Ulasan KL GANGSTER

Posted by TUPAI























BINTANG
Keseluruhan: 4
Plot: 3.5 
Lakonan: 3.5 
Efek Khas: 3
Sinematografi: 3.5


Tonton Filem ini jika anda suka: Expendables, Die Hard 4.0  

"KL Gangster" sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua peminat-peminat filem aksi pada tahun ini. Selepas kejayaan filem seram pertamanya "Khurafat", Syamsul Yusof kembali dengan filem aksi yang ternyata hebat dan tidak mengecewakan. Jika kebiasaan filem arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia itu sering menerapkan unsur percintaan dalam setiap filemnya, tetapi berbeza pula dengan KL Gangster kerana elemen tersebut sama sekali tidak wujud.

Mengenegahkan isu kongsi gelap, gangster, ketamakkan seseorang terhadap kuasa dan wang dan isu pergolakan kekeluargaan antara adik-beradik menjadikan filem ini sebuah filem yang tidak bosan dan mudah difahami oleh penonton.

Ada beberapa faktor atau kekuatan yang membuatkan filem "KL Gangster" dilihat sangat menarik antaranya ialah dari segi lakonan. Boleh dikatakan lakonan yang ditampilkan oleh pelakon sangat menjiwai watak gangster dengan berkesan.

Selain itu, sebagai pengarah, percaturan Syamsul meletakkan Zizan Raja Lawak dalam filem ini sememangnya harus dipuji. Zizan yang memegang watak sebagai Abang Long Fadil, sikapnya yang gila-gila dan konon-kononnya gangster hebat, membuatkan filem ini tidak bosan. Kehadiran Zizan sentiasa membuatkan para penonton tidak kering gusi melihat gelagatnya.

Walaupun ada sesetengah dialog kedengaran agak kasar, tetapi ia dilihat sangat sesuai digunakan kerana dari dialog tersebut ia dapat menggambarkan situasi atau keperibadian seseorang gangster itu. Ianya bukanlah satu isu yang besar sebab pengarah cuba menonjolkan kisah sebenar kehidupan gangster & kongsi gelap kepada penonton.

Selalunya bagi filem aksi, sudah pasti aksi-aksi yang ditonjolkan dalam sesebuah filem aksi itu menjadi taruhan dan dinanti-nantikan oleh peminat filem aksi. Bagi filem "KL Gangster", aksi yang ditonjolkan sangat ganas dan nampak real. Bagi sesetengah filem, aksi yang cuba ditampilkan agak keterlaluan. Dari segi sinematografi pula tidak memeningkan kepala terutama sekali ketika babak lawan.

"KL Gangster" mengisahkan tentang Shark (Shamsul Yusof) merupakan seorang gangster yang kejam, tamak. Dalam pada masa yang sama sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) supaya dapat memiliki kuasa serta menjadi 'raja' gangster di Kuala Lumpur (KL). Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur. King dan Malek berkawan rapat. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya dan Malek. Bagi Shark, Malek punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai( Adi Putra) iaitu adik Malek yang juga gangster serta anak buah Shark untuk menghapuskan abangnya.

"Kl Gangster" diterajui oleh Syamsul Yusof, Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak, Sofi Jikan dan ramai lagi. Filem ini akan mengganas dipawagam pada 9 Jun 2011.

Movie Carnival 2011 di IPC 1-19 Jun!

Posted by TUPAI

Di musim cuti sekolah ini, acara filem terbesar tahunan, Movie Carnival 2011 (MC11) akan kembali buat kali keenam bermula 1 sehingga 19 Jun 2011 di pusat membeli-belah IPC atau sebelum ini dikenali dengan Ikano Power Centre!

Dianjurkan oleh Cinema Online dengan kerjasama MyPartners dan IPC, pelbagai program dan aktiviti menarik berkait filem telah dirancang untuk acara 19 hari ini. Antaranya adalah tayangan filem, uji bakat lakonan, pelancaran filem, sesi bertemu selebriti dan karakter filem, bazar filem dan banyak lagi!

Antara tarikan MC11 termasuklah Vitagen Costume Studio di mana peserta boleh mengambil gambar dengan kostum karakter filem pilihan mereka, pertandingan Hot Magazine Cosplay serta peraduan mewarna buat kanak-kanak.

