Jom Gamatkan Festival Muzik KL 2011!

Posted by TUPAI

Buat peminat Dato’ Khadijah Ibrahim, Datuk M. Daud Kilau, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, One Nation Emcees, Azlan and the Typewriter, Suki Low, Najwa Mahiaddin dan Bahbola, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan artis kesukaan anda semua di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tarikh 1 – 3 Julai 2011 ini jam 8.30 malam.

Acara tersebut diadakan bersempena dengan FESTIVAL  MUZIK KL 2011 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Konsert yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” ini akan membawa penonton melayari perjalanan dunia muzik Malaysia dari zaman tradisional klasik ke zaman kini yang menggabungkan kehebatan para pemuzik profesional dan Orkestra Tradisional Malaysia dibawah pimpinan Aubrey Suweto.

Tiket - tiket dijual pada harga RM250, RM200, RM180, RM150, RM50 dan boleh didapati di www.Ticket2U.Biz.

Aktiviti-aktiviti lain yang berlangsung di kawasan parkir Istana Budaya pula akan diadakan secara terbuka dan percuma kepada orang ramai.

Aktiviti-aktiviti tersebut seperti pameran dan jualan produk-produk muzik seperti gitar, gambus, cetakan baju, jualan album lagu dan persembahan konsert terbuka oleh kumpulan-kumpulan muzik dan artis-artis baru dan popular tanahair serta beberapa aktiviti pertandingan.

Tiara & Imaan Kebahagiaan Sazzy & Nazril

Posted by TUPAI


Tidak cukup tidur kerana menjaga anak kembarnya iaitu Tiara Rose Nazril dan Imaan Lily Nazril bukan alasan bagi pelakon dan pengacara sensasi, Sazzy Falak untuk tidak terus bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air.

Bercerita tentang cabaran yang dihadapi oleh Sazzy dan Suami, Nazril Idrus, menurut Sazzy tidak banyak cabaran kerana mereka masih kecil lagi.

"Tidak banyak cabarannya kerana mereka masih kecil lagi. Cuma kadang-kadang itu, tidak cukup tidur. Tapi bagi saya tidak cukup tidur itu sudah biasa kerana sebagai seorang artis memang tidak akan cukup tidur.

Ramai kawan saya cakap bila jaga anak tidak cukup tidur. Memang tidak cukup tidur, tapi saya bersyukur sangat kerana ini rezeki ALLAH dan bila lihat muka mereka saya fikir tidak apalah saya bangun walaupun pukul tiga pagi ini kerana mereka sangan comel," ujar sazzy ketika ditemui di Movie Carnival 2011 sempena promosi filem Tolong Awek Aku Pontianak. 

Sazzy mengakui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya bersama suami semenjak kehadiran Tiara Rose dan Imaan Lily. Perubahan cara pengurusan masa dan kerja yang berlaku dalam dirinya serta suami,
Nazril Idrus membuatkan mereka seronok menjalani fasa baru kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah.

"Biasalah, perubahan ketara dalam hidup saya dan suami ialah menjadi ibu dan bapa. Kami perlu komited terhadap kedua-dua anak kembar kesayangan kami selain sibuk menguruskan kerjaya".

Pada tanggal 26 Jun 2011 yang lalu, sebuah majlis cukur jambul untuk Tiara Rose Nazril dan Imaan Lily Nazril telah diadakan di kediaman Sazzy Falak dan Suami. Tiara dan Imaan yang baru berusia dua bulan merupakan sepasang kembar tidak seiras. Dilahirkan pada 24 April 2011 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Istimewanya tarikh lahir mereka sama dengan tarikh lahir bapanya, Nazril Idrus.

Saksikan gambar sekitar majlis tersebut..

Comel sungguh muka Tiara Rose & Imaan Lily
Ketika majlis cukur jambul sedang berlangsung
Terpancar kegembiraan di muka Sazzy & Nazril ketika mendukung anak kesayangan mereka

Hara & Junhyung sah bercinta

Posted by TUPAI

Pihak Cube Entertainment yang merupakan syarikat pengurusan kumpulan BEAST telah mengeluarkan kenyataan bahawa, Junhyung dari kumpulan BEAST dan Hara dari KARA memang tengah hangat bercinta.

"Mereka mula rapat ketika Hara,21, sedang mengalami masalah berkaitan kontrak kumpulan KARA bersama syarikat pengurusannya dan Junhyung, 23, banyak memberi nasihat dan memujuknya.

