon jarang sekali tampil bersama Mezhgan.

Tidak dapat dinafikan lagi, kegilaan muzik K-Pop (Korean Pop) semakin mendapat sambutan di kalangan peminat muzik tempatan yang terdiri dari para remaja sehingga menjadi satu fenomena yang tidak luar biasa.
Buktinya,Sabtu minggu lepas, Stadium Merdeka menjadi saksi kepada fenomena K-pop itu. Korean Music Wave 2011 Malaysia yang berlangsung selam dua jam itu, membariskan artis popular Korean. Antaranya ialah FT Island, U-Kiss, 4minute, Teen Top, Park Jung Min, Seungri, G-Dragon dan Top dari Big Bang.
Setiap artis telah menghiburkan peminat mereka di Malaysia sebanyak lima lagu kecuali Seungri, G-Dragon dan Top ming-masing hanya mendendangkan tiga buah lagu sahaja.
Stadium Merdeka pada malam itu telah dibanjiri seramai 6,000 peminat muzik Korea. Rata-rata yang hadir terhibur dengan persembahan dari artis kesayangan mereka.
Pada siapa yang tidak dapat hadir pada konsert tersebut, jom layan gambar sekitar konsert Korean Music Wave 2011 Malaysia.

FT ISLAND
TEEN TOP
4 MINUTE
UKISS
PARK JUNG MIN
SEUNGRI (BIG BANG)
TOP & G-DRAGON (BIG BANG)
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Mamat menjelaskan yang dia tidak ada kena mengena mahupun bukan penyebab transisi imej bertudung yang digayakan Fida sebelum ini.
“Bagi saya kalau Fida bertudung atau tak, saya tak pernah cuit kerana itu adalah fesyen dia yang tak dipaksa oleh mana-mana pihak dan terlalu pirivasi. Bagi saya, apa yang Fida pakai tidak ada sebarang kaitan dengan saya. Jadi kalau Fida nak bertudung atau bertopi, itu adalah hak Fida.”
“Cuma sebagai kawan, saya ada memberi teguran. Saya minta dia fikir yang terbaik untuk dirinya. Fikir kalau peminat boleh terima fesyen tersebut saya tidak ada masalah. Jangan sampai peminat komplen, kerana karekter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tak apa, tapi dia dilahirkan dalam industri ini dengan bertudung. Saya tidak tahu sejauhmana dia terima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak sentuh banyak soal pemakaian dia,” jelas Mamat yang turut kesal bila ada yang mengatakan imej Fida berubah selepas dia memuat turun foto Fida tanpa memakai tudung baru-baru ini.
Ketika ditanya tentang status hubungan mereka yang dikatakan rengang selepas isu foto tersebut tersebar, Mamat mengakui isu tersebut sedikit menjejaskan hubungan mereka dan setakat ini mereka hanya menanti isu ini reda barulah berbincang. Namun hubungan ‘persahabatan’ mereka masih diteruskan.
Menurutnya lagi, apa yang berlaku bukan atas kerelaan atau kehendak masing-masing, dan tidak boleh juga menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.
“Saya berani bersumpah, insiden tersebut memang tak disengajakan. Saya seorang yang rabun dan tak perasan langsung gambar tersebut sehinggalah kakak saya meminta saya periksa Facebook semula kerana ada sesuatu yang tak elok dalam album tersebut. Bila dah sedar, saya terus padam, tapi sayangnya beberapa blog terlebih dahulu telah memuat turun gambar tersebut,” ujar Mamat lagi yang bakal menjalankan penggambaran drama 13 episod, “Superlawak FC” untuk Astro Warna tidak lama lagi selain penggambaran “Sepah The Movie” pertengahan Oktober nanti di Johor Bahru.
Jom kita tengok selebriti yang hadir mengemmpakkan Rumah Terbuka Astro dan Majlis Rakaman Gempak Raya Astro!
Mia Sara Nasuha
"Amboi...Amboi... Besarnya cincin uncle Azwan ni!"
Arash Mohamad & isteri
Zain Saidin
Anzalna (finalis Dewi Remaja)
Fazley Yaakob
Imran Ajmain
Amy Search
Lan A to Z
Diana Danielle
Erra Fazira
Farid Kamil
Atilia
Dina Nazir
Saiful Apek
Sheila Rusly & suami, Jinggo
Mawi & Ekin
Elfira Loy
Nora
Shahir
Hazama
Ifa Raziah
Scha Al Yahya
Alia Lee & Datin Paduka Umie Aida
Hail Amir
Adira
AC Mizal & Scha Al Yahya
Yus (Jambu Maharaja Lawak)
Azlan & The Typewriter mendendangkan lagu "Dendang Perantau"
Ana Raffali
Hattan menyampaikan lagu "Selamat Datang Sayang"
Penampilan pertama Shahir selepas empat bulan bercuti
Dato' Siti Nurhaliza ditemani Mia Sara Nasuha mendendangkan himpunan medley lagu raya.
Erra Fazira, Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Zoey
Tiru gaya Ahmad Kassan
Sekali Zain tiruuuu....
Pertandingan Ratu Cantik - Rozita Che Wan mula dulu...
Berkat bakat 'meniru' dan sporting!
Ratu Gempak Raya Astro milik Erra Fazira
Paduan suara Hazama &Amy Search menerusi lagu "Sentuhan Di Hari Raya"
Ifa Raziah, Didie Alias, Enot & Mamat Sepah