Selain itu, terdapat dua acara maraton filem iaitu 24-hour Movie Marathon yang bakal menayangkan pelbagai genre filem serta "Star Trek" Movie Marathon yang akan menayangkan kesemua filem "Star Trek". Peserta juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik!

Pengunjung juga berpeluang bertemu pelakon filem "The Hunter", "Karipap-Karipap Cinta", "KL Gangster" dan "Tolong! Awek Aku Pontianak" serta karakter filem popular seperti Po daripada filem "Kung Fu Panda", "Alvin & The Chipmunks" dan "The Smurfs".

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan banyak lagi, layari laman web Movie Carnival atau Cinema Online.

Galeri Malam Gala Filem KARAK

Posted by TUPAI


Baru-baru ini telah diadakan malam tayangan media untuk filem "Karak". "Karak" merupakan filem seram pertama terbitan KRU Studios dan filem seram pertama arahan Yusry Abdul Halim. 

Idea asal dan skrip ditulis oleh Norman berdasarkan pengalaman sendiri. Ramai artis telah datang untuk memberi sokongan kepada filem "Karak". Turut hadir barisan para pelakon filem "Karak" antaranya Shera Ayob, Shahir AF8, Along Ezendy, KilaFairy dan Sidek Hussin.

Filem "Karak" sedang rancak ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. 

Along Ezeyndy 
KilaFairy 
Yusry bersama pelakon "Karak" KilaFairy & Along Ezeyndy  

"Karak" merupakan filem pertama lakonan Shahir 
Shera Ayob 
Shera & Shahir AF8. Pasangan kekasih dalam filem "Karak"
Pelakon lama Sidek Hussain
"Karak" merupakan filem seram pertama arahan Yusry  

Vokal Mantap Salma Dinobatkan Juara Mentor 5

Posted by TUPAI


Seperti yang dijangka dari awal lagi protege kepada Erra Fazira iaitu Salma menjadi juara mentor musim kelima. Salma atau nama sebenarnya Salmah A.Asis, 21,telah menewaskan saingan terdekatnya Shiha dan Iqa yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga dengan markah keseluruhan 85 markah, diikuti Shiha, 63 markah dan Iqa, 56 markah.

Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Manakala Shiha membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Salma yang membuktikan dirinya layak untuk bergelar juara membuat persembahan yang mantap dari segi vokal dengan mendendangkan lagu "Listen" nyanyian asal Beyonce Knowles. Terus menggegarkan pentas, gadis yang berasal dari Sabah ini, mendendangkan lagu "Cinta" nyanyian asal(Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan "Rindu"(Hetty Koes Endang) berduet bersama penyanyi Jaclyn Victor. Salma juga turut mendendangkan sebuah lagu baru ciptaan Taja berjudul, “Aku Permata”.

Konsert Akhir Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam malam tadi turut menyaksikan kumpulan Hujan membuat persembahan pembukaan bersama protege yang telah tersingkir. Peserta akhir diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Haji Ramli M.S, Ziana Zain dan Azmeer sebanyak 50 peratus, 30 peratus dari khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus dari juri awam. 

Zizan Nin luang masa demi peminat

Posted by TUPAI

Baru-baru ini, peminat setia pelakon dan pengacara popular Zizan Nin telah diraikan oleh agensi pengurusan artis Celeb Nexus Premium Community bersama Lewre International. Bertempat di Lewre Concept Store Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, seramai 50 orang peminat telah terpilih untuk meluangkan masa bersama artis kesayangan mereka.

"Up Close And Personal with Zizan Nin" diadakan kerana sepanjang penglibatannya dalam industri seni tanah air, belum pernah lagi Zizan meraikan para peminatnya secara peribadi.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah acara cabutan bertuah, soal jawab termasuklah meraikan hari lahirnya pada 17 Mei lepas. Peminat telah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik daripada pihak penaja.

Antara gambar ketika majlis "Up Close And Personal with Zizan Nin" baru-baru ini.
















Datuk Yusof Haslam cabar Syafiq arah filem cinta

Posted by TUPAI


Datuk Yusof Haslam pasti berbangga kerana memiliki dua orang anak yang berbakat dan mengikut jejak langkahnya sebagai seorang pengarah yang Berjaya dan berkaliber dalam dunia perfileman.