Jalinan cinta antara mereka telah masuk tempoh sebulan. Disebabkan jadual yang sibuk, setakat ini hanya tiga kali saja mereka dapat keluar bersama."

Menurut pihak pengurusan KARA, DSP Media, "Sememangnya mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka masih mengenali antara satu sama lain."

Kedua-dua pihak pengurusan memberitahu bahawa, "Ahli-ahli kumpulan KARA dan BEAST, sememangnya rapat antara satu sama lain kerana jadual promosi mereka berlaku pada masa yang sama. Mereka sentiasa menyokong dan bergantung antara satu sama lain. Hubungan antara mereka bertambah kuat setelah mereka kembali dari Jepun."

Perhubungan mereka dapat dihidu oleh media korea apabila terlihat mereka "dating" pada awal pagi 9 Jun dan pada hari sama kumpulan BEAST baru sahaja pulang dari mengadakan konsert mereka di Jepun.
 
Jom lihat aksi kemesraan mereka di bawah...

Kekasih Rahsia Takeshi Kaneshiro

Posted by TUPAI

Peminat setia pelakon kacak Takeshi Kaneshiro pasti kecewa dengan pelakon tersebut apabila media melaporkan terlihat beliau memandu keluar dari kediaman mewah beliau di Taipei dengan seorang wanita muda pada malam Ahad lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman web May Daily.

Takeshi terkenal dengan sikap dan penampilan yang "low profile", dilihat duduk didalam kereta manakala wanita yang dikatakan kekasih hatinya dilihat keluar dari kereta untuk membeli makanan. Terkejut dengan kehadiran wartawan yang ingin menemu bual, Kedua - dua pasangan tersebut segera menutup muka mereka untuk dirakam.

Tanpa memberikan sebarang respon kepada wartawan, pelakon yang berusia 37-tahun itu terus memandu kereta dengan laju meninggalkan tempat tersebut.

Di jari manis wanita yang dikatakan kekasihnya itu dilihat memakai cincin sama yang pernah dipakai oleh Takeshi pada setahun yang lepas.

Menurut pengurus Takeshi, Yao Yi-chun, menafikan bahawa wanita itu adalah kekasih Takeshi dan malah mengancam untuk menyaman pihak media. 

Wanita dalam gambar inilah yang dikatakan kekasih rahsia Takeshi Kaneshiro

Mesej Rindu Cecilia Cheung

Posted by TUPAI

Selepas menggemparkan industri hiburan Hong Kong dengan drama penceraian mereka, pelakon Cecilia Cheung mengakui bahawa dia sangat merindui suaminya iaitu pelakon terkenal Nicholas Tse, seperti yang dilaporkan oleh laman web Daily Chilli.

Pada satu sidang media di Beijing, Tse menyatakan Cecilia ada menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas(SMS) kepadanya yang menyatakan dia amat mencintai dan merindui saya. Katanya lagi, "Saya percaya tidak kira apa yang berlaku kepada hubungan kami di masa depan, kami akan pastikan anak - anak kami membesar dengan persekitaran yang stabil".

Pemenang pelakon lelaki terbaik di 30th Hong Kong Film Award ini, turut mengakui bahawa dirinya juga merindui isterinya. Tse yang bertutur sambil menitiskan air mata memberitahu, "Jika anda bertanya kepada saya jika saya cinta dan merinduinya, Saya akan berkata saya cinta dan saya merinduinya. Tetapi saya tidak tahu apa langkah seterusnya", ujarnya ketika di temui semasa mempromosikan filem 'Tresure Inn'.

Tse memilih untuk tidak mengutuk isterinya secara terbuka, kerana dia merupakan ibu kepada anaknya. Merayu kepada pihak media, Tse meminta supaya pihak media memberi ruang dan masa kepada mereka untuk bersendirian.

"Kami berdua sudah dewasa. Sama ada cinta, benci atau bergaduh pada masa akan datang, kami akan mengendalikannya dengan baik".

Nicholas Tse dan Cecilia Cheung telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun dan dikurniakan dua cahya mata iaitu Lucas, 4, dan Quintus, 1.

Senarai Pemenang Peraduan MR POPPER'S PENGUINS

Posted by TUPAI


Kami di TUPAI ingin mengucapkan terima kasih atas semua penyertaan dan tahniah buat mereka yang terpilih sebagai pemenang. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada peraduan akan datang ya!

Buat pemenang, anda telah berjaya memenangi dua tiket ke pra-tonton filem "Mr. Poppers Penguins" yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:

MAKLUMAT TAYANGAN
Tarikh: 5 Julai 2011 (Selasa)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: GSC 1 Utama

Penebusan tiket hendaklah dibuat di meja TUPAI/CINEMA ONLINE pada hari tayangan filem tersebut. Pemenang dikehendaki membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Waktu tebusan tiket bermula jam 7.00 malam - 8.30 malam.

SENARAI PEMENANG
Aunul Afiah Bt Ahmad
Azizah Binti Md Nor
Cheang Mei Foon
Ho Yoong Phang
How Peng Ooi
Juliana Abd Samad
Lai Cheon Sean
Lim Yee Pee
Muhamad Akram Bin Mat
Muhamad Noorhafey Bin Muhamad
Muhammad Ikhmil Farisz Bin Mohd Hanif
Noor Ahmad Bin Mohamad Basir
Noor Fakhira Binti Adli
Norfahana Binti Mazlan Huzairi
Nur Hamimah Binti Hamdan
Nurul Haiza
Nurwahidah Binti Mohd Suhaimi
Salmiza Mohamed Salim
Siew Weng Foo
Siti Radziah Binti Abdul Razak

DVD KARAK diterbitkan dalam 2 versi

Posted by TUPAI


Kepada siapa yang tidak sempat untuk menonton filem "Karak" arahan Yusry Abdul Halim, jangan bimbang,anda boleh dapatkan DVD filem "Karak" yang telah pun mula berada dipasaran pada 23 Jun 2011.
Filem bergenre seram pertama terbitan KRU Studios ini boleh didapati dalam dua versi iaitu versi Ekonomi dan Bajet.

1. Versi Ekonomi (Standard)

Versi Ekonomi adalah format yang menjadi kebiasaan di pasaran bagi DVD filem-filem tempatan. DVD ini boleh didapati dihampir kesemua kedai DVD di pusat-pusat membeli belah. Ianya dijual pada harga RM19.90 dan selain filem "Karak", penonton juga dapat menonton MTV lagu tema KARAK – “Kerek” nyanyian Amuk dan treler filem "Karak". DVD ini juga dilengkapi dengan sarikata dalam Bahasa Inggeris dan adunan bunyi - stereo.  

2. Versi Bajet (Budget)

Versi bajet mensasarkan golongan pembeli yang kebiasaannya membeli DVD di pasar malam.
Dijual pada harga RM9.90 dan hanya mengandungi filem "Karak". 

Berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend, "Karak" mengisahkan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan yang luar biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

“Karak” juga menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan special effects make-up serta CGI dengan mengambil penterjemahan bahawa jin atau syaitan boleh menyerupai pelbagai rupa. “Karak” yang diterajui oleh Shahir AF8 (Nik), Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), KilaFairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam).

Kepada peminat cerita seram jangan lupa dapatkan DVD filem "Karak" untuk dijadikan koleksi DVD filem seram anda. Cakera DVD “Karak” boleh didapati di semua rangkaian Music Valley dan Speedy yang berhampiran anda atau anda boleh melayari ke Facebook United Studios untuk membuat pembelian secara online.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau facebook serta youtube “Karak”.

Malam Gala SEKALI LAGI

Posted by TUPAI


Pada malam Khamis lalu telah berlangsungnya tayangan perdana filem "Sekali Lagi" untuk para media dan peminat. Acara tersebut telah diadakan di TGV, Sunway Piramid.

Selain pelakon utama filem tersebut iaitu Lisa Surihani, Mia Sara dan Shaheizy Sam. Selebriti lain juga turut hadir bagi menyokong filem "Sekali Lagi" dan memeriahkan acara tersebut. Antaranya ialah Farid Kamil dan Yusry Abdul Halim.

"Sekali Lagi" akan mula ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2011 di seluruh Malaysia.

Jom saksikan gelagat selebriti yang hadir ke tayangan perdana filem "Sekali Lagi".

Amylia Nastasha
Bront Paralae
Penerbit filem "Sekali Lagi" David Teo
Diana Amir
Gandingan mantap Lisa Surihani, Mia Sara & Shaheizy Sam
Pasangan yang sedang hangat menyulam kasih Yusry & Lisa Surihani. Yusry turut hadir memberi sokongan kepada filem "Sekali Lagi"
Sang Pengarah Hashim Rejab
Farid Kamil
Lisa Surihani
Shasha Zurazie & Yanz

Ulasan: Sekali Lagi

Posted by Chen-Chen



BINTANG

Keseluruhan: 3.5
Plot: 3
Lakonan: 3.5
Efek Khas: 2.5
Sinematografi: 3.5
Tonton Filem ini jika anda suka: I Am Sam, Cinta.

"Sekali Lagi", sebuah lagi filem terbaru terbitan Metrowealth Picture Sdn.Bhd.(MIG) yang diterajui oleh producer filem terkenal David Teo kali ini menampilkan pengarahan dari sutradara baru aitu Hashim Rejab yang sebelum ini terkenal melalui hasil pengarahnya melalui drama terbitan MIG dan juga pengarah ke-6 dibawah skim 10 Pengarah Muda MIG.

Pada 15minit pertama, dari segi "First Impression" ketika menonton filem sulung Hashim Rejab ini, jalan ceritanya tidak terlalu membosankan oleh kerana penonton akan terhibur dengan persembahan watak dari Shaheizy Sam yang sungguh berbeza dari watak-watak yang pernah dilakonkan oleh Sam. Chemistry watak ibu & anak lakonan Lisa Surihani dan Mia Sara yang pernah ditonton melalui drama "Adamaya" terbitan MIG masih lagi dapat dirasa & disampaikan dengan sempurna oleh kedua-dua bintang ini.


Filem MIG kali ini boleh dikatakan amat berbeza dari filem yang pernah di terbit dan diarahkan oleh pengarah-pengarah yang berbeza, walaupun terdapat feel dan element kliseMIG yang dapat dipertontonkan. Namun dari sudut teknikalnya, kali ini peningkatannya lebih tinggi dari filem bergenre Romantik Komedi yang pernah di hasilkan oleh MIG.

Harus dipuji juga dari sudut pemilihan watak yang di persembahkan, watak Shila yang di lakonkan oleh Lisa Surihani lebih menunjuk kematangan lakonan Lisa kali ini. Boleh dilihat juga bagaimana Lisa mampu mengadaptasikan feel dan chemistrynya apabila digandingan bersama Bront Palarae dan juga Shaheizy Sam. Kombinasi Mia Sara dan Shaheizy Sam juga tidak kurang hebatnya, ini mengingatkan Chen-chen kepada watak "Sam" dan "Lucy" yang dilakonkan oleh Sean Penn dan Dakota Fanning melalui filem "I Am Sam" pada tahun 2001.

Secara keseluruhan, jalan ceritanya amat ringkas dan menarik. Tidak terlalu berat mahupun rumit walaupun terdapat berberapa babak yang agak mengelirukan akan tetapi "twist" penceritaannya yang ringkas membuatkan penonton tidak dapat menjangkakan babak seterusnya.

Dengan formula 1.5Juta peminat Lisa Surihani, 800ribu peminat Shaheizy Sam dan Mia Sara di facebook, pertaruhan David Teo kali ini pasti mampu menarik perminat ketiga-tiga bintang ini....

"Sekali Lagi" akan mula ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2011..

Peraduan LULLA MAN

Posted by TUPAI

Menangi tiket ke pra-tonton
"Lulla Man"

SINOPSIS
Sebuah filem komedi arahan Tunya Potiwijit, "Lulla Man" mengisahkan tiga lelaki yang sudah berkahwin gemar bermain cinta dengan wanita lain tanpa pengetahuan isteri-isteri mereka. Walaupun bijak menyembunyikan perkara tersebut, tiga lelaki ini mengetahui bahawa isteri mereka bekerjasama untuk memberi pengajaran yang setimpal.

"Lulla Man" dilakonkan oleh Chakrit Yamnam, Jeab Chern-Yim, Passorn Bunyakiet, Petchtai Wongkamlao dan Ussanee Wattana.

Saksikan "Lulla Man" di pawagam bermula 4 Ogos 2011!

MAKLUMAT TAYANGAN
Tarikh: 19 Julai 2011 (Selasa)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: TGV KLCC

Nak menang dua (2) tiket ke pra-tonton filem "Lulla Man"? Mudah sahaja. Anda hanya perlu menjawab dua (2) slogan mudah, lengkapkan slogan dan sertakan butiran peribadi (nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon) yang lengkap. Penyertaan dengan jawapan tepat, slogan paling kreatif dan butiran peribadi lengkap akan dipilih sebagai pemenang. 

SOALAN
1. Apakah genre filem "Lulla Man"?
a) Aksi
b) Perang
c) Komedi

2. Bilakah "Lulla Man" akan ditayangkan di pawagam Malaysia?
a) 14 Julai 2011
b) 4 Ogos 2011
c) 4 Ogos 2010

SLOGAN
Apakah yang anda akan lakukan sekiranya pasangan anda berlaku curang? (Tidak melebihi 20 patah perkataan)

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI?
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar penyertaan mereka melalui e-mel sahaja dengan meletakkan LULLA sebagai subjek e-mel. Lengkapkan penyertaan anda dengan jawapan, slogan serta butiran peribadi seperti di atas. Hantarkan penyertaan anda ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
* Peraduan ini akan berakhir pada 11 Julai 2011, jam 11.59 malam.
* Senarai pemenang peraduan ini akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 13 Julai 2011.
* Keputusan senarai pemenang adalah muktamad. Pemenang dipilih berdasarkan jawapan dan slogan yang diberikan serta butiran peribadi yang lengkap.
* Notis pemenang hanya akan dibuat melalui laman web kecuali jika diberitahu sebaliknya. Layari www.tupai.com.my, Portal Hiburan Terkini Anda untuk mengetahui keputusan peraduan. 

Shaheizy Sam gila duit dalam SONGLAP

Posted by TUPAI





Sebelum ini kami pernah mengeluarkan kisah "Songlap" yang diarahkan oleh pasangan suami isteri, Effendee Mazlan dan Farina Azlina Isahak yang pernah bekerjasama melalui "Kami The Movie".

Filem ini menampilkan pelakon popular masa kini, Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan juga Sara Ali sebagai peneraju utama. Filem yang mengetengahkan masalah sosial yang semakin membimbangkan pada masa sekarang iaitu mengandung anak luar nikah serta jenayah perdagangan orang menjadi pilihan pasangan suami isteri ini.


Peneraju filem "Songlap"



Baru-baru ini, treler filem "Songlap" sudah pun ditayangkan di pelbagai laman sosial. Mari kita saksikan treler untuk filem ini yang dijadualkan ditayangkan di pawagam lewat tahun 2011.



Selebriti di Movie Carnival 2011!

Posted by TUPAI

Saksikan Shaheizy Sam, Mia Sara & Lisa Surihani filem "Sekali Lagi" yang akan berada di pawagam 30 Jun ini!

Movie Carnival 2011 (MC11) yang diadakan pada 1-19 Jun 2011 bertempat di pusat membeli-belah IPC (sebelum ini dikenali Ikano Power Centre) sudah pun melabuh tirainya pada hari minggu lepas. Namun kemeriahan acara filem terbesar itu masih lagi terasa.

Ramai artis yang turun memberi sokongan kepada acara yang dianjurkan bersama oleh Cinema Online dan MyPartners ini. Di samping mempromosi filem terbaru mereka, ada juga yang hadir untuk temu bual eksklusif serta beramah mesra dengan peminat. Antara filem yang dipromosi ketika MC11 adalah "KL Gangster" yang sedang ditayangkan di pawagam, "Tolong! Awek Aku Pontianak" (7 Julai 2011), "Karipap-Karipap Cinta" (Hari Raya Aidilfitri) dan banyak lagi.

Mari kita saksikan antara artis-artis yang hadir sepanjang MC11 berlangsung.

Pelakon "Karipap-Karipap Cinta" - Gambit Saifullah & Melia Amelia
Pelakon filem seram arahan Bjarne Wong "The Hunter" - Tavani Hu.
Aaron Aziz
Ady Putra
Pelakon filem "The Hunter" - Lou Qi & Carmen Soo
Shaheizy Sam
Si cantik Lisa Surihani
Pelakon filem "3,2,1 Cinta" - Pierre Andre & Diana Amir
Liyana Jasmay
Zahiril Adzim bergandingan bersama Sazzy Falak dalam
filem "Tolong! Awek Aku Pontianak"
Hot mama Sazzy Falak
Pelakon, pengacara dan juga tunang Zahiril Adzim, Shera Aiyob
turut hadir memberi sokongan
Gaya spontan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani
Jangan lupa saksikan kami dalam filem "Tolong! Awek Aku Pontianak" di pawagam pada 7 Julai akan datang!

Terima kasih semua! Jumpa anda pada tahun hadapan!

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook