Kim Hyun Joong Datang Malaysia Ogos Ini!

Posted by TUPAI


Berita gembira buat peminat - peminat penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong, beliau akan datang ke Malaysia pada 20 Ogos 2011 ini. Kunjungannya kali ini adalah bagi mempromosikan mini album beliau yang telah pun berada di pasaran pada Julai 2011.

“Break Down” merupakan album pertama beliau sebagai penyanyi solo. Album yang telah pun diriliskan di Korea pada 8 Jun yang lepas ini mengandungi beberapa lagu lain seperti  “Intro” (Let Me Go), “Please”, “Kiss Kiss”, dan “Yes I Will”. Penjualan “Break Down” telah mencapai lebih daripada 100,000 naskhah di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu.

Beliau  juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di KBS2 Music Bank (TV show) dengan lagunya, "Break Down". Kim Hyun Joong juga merupakan salah seorang ahli SS501. Bagi peminat Kim Hyun Joong, semestinya kedatangan artis kegemaran ramai ini ke Malaysia adalah sesuatu yang dinantikan...

Nantikan maklumat lanjut di Tupai.com.my. Sebelum itu jom layan dulu video muzik Kim Hyun Joong “Break Down”..Enjoy

TV3 & TV9 Saji Program Menarik Bulan Puasa!

Posted by TUPAI


Lagi beberapa hari sahaja umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang mulia dan penuh keberkatan iaitu bulan puasa. Bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak Dengan Penuh Kesyukuran dan Keinsafan, stesyen TV tentunya berebut - rebut untuk menyajikan rancangan - rancangan menarik untuk tatapan penonton di rumah. Dengan tagline "Sesuci Fitrah" TV3 dan "Ramadan Di Hatiku" TV9 tidak ketinggalan menyediakan program-program ilmiah, teladan dan keinsafan untuk dikongsi bersama menerusi program majalah, dokumentari serta drama menarik dan istimewa sepanjang bulan puasa.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar,
"Sesuci Fitrah" dipilih sebagai tema kali ini bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai umat Allah SWT sentiasa musahabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya. Begitu juga dengan "Ramadan di hatiku" yang dipilih mengikut tagline TV9 di mana kebanyakan program yang disusun banyak menyelitkan unsur keikhlasan serta kejujuran di dalam hati.

Di Bawah adalah senarai program - program sepanjang bulan puasa di TV3 dan TV9:

"SESUCI FITRAH" - RAMADAN TV3

- Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur - Setiap Hari, jam 6.30ptg, mulai 1 Ogos. 
- Singgah Sahur - (7 Episod) Jumaat & Sabtu, jam 12.35t/mlm, mulai 5 Ogos, Siaran ulangan pada Sabtu    dan  Ahad, jam 5.00petang mulai 6 Ogos)(Episod pertama (1 jam) disiarkan secara langsung pada 31 Julai jam 12.35t/mlm di Hospital Sungai Buloh, Selangor . Episod akhir (1 jam) disiarkan secara langsung pada 28 Ogos jam 12.35t/mlm di Hentian Puduraya)
- Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara - (4 episod) Setiap Rabu, jam 6.00petang, mulai 3 Ogos
- Kias Ramadan – (4 Episod) Setiap Rabu, jam 11.00malam, mulai 3 Ogos
- Iktibar – 3 Ogos & 10 Ogos (Rabu) jam 11.30malam
- Periuk Hangus – (5 Episod) Setiap Rabu, jam 10.00pagi, mulai 3 Ogos
- Biskut Apa? – (4 Episod) Setiap Sabtu, jam 5.30petang, mulai 6 Ogos 
- Bazaar Ramadan@ TV3  - (5 Episod)  Setiap Sabtu, jam 7.30malam, mulai 6 Ogos
- 5 Rencah 5 Rasa Edisi Ramadan – (4 Episod) Setiap Ahad, jam 5.30petang, mulai 7 Ogos
- Sirah Nabi – (21 episod) Setiap Isnin-Jumaat,  jam 9.00pagi, mulai 1 Ogos
- Diari Sahabat  – (21 Episod) Setiap Isnin – Jumaat, jam 9.30pagi, mulai 1 Ogos
- Serambi Anak Soleh – (4 Episod) Setiap Selasa, jam 6.00petang, mulai 2 Ogos
- Drama Ramadan, Slot Samarinda: “Ramadan Terakhir” - (15 episod) Setiap Selasa-Khamis, jam 10.30mlm, mulai  26 Julai.
CEREKARAMA RAMADAN:
- Sehelai Rambuat Dibelah Tujuh -  6 Ogos 2011 (Sabtu) 10.00malam
- Perempuan Di Hujung Ramadan - 13 Ogos 2011(Sabtu) 10.00malam
- Mengurai Rindu - 20 Ogos 2011(Sabtu) 10.00malam