Terbaru, adik kepada Syamsul Yusof, Syafiq akan mengikut jejak langkah  abangnya sebagai seorang pengarah filem. Syafiq, 18 akan mengarah filem terbaru terbitan Skop Production iaitu “Saya Amat Mencintaimu” (SAM).

Syafiq merupakan pelajar Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dan pernah menghasilkan filem pendek dan mendalami teknik imej janaan berkomputer (CGI).  Sebelum ini, syafiq juga pernah diberi peluang untuk mengarah drama Gerak Khas yang disiarkan RTM.

“Saya sukakan elemen cinta dalam sebuah cerita tetapi syamsul selalu menolak genre percintaan dan romantik. Dia lebih sukakan genre aksi,” ujar Datuk Yusof Haslam.

“Jadi saya beri peluang kepada adik Syamsul, Syafiq untuk mengarah filem pertama bertemakan romantik komedi,” katanya ketika di majlis tayangan media filem “KL Gangster”.  

Syafiq yang ditemui berkata dirinya di cabar oleh ayahnya untuk mengarah filem ini.

“Saya dicabar oleh ayah dan saya sahut cabaran yang diberikan oleh ayah saya”, ujarnya.
Syafiq yang lebih cenderung kearah pengarahan tidak akan mengikut jejak langkah abangnya untuk menjadi seorang pelakon.

Filem yang bergenre romantic komedi  ini akan diterajui oleh Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Syamsul , Azad Jasmin dan Neelofa.  Filem tersebut akan memulakan penggambaran pada bulan Julai 2011. 


Syafiq bersama abang (Syamsul) dan ayahnya (Datuk Yusof Haslam)

Senarai Pemenang Peraduan PIRATES OF THE CARRIBEAN:ON STRANGER TIDES

Posted by TUPAI


Kami di TUPAI ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyertaan untuk peraduan "Pirates Of The Carribean:On Stranger Tides". Kepada yang terpilih sebagai pemenang, tahniah kami ucapkan! Buat mereka yang tidak terpilih, jangan sedih-sedih ya? Banyak lagi peraduan-peraduan menarik yang bakal diadakan di www.TUPAI.com.my, Portal Hiburan Terkini  anda! 

Penebusan tiket hendaklah dibuat di pejabat kami. Maklumat adalah seperti berikut:

TARIKH PENEBUSAN: 1 Jun 2011 - 9 Jun 2011

WAKTU PEJABAT
Isnin – Jumaat
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami


SENARAI PEMENANG 

                 HADIAH ISTIMEWA x 10               
Album runut bunyi "Pirates Of The Carribean: On Stranger Tides"
Angelina Lim Shiou Chyi
Iskandar Zulkarnain Bin Abd Azis
Madziah Binti Mat Jusoh
Mimi Azirah Binti Kamaruzzaman
Mohd Fadzli Bin Hussin
Muhammad Harith Bin Mohd Yusof
Nur Muhammad Mohd Khirati
Roslina Binti Ramli
Sarinah Binti Idris
Wan Hairulshifah Binti Wan Zahari

Ulasan: KARAK

Posted by TUPAI



Bintang Keseluruhan: 3
Efek: 3
Lakonan: 3
Sinematografi: 3

Tonton filem ini sekiranya anda suka: "Seru"

Selepas mengecapi kejayaan besar melalui filem epik "Hikayat Merong Mahawangsa", KRU Studios sekali lagi mengegarkan pawagam dengan menerbitkan filem seram pertama keluaran KRU Studios iaitu filem yang diberi judul "Karak". Filem yang ke 9 terbitan KRU Studios ini mendapat sentuhan emas daripada pengarah Yusry Abdul Halim.

Pasti ramai sudah biasa mendengar dan mengetahui tentang kejadian-kejadian paranormal yang berlaku di lebuhraya "Karak" melalui pelbagai versi cerita. Filem yang berkonsepkan "hardcore horror" ini berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend.

Filem "Karak" mempunyai jalan cerita yang senang untuk difaham oleh semua orang dan ia tidak membuatkan para penonton perlu berfikir banyak. Special Effects, make -up serta teknik CGI  yang digunakan dalam "Karak" memang boleh dipuji kerana ia berkesan. Elemen seram yang ditonjolkan oleh pengarah juga berkesan dan mengejutkan.

Dari segi lakonan pula, "Karak" menampilkan barisan para pelakon yang rata-ratanya terdiri daripada pelakon baru. Bagi penampilan pertama mereka di layar perak boleh dikatakan bagus tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki oleh mereka. Contohnya seperti babak Zura lakonan Shera Ayob yang dirasuk oleh hantu ia kurang berkesan dan reaksi muka kurang menonjol dan tidak dapat rasa perasaan dirasuk. Lagi satu babak antara Zura dan Nik lakonan Shahir Af8 ketika Zura memeluk Nik kelihatan seolah-olah Nik teragak-agak untuk memeluk Zura sedangkan Zura sudah memeluk Nik dengan rasa sepenuh hati.

Apa-apapun percubaan pertama KRU Studios dan Yusry Abdul halim untuk menghasilkan filem bergenre seram boleh dikatakan berjaya sehingga dapat menyeramkan para penonton.

"Karak" yang diterajui oleh Shahir Af8(Nik), Shera Ayob (Zura), Along Ezeyndy (Jack), KilaFairy (Ida) dan Sidek Hussin (Tok Malam). "Karak" mengisahkan empat pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan yang luar biasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.

Syamsul lakukan uji bakat untuk diri sendiri!

Posted by TUPAI

Baru-baru ini telah diadakan tayangan media bagi filem “KL Gangster” yang berlangsung di Cathay Cineleisure,e@curve. Rata-rata yang hadir berpuas hati dan memuji hasil karya filem kelima pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof.  

“Saya sentiasa menonton filem aksi dari dalam dan luar negara untuk mempelbagaikan elemen aksi, drama dan komedi dalam filem serta membuat kajian dan meminta pandangan daripada rakan-rakan dan pihak polis.
“Saya cuba untuk mengikut selera penonton dan membuatkan mereka berpuas hati dengan elemen aksi yang dipaparkan dalam filem saya terutamanya filem “KL Gangster”. Saya sengaja menyelitkan drama dan komedi dalam filem ini supaya ia lebih menarik”, ujarnya yang juga bertindak sebagai pelakon utama, pengarah dan penulis skrip bersama sepupunya, Mohd Rizal Ashraff.  
Syamsul yang baru sahaja menyambung ulang tahunnya yang ke 27 pada sabtu lalu, memberitahu bahawa sengaja membuatkan dirinya sentiasa tertekan bagi menjiwai watak Shark.
“Saya sengaja membuatkan diri menjadi tertekan sepanjang memegang watak Shark kerana watak Shark memerlukan seseorang itu menjadi agresif dan panas baran. Untuk memegang watak tersebut saya terpaksa melakukan uji bakat kepada diri sendiri. Ia mengambil masa berminggu-minggu untuk saya menjiwai watak tersebut dengan berkesan”, katanya.  
Belum ditayangkan lagi di pawagam, pengarah filem “Khurafat” ini sudah memberitahu bahawa akan ada sekuel filem “KL Gangster”.
“KL Gangster” diterajui oleh Syamsul Yusof, Adi Putra, Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar. Filem ini bakal beraksi di pawagam pada 9 Jun 2011 dan bakal ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.  
Barisan para pelakon "KL Gangster"
Dato Yusof Haslam bersama dua anaknya Syamsul Yusof & Syafiq
Adam Corrie
Lisa Surihani 
Azad Jasmin 
Dato Yusof Haslam 
Julia Ziegler 
Adi Putra
Sheera Iskandar 

Peraduan GREEN LANTERN

Posted by TUPAI

 
MENANGI BARANGAN EKSKLUSIF & TIKET
GREEN LANTERN


Diarahkan oleh Martin Campbell, filem ini mengisahkan sekumpulan wira dikenali sebagai The Green Lantern Corps yang bersumpah untuk menjaga ketenteraman awam intergalaksi. Setiap ahli dikehendaki memakai cincin yang akan memberikan mereka kuasa. Apabila musuh Parallax mengancam untuk memusnahkan keseimbangan kuasa di alam semesta dan bumi, nasib mereka terletak di tangan seorang ahli terbaru mereka, Hal Jordan (Ryan Reynolds). Hal tidak begitu