"RAMADAN DI HATIKU TV9"

- Solat Isya’ & Tarawikh dari Masjidil Haram, Mekah – (setiap hari, 1.00 pagi hingga 3.00 pagi)
- Tanyalah Ustaz Ramadan (setiap hari, 7.00 pagi)
- Mencari Resipi Temurun  -  (8 episod, Isnin & Selasa, 6.30 petang mulai 1 Ogos)
- Ini Kisahku (8 episod, Rabu & Khamis, 6.30 petang mulai 3 Ogos)
- Jom Berbuka (8 episod, Sabtu & Ahad, 7.00 malam, mulai 6 Ogos)
- Sirah Ameerah (8 episod, Sabtu & Ahad, 7.30 malam mulai 6 Ogos)
SKRIN DI 9:
- Jiman - (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos)
- Sekilas Qalbu - (Rabu, 8.30 malam , 10 Ogos)
- Isnin Selasa Rabu - (Rabu, 8.30 malam, 17 Ogos)
- Lailatulqadar - (Rabu, 8.30 malam, 24 Ogos)

Selamat menyambut bulan puasa dan selamat menonton rancangan - rancangan menarik di TV3 dan TV9.

IL Volo Serang Malaysia

Posted by TUPAI


Kumpulan IL VOLO yang berasal dari Italy akan datang ke Malaysia. IL VOLO dianggotai oleh oleh tiga orang anak muda yang berbakat iaitu Piero Barone (17), Ignazio Boschetto(16) dan Gianluca Ginoble(16) hadir ke Malaysia bersempena dengan "Showcase Tour Of Asia". IL VOLO yang popular dengan single pertama mereka iaitu lagu “O Sole Mio” yang bermaksud matahari terkenal dengan vokal yang mantap dan mempersonakan.

Bersempena dengan "Showcase Tour Of Asia", Universal Music Malaysia selaku syarikat pengedar album IL VOLO telah mengadakan satu showcase yang akan berlangsung di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley, Mutiara Damansara pada 30 Julai 2011 (Sabtu), jam 5 petang.  

Ingin menyaksikan persembahan yang pastinya menakjubkan dari IL VOLO senang sahaja. Anda hanya perlu membeli album IL VOLO di kedai -kedai CD-RAMA sahaja dan dapatkan pas percuma untuk menonton persembahan IL VOLO. Selain menonton persembahan mereka, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi autograf yang akan berlangsung selama 2 jam sebelum persembahan. Sesi autograf akan di adakah jam 3 petang di Concourse Level Ikano Power Centre, Mutiara Damansara. Untuk menyertai sesi autograf, anda hanya perlu membawa album IL VOLO sahaja. 

Sebelum itu, jom saksikan video muzik IL VOLO. 


Senarai Artis Dalam "Club 27"

Posted by TUPAI

Kematian mengejut penyanyi Amy Winehouse pada Sabtu lalu mengingatkan kita pada insan seni yang meninggal ketika zaman keemasan atau ketika berada di kemuncakkan kejayaan. Polulariti dan kerjaya muzik yang cemerlang tidak boleh menyelamatkan hidup mereka dari terjerumus dalam gejala yang tidak sihat seperti ketagihan minuman keras dan dadah. Selain Amy Winehouse, ada beberapa nama insan seni yang meninggal ketika usia 27 tahun. Disebabkan perkara tersebut wujudnya satu kumpulan yang menggelarkan mereka "Club 27".

Jom lihat siapakah yang tergolong dalam kumpulan "Club 27". 


1. Amy Winehouse
Penyanyi dan penulis lirik berbakat berasal dari England ini ditemui meninggal di rumahnya di kawasan North London, pada Sabtu, 23 Julai 2011. Amy yang dikenali dengan masalah ketagihan minuman keras dan dadah ini ditemui meninggal pada pukul 4.15pm. Sampai saat ini, Punca kematian Amy masih tidak diketahui, meskipun pihak polis meletakkan andaian punca kematian Amy disebabkan penggambilan ubat-ubatan secara berlebihan. Amy merupakan seorang penyanyi lagu bergenre jazz dan blues yang hebat dan berkarakter. Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Rehab" ini sentiasa mencuri perhatian media. 


2. Kurt Cobain
Kurt ditemui meninggal di rumahnya di Seattle pada 4 April 1994. Mayat Kurt ditemui dalam keadaan yang agak menggerikan iaitu kepala hancur kerana kesan dari tembakkan kearah mulut. Di sebelah mayatnya terdapat sepucuk surat yang ditujukan kepada isterinya, Courtney Love. Hingga saat ini kematian Kurt masih lagi menjadi misteri meskipun diyakini dia meninggal kerana overdos, dan menembak dirinya sendiri. Spekulasi lain ada menyatakan bahawa Kurt dibunuh. Kurt merupakan seorang pemuzik hebat yang membawa perubahan besar dalam perkembangan muzik di era 80-an dengan muzik Grunge dan alternative rock.


3. Jimi Hendrix
Merupakan gitaris terbaik dalam sejarah muzik rock ini menghembuskan nafas terakhir pada 18 September 1970 di London. Kematian Jimi masih menjadi misteri hingga kini. Ada spekulasi yang menyatakan bahawa Jimi meninggal kerana penggambilan dadah secara berlebihan dan ketagihan minuman keras. Ada juga yang menyatakan Jimi dibunuh. Jimi Hendrix adalah lagenda muzik blues yang nama dan karyanya masih dikenang hingga kini.



4. Jim Morrison
Jim Morrison yang dikenali sebagai vokalis The Doors ini ditemui tidak bernyawa di kamar mandi di apartmentnya di Paris pada 3 Julai 1971. Hingga kini punca kematiannya masih belum menemui jawapan kerana mayatnya tidak melakukan proses bedah siasat. Ada yang menyatakan dia mati kerana serangan jantung. Bagaimapun sekitar tahun 2007 muncul khabar angin yang menyatakan Jim meninggal kerana pengambilan dadah jenis "heroin" secara berlebihan. Jim memang terkenal sebagai vokalis yang ketagih dengan seks, minuman keras dan dadah. Jim merupakan salah satu dari 100 penyanyi hebat sepanjang masa dengan wajah yang tampan dan handal dalam mengubah muzik dan puisi.



5. Janis Lyn Joplin
Janis Joplin ditemui meninggal di lantai kamar hotelnya di Los Angeles, 4 Oktober 1970, pada usia 27 tahun kerana pengambilan dadah jenis "heroin" secara berlebihan dan ketagihan minuman keras. Janis merupakan seorang penyanyi wanita aliran rock-blues yang sangat popular di era 60-an. Majalah Rolling Stones telah meletakkan nama Janis Lyn Joplin dalam senarai Artis Terpopular Sepanjang Masa. Kerjaya Joplin memang singkat, tapi dia telah meninggalkan impak yang besar dalam dunia muzik. Penggemar muzik blues akan mengingati Joplin sebagai seorang yang mencintai muzik blues.


6. Brian Jones
Jika Anda penggemar rock and roll pada tahun 60-an, anda pasti kenal dengan Brian Jones. Dia merupakan gitaris dan salah seorang anggota Rolling Stones. Brian yang terkenal dengan kebolehan bermain bermacam alat muzik. Dia juga merupakan seorang yang genius tentang muzik di zamannya. Brian ditemui meninggal di kolam renang di Sussex, England pada 3 Julai 1969. Kematiannya dipercayai berpunca dari pengaruh minuman keras dan dadah. Namun hingga kini, spekulasi punca kematian Brian masih menjadi misteri.

Kalau dilihat punca kematian bintang -bintang di atas adalah sama iaitu ketagihan minuman keras dan pengambilan dadah secara berlebihan. Bukan sahaja punca tapi usia juga sama iaitu 27 tahun. Kesemua mereka meninggal ketika populariti mereka sedang memuncak dan memberikan impak yang besar dalam kejaya masing-masing. Ada spekulasi yang menyatakan angka 27 merupakan angka maut di kalangan pemuzik dan penyanyi rock dan blues. Karya - Karya yang dihasilkan oleh mereka sehingga kini masih lagi segar dalam ingatan para peminat mereka di seluruh dunia dan akan dikenang sampai bila-bila. 

Siri Jelajah Artis Rancakkan FFM24

Posted by TUPAI


Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) kini kembali lagi dengan bertemakan Gemilang Filem Malaysia. Kali ini sebanyak 42 buah filem yang layak bertanding. Bagi merancakkan FFM24 tahun ini, pihak penganjur telah merangka pelbagai aktiviti bagi memastikan penganjurannya sesuai dengan temanya.

Antara aktivitinya adalah pihak penganjur mengadakan siri penjelajahan seluruh Malaysia dengan membawa artis dan selebriti tempatan yang bertanding dalam FFM24 kali ini. Ia melibatkan beberapa buah bandar besar antaranya Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Baru, Melaka dan Seremban. Siri penjelajahan ini akan bermula pada September 2011 sehinggalah November 2011.   

Seperti kebiasaan, FFM24 pada tahun ini akan mengadakan dua majlis penganugerahan berbeza iaitu malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur pada 16 November 2011. Manakala malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Keseluruhan anugerah pada kali ini melibatkan 33 anugerah termasuklah Anugerah Perdana Khas (3 anugerah) dan Anugerah Khas Juri (empat buah). 12 kategori untuk Anugerah Gemilang Cipta manakala 14 kategori untuk malam kemuncak FFM24. 

FFM24 akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105). 

3D Sex Hangat Di Singapura!

Posted by TUPAI


Pengedar filem "Sex And Zen: Extreme Ecstasy" di Singapura iaitu Golden Village (GV) telah mengesahkan hampir semua tayangan filem tersebut habis dijual sejak ditayangkan pada Khamis lepas. Filem erotik "Seks And Zen: Extreme Ecstasy" juga telah mengaut keuntungan sebanyak SG $222,000 dalam carta "box office" minggu lepas.

Menurut jurucakap GV, "Semua tiket untuk tayangan filem tersebut telah habis dijual sejak hari Khamis lagi". Tambahnya lagi, "separuh dari penonton adalah dari golongan lelaki yang hadir untuk menonton filem terbitan Hong kong ini".

Jualan tiket yang memberangsangkan dan kehadiran penonton yang mempunyai perasaan ingin tahu terhadap filem ini merupakan faktor kejayaan filem "Sex And Zen: Extreme Ecstasy". 

Memandangakan jualan tiket pada hari pembukaan telah berjaya mengutip SG $ 222.000. Angka ini dilaporkan sangat besar berbanding dengan filem erotik 3D pertama yang ditayangkan di Singapura iaitu "Natali". Filem terbitan Korea, "Natali" berjaya mengutip sebanyak SG $47,000 semasa hari pembukaan tayangan pada bulan April lalu.

Filem erotik "Sex And Zen: Extreme Ecstasy" kini ditayangkan di Singapura dalam versi 2D dan 3D.

David Archuleta 'Pukau' Malaysia!

Posted by TUPAI


“Saya pasti kembali!”, begitulah janji anak muda kelahiran Utah, 21 tahun ini kala pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia lewat sebuah showcase dua tahun lalu. Semalam bersaksikan lebih 5,000 orang peminat, DAVID ARCHULETA aka Archie mengotakan janjinya kembali menghiburkan para peminat menerusi “The Other Side of Down Asian Tour 2011 Live In Malaysia” anjuran Sony Music Malaysia.

Membanjiri perkarangan stadium seawal jam 5.30 petang, rata – rata peminat yang datang menyaksikan konsert ini terbang jauh dari Singapura, Johor, Sabah dan Sarawak selain kehadiran peminat Kuala Lumpur sendiri. Ramai yang menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kepada penaja kerana siapa sangka atas permintaan lewat laman social Facebook, meminta mantan naib juara pertandingan realiti, Amerian Idol musim ketujuh kembali, direalisasikan juga.

 Jam 8.00 pm sorakan histeria sekalian ArcAngels (gelaran untuk peminatnya) bergema saat gambar idola pujaan terpampang di skrin besar diikuti runut – runut lagu Archie. Namun sehingga jam 8.30 kelibat penyanyi ‘baby face’ itu masih belum kelihatan. Keresahan peminat menunggu idola mereka dipujuk dulu dengan persembahan mantap opening act Hao Ren diiringi lima orang penari latar.


 Hao Ren

20 minit selepas Hao Ren selesai membuat persembahan suasana stadium gelap seketika dan sorakan peminat kembali menggamakan seisi stadium dan seperti yang dijanjikan, Archie berdesup keluar dari belakang pentas seraya menyanyikan lagu “Stomping The Roses” yang dipetik dari album baru “The Other Side od Down” kemudian diikuti dengan lagu hits, “A Little Too Not Over You”.

Tampil santai dengan T-shirt kelabu dipadankan dengan jaket rona merah, Archie sempat menyuarakan rasa terima kasih dan gembira kerana bertemu semula peminat di Malaysia sebelum meneruskan persembahan malam itu dengan lagu catchy, single pertama dari album barunya, “Something ‘Bout Love”.



Sesekali dia bergurau nakal dengan peminat bertanyakan kemungkinan gadis impiannya ada di Malaysia sebelum berkongsi cerita mengenai ciri – ciri gadis idamannya menerusi lagu balada nan asyik, “My Kind of Perfect” sambil memainkan piano kemudian kembali menggamatkan konsert dengan lagu berkisarkan mimpinya, “Elevator”.

Tidak hanya menyanyikan himpunan lagu hits dari album debut juga dari album barunya, Archie turut menyanyikan beberapa buah lagu cover kegemarannya seperti “Everybody Wants To Rule The World” nyanyian asal Tears For Fears, lagu Gnarls Barkley, “Crazy”, “A Thousand Miles” dendangan Vanessa Carlton ditujukan khas buat ibunya juga lagu ikonik nyanyian Ben E King, “Stand By Me” yang membuatkan peminat sedari usia cilik, remaja sehinggakan ibu bapa mereka turut bernyanyi sama.




Selepas lagu, “Everything and More”, sebuah lagi lagu baru, unrealesed track, “Zero Gravity dinyanyikan sebelum Archie mengucapkan selamat tinggal kepada sekalian peminatnya dan masuk semula ke belakang pentas.

Sungguhpun kelibat idola mereka hilang dari pandangan, sekalian “ArcAngel” masih setia menunggu Archie mengharapkan dia kembali ke pentas semula. Jeritan “We want more! We want more! We want more!” melatari segenap ruang stadium dan Archie kembali semula!

Menghadiahkan sebuah lagu balada indah, cover lagu “Heaven” nyanyian asal Bryan Adam, kemantapan vokal Archie jelas memukau tahap meremang bulu roma. Betapa lagu indah tersebut diadun kemas dengan lontaran merdu suara Archie sebelum mengakhiri konsert malam itu dengan killer hits, “Crush”.

17 buah lagu, 90 minit bersama Archie, apa yang dapat penulis simpulkan, secara jujur Archie kembali bukan dengan janji kosong. Tanpa penari latar mahupun tarian penuh skil, kepuasan jelas terasa dari segi paduan vokal mantap tanpa sikit pun ‘pancit’ dari Archie. Sesosok tubuh genit teruna Utah ini berjaya mengawal keseluruhan konsert dengan hanya bertemankan musisi latar. Dalam pada dihiburkan oleh persembahannya, terdengar cakap – cakap orang belakang mengatakan Archie kini lelaki dewasa. Ya, benar, Archie kini perlahan – lahan meninggalkan bayangan American Idol, terus mengecap kejayaan dengan berdiri di kakinya sendiri simply David Archuleta! Respect!


 






Senario Perjuangkan Semangat RELA

Posted by TUPAI

Kumpulan Senario kembali lagi dengan filem terbaru iaitu "Senario Ops Pocot". Berpeluang bertemu dengan salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Wahid dan Diana Amir yang turut mmbintangi filem ini sempat berkongsi cerita tentang pengalaman dan cabaran yang di hadapi sepanjang Penggambaran. Filem arahan Ismail Bob Hashim ini menjalani penggambaran di Sungai Udang, Melaka selama sebulan. Filem "Senario Ops Pocot" telah pun berada di pawagam di seluruh Malaysia. 

Jom Ikuti temubual bersama mereka.

Pertama sekali terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temubual ini. Boleh ceritakan watak anda berdua dalam filem "Senario Ops Pocot"?
Wahid: Sama-sama. Watak saya dalam filem senario kali ini masih sama denagan filem senario sebelum ini iaitu watak Wahid. Wahid seorang yang lemah semangat dan disebabkan perkara tersebut majikannya menghantar Wahid untuk menyertai pasukan RELA. 
Diana: Saya memegang watak Mala seorang gadis remaja biasa yang menyertai pasukan RELA secara sukarela.

Kelainan "Senario Ops Pocot" dengan filem senario yang lain?
Wahid: Bagi filem "Senario Ops Pocot" kelainannya tidak banyak sangat berbanding dengan filem senario sebelum ini. Cuma "Senario Ops Pocot" ini macam patah balik kepada filem "Senario Episod Satu". Perbezaanya dalam "Senario Episod Satu" kami bertiga berjumpa ketika pergi sesi uji bakat tapi dalam filem "Senario Ops Pocot" kami berjumpa ketika menyertai pasukan RELA.   

Cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran?
Wahid: Cabaranya kami sudah seperti ahli pasukan RELA yang sebenar. Segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli pasukan RELA, kami juga turut melakukan aktiviti tersebut.
Diana: Sama macam Abg Wahid cakap selama sebulan kami seperti ahli pasukan RELA yang sebenar. Segala aktiviti yang berat atau ringgan kami lakukan juga. Tidak ada beza.  

Adakah ini merupakan kali pertama Wahid bekerja dengan Ismail Bob Hashim dan bagaimana bekerja dengan beliau?
Wahid: Ya. Ini merupakan kali pertama saya bekerja dengan dia. Bekerja dengan Ismail Bob Hashim sangat senang dan dia memberi kebebasan kepada kami sebagai pelakon untuk membawa watak dengan cara kami sendiri. 

Diana pula berkerja dengan kumpulan Senario bagaimana dan adakah ini merupakan kali pertama bergandingan dengan Senario?
Diana: Bekerjasama dengan Senario senang. Walaupun baru pertama kali berjumpa ketika meeting tapi mereka layan saya dengan baik. Sepanjang masa sentiasa ketawa.

Kalau dilihat sekarang sudah banyak kumpulan lawak yang ada di Malaysia. Bagaimana cara untuk kumpulan Senario sendiri mempertahankan populariti?
Wahid: Buat masa ini, kami bertiga tidak memikir pun bagaimana untuk mempertahankan populariti tersebut. Kita kena terima sekiranya populariti jatuh atau tidak yang penting kita kena jaga diri kita. Paling utama Senario telah menbawa komedi itu sendiri ke peringkat yang atas. 
Diana: Bagi saya, kumpulan senario masih ada lagi pengikut. Senario adalah antara kumpulan pelawak yang masih bertahan dan dikenali oleh semua orang. 

Adakah Wahid rasa filem - filem Senario masih ada pengikut walaupun ada yang menyatakan lawak Senario tidak lagi relevan untuk zaman sekarang?
Wahid: Pada pendapat saya, saya tidak hairan dengan kata - kata orang tentang perkara trsebut. Paling penting adalah jalan cerita yang ingin kita bawakan dan sudah tentu kita melakukan sesuatu kerja itu dengan terbaik. 

Apakah perkembangan terbaru anda berdua?
Wahid: Saya baru habis penggambaran dua buah drama dengan MIGd dan skarang saya tengah sibuk dengan rancangan Wakenabeb.
Diana: Saya akan memulakan penggambaran filem terbaru saya iaitu "X". 

Soalan terakahir, harapan anda beruda untuk filem ini?
Wahid & Diana: Saya berharap semua orang akan pergi menonton filem "Senario Ops Pocot" dan terhibur dengan filem ini. 

David Archuleta Sedia Gegarkan Stadium Negara!

Posted by TUPAI

Dua tahun lalu buat pertama kali dijejakkan kaki ke sini, pertemuan sulungnya bersama peminat-peminat ditinggalkan kenangan terindah menerusi showcase. Tidak puas! Itu sebab utama yang melonjakkan aderenalin para peminatnya meminta agar naib juara American Idol Musim ke-7 ni kembali semula! Lantas dilontarkan menerusi laman sosial facebook Sony Music Malaysia. Bermula di destinasi Indonesia , Filipina ke Vietnam kini saat yang didamba telah tiba!  


Semalam (25hb Julai), kira-kira jam 12.50 tengahari dengan menaiki pesawat Vietnam Airlines yang berlepas dari bandar HO Chi Minh, hitmaker 'Crush' ni sekali menjejaki kaki di Kuala Lumpur. Dan kali ini, dia datang  'bersama' semangat mahu menghiburkan sekalian peminat, atas nama konsert penuh, "DAVID ARCHULETA The Other Side Of Down Tour Live In Malaysia '11". 

TUPAI berkesempatan bersua muka dengannya di sidang media, petang semalam (yang didakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur), apa yang boleh disimpulkan, David Archuleta aka Archie masih seperti 2 tahun lalu, murah dengan senyuman. Bercerita mengenai album ke-2nya yang di-release sejak Oktober  tahun lalu ni, 'The Other Side Of Down' disifat sebagai tentang refleksi dirinya. Setiap track punya signifikan tersendiri mengenai dia  yang bukan saja seorang anak seni malah seorang remaja, idola juga inspirasi buat semua. Dan seandainya dia punya peluang, dia mahu berkolaborasi bersama idolanya, Steve Wonder.

Malam ini tepat jam 8 malam, bertempat di Stadium Negara, David bakal menghiburkan sekalian ArchAngels (gelaran untuk peminat-peminatnya). Selain deretan lagu hits dia juga akan mendendangkan lagu-lagu petikan album terbarunya seperti 'Something Bout Love', 'Elevator' & 'Falling Star'. Bagi yang belum ada tiket, anda masih punya masa untuk mendapatkannya! Pastikan datang awal ke stadium untuk membeli tiket VVIP masih lagi dijual. Menariknya, dengan setiap tiket pembelian tiket VVIP, peminat berpeluang mendapatkan baju-t eksklusif,  gambar serta autograf, poster dan juga album 'The Other Side Of Down edisi jelajah Asian serta jemputan istimewa untuk majlis 'sound check bersama David! 

Jom saksikan foto - foto eksklusif sewaktu sidang media "DAVID ARCHULETA The Other Side Of Down Tour Live In Malaysia '11" semalam:




Kalau kedatangan yang lalu dia dihadiahkan sepasang baju Melayu. Kali ini David dihadiahkan layang-layang tradisional "wau bulan", simbolik agar dia juga akan 'terbang' tinggi & lebih berjaya dimasa akan datang. Serta anugerah 6x platinum atas kejayaan penjualan albumnya (versi fizikal & digital).
Maklumat lanjut wwww.ticketcharge.com.my @ www.AirAsiaRedTix.com. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa, malam ini jom ramai-ramai kita ke Stadium Negara!






Kronologi hidup Amy Winehouse

Posted by TUPAI



Kematian Amy Winehouse pada 23 Julai lalu mengejutkan keluarga, peminat dan juga orang industri, walaupun ramai yang sudah menjangkakan ia akan berlaku satu hari nanti jika melihatkan gaya hidup yang dilalui Amy.

Amy Jade Winehouse dilahirkan pada 14 September 1983 di Southgate, London. Kehidupan anak kepada bekas pemandu teksi, Mitch dan ahli farmasi, Janis pada awalnya bermula dengan sederhana. Walaupun kehidupannya bermasalah, Amy Winehouse memang tidak dinafikan seorang penyanyi yang cukup berbakat, mempunyai suara yang unik serta penampilan rambut sarang tebuannya itu membuatkan namanya dikenali ramai.

Jadi bagaimana wanita ini boleh terjerumus dalam dunia ketagihan dadah dan alkohol? Mari kita saksikan kronologi kehidupan penyanyi yang cukup berbakat dengan lagu-lagu bergenre soul, R&B dan jazz

Amy Winehouse ketika tahun 2003.
Tiada tatu. Tiada rambut sarang tebuan sebagai signature.
2003
Album pertama Amy berjudul "Frank" berada di pasaran pada 20 Oktober tahun yang sama. Bakat menulis yang ada telah digunakan dengan bijak oleh Amy untuk album yang mendapat pujian di United Kingdom dan mendapat platinum. Beberapa pengkritik memberi komen tentang suara Amy yang berbeza dengan penyanyi lain yang ada, malah membandingkan dirinya dengan penyanyi hebat seperti Nina Simone dan Billie Holiday.

Amy Winehouse ketika memenangi Nationwide Mercury Music Prize
pada September 2004.

Tubuh badan Amy Winehouse dipenuhi tatu selepas semakin dikenali ramai.
2006
Setahun selepas kejayaan album "Frank", album keduanya, "Back To Black" pula menyusul di pasaran. Album kedua inilah yang melancarkan karier dan namanya sebagai penyanyi antarabangsa yang berbakat. Berbekalkan suara dan muzik yang unik serta penampilan rambut ala sarang tebuan, "Back To Black" mendapat jualan album terlaris di U.K dengan jumlah 1.85 juta pada tahun seterusnya. Amy pernah memberitahu, lagu "Rehab" yang mempopularkan namanya mengisahkan hidupnya yang gemar berparti dan keengganan untuk mendapatkan pertolongan. Pengakuan tersebut secara tidak langsung membuatkan ramai yang menyangka penyanyi ini mempunyai isu dalam dirinya.

Amy Winehouse bersama bekas suami, Blake Fielder-Civil.


Ditahan polis
2007
Amy bersama Kelly Osbourne ketika Festival Coachella.
Amy mengahwini seorang penolong video produksi, Blake Fielder-Civil ketika bercuti di Florida, Amerika Syarikat. Hubungan mereka pada awalnya mencetuskan kontroversi kerana Blake sudah pun mempunyai teman wanita ketika baru berkenalan dengan Amy. Pertengahan 2007 menyaksikan orang-orang Amy cuba menafikan bahawa dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah apabila Amy mula membatalkan tarikh persembahan. Walaubagaimanapun selepas itu Amy mengaku terdapat penggunaan dadah ketika dia dan suami bersama. Pada bulan Oktober, Amy ditahan kerana menyimpan ganja dalam simpanannya di Norway. Blake turut berada di sisi Amy ketika dia ditahan.

Amy Winehouse bersama Mark Ronson.
2008
Amy memeluk ibunya, Janis
selepas memenangi anugerah Grammy.
Amy mendaftar di sebuah pusat rehab selepas videonya menyedut bahan terlarang tersebar di internet. Pada bulan Febuari, Amy tidak dapat menghadiri Anugerah Grammy selepas visanya ditolak. Walaubagaimanapun dia muncul mengadakan persembahan via satelit dan memenangi lima anugerah termasuk Record Of The Year. Ibu Amy, Janis mengatakan anaknya semakin pulih berikutan kejayaannya di Grammy. Walaubagaimapun kurang dua bulan selepas itu, Amy ditahan kerana berkait dengan video yang tersebar dan juga satu kes serang yang berlaku pada April. Pada 27 Jun, Amy membuat persembahan yang bagus di majlis hari jadi Nelson Mandela yang ke-90 dan kelihatan sihat. Pada bulan yang sama juga, Amy mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan bahawa dia mempunyai emphysema (kesukaran untuk bernafas).

Amy dimasukkan ke dalam hospital selepas jatuh pengsan dan disahkan menghidap emphysema.

2009
Amy Winehouse dan Blake Fielder-Civil bercerai juga akhirnya.
Tahun 2009 tidak bermula dengan baik buat Amy. Suaminya memfailkan penceraian pada bulan Januari dan pada bulan Mac pula, Amy terpaksa membatalkan persembahannya di festival Coachella apabila dia didakwa menyerang seorang peminat di Society Ball di London. Walaupun bermasalah, Amy seringkali ditempah untuk membuat persembahan. Antaranya adalah di Festival Jazz Tahunan St. Lucia ke-18 di mana Amy bertindak meninggalkan pentas lebih awal daripada sepatutnya. Pada 16 Julai, penceraian Amy dan Blake disahkan secara rasmi selepas pelbagai pergaduhan. Pada bulan Disember, Amy sekali lagi didakwa menyerang pengurus teater Richard Pound apabila diminta mengubah tempat duduk di pementasan "Cinderella".

Keadaan diri Amy Winehouse ketika membuat
persembahan di Summer Ball pada tahun 2008.
Amy Winehouse dan Mark Ronson ketika persembahan di London
di mana Amy terlupa lirik dan meminum alkohol di belakang pentas.
2010
Ketagihan terhadap alkohol memberi
kesan kepada karier Amy Winehouse.
Tahun 2010 menyaksikan kehidupan Amy agak 'diam' jika dibandingkan pada tahun sebelumnya. Pada 7 Jun, Amy kelihatan sihat dan berseri-seri apabila dilihat bersama teman lelaki barunya, seorang pengarah filem Reg Traviss. Walaubagaimanapun, beberapa minggu selepas itu, The Sun melaporkan Amy kembali ke rehab selepas dikatakan mempunyai masalah dengan alkohol. Pada 18 Oktober, Amy muncul dalam majalah Harper's Bazaar edisi November untuk mempromosi jenama pakaian baru bersama Fred Perry. Pada tahun yang sama juga, Amy telah membuat persembahan di London bersama penerbit album Mark Ronson, abang kepada Samantha Ronson yang digosipkan bercinta dengan artis bermasalah Lindsay Lohan. Amy telah terlupa lirik ketika mempersembahkan lagu "Valerie" dan kelihatan asyik meminum alkohol di belakang pentas.


Keadaan diri Amy Winehouse ketika membuat persembahan di Belgrade.
Siapa sangka ia adalah kali terakhir Amy membuat persembahan.
2011
Pada 27 Mei, Amy mengumumkan dia akan kembali ke rehab untuk mendapatkan rawatan untuk memulihkan ketagihannya terhadap alkohol. Namun beberapa hari selepas itu, Amy dilaporkan keluar dari klinik Priority dan jurucakapnya memberitahu "Amy sudah menghabiskan rawatan" dan dikatakan tidak sabar untuk memulakan sesi jelajah Eropah. Ketika persembahan di Belgrade pada 18 Jun, Amy lewat muncul di lokasi, terlupa lirik, berjalan tanpa arah di atas pentas, menjatuhkan mikrofon dan telah di-boo oleh peminatnya. Selepas kejadian itu, penyanyi British ini membatalkan 12 tarikh daripada sesi jelajah Eropah yang kononnya 'dinanti-nantikan'. Jurucakap Amy, Chris Goodman memberitahu penyanyi itu menarik diri daripada semua persembahan yang telah ditetapkan untuk memberi fokus untuk memulihkan dirinya. Pada 20 Julai, Amy muncul di Festival iTunes untuk memberi sokongan kepada anak angkatnya, Dionne Bromfield yang membuat persembahan di London. Ia merupakan kemunculan terakhir Amy. Pada 23 Julai 2011, penyanyi bermasalah berusia 27 tahun ini ditemui mati di kediamannya di London. Walaupun punca kematiannya masih belum diketahui, ramai yang syak ia berkaitan dengan alkohol dan dadah.

Kali terakhir Amy Winehouse muncul di khalayak ramai adalah
ketika Festival iTunes bersama Dionne Bromfield (atas).
Tiga hari selepas itu, Amy Winehouse ditemui mati kediamannya.
SEDIH.. Ayah Amy Winehouse, Mitch (kiri sekali), ibunya Janis (berbaju putih)
dan teman lelaki, Reg Traviss (sebelah Janis) melihat peringatan yang
dibuat oleh peminat Amy di luar rumahnya.
Bagaikan terkena 'sumpahan', Amy Winehouse adalah salah seorang artis yang termasuk dalam 'Club 27', iaitu nama kumpulan buat kesemua artis berbakat yang meninggal dunia pada usia 27 tahun. Antara artis yang tergolong dalam kumpulan tersebut termasuk Jimi Hendrix, Janis Joplin, Jim Morrison dan juga vokalis Nirvana, Kurt Cobain.

Moga Amy Winehouse akhirnya mendapat keamanan walau di mana pun dia berada.

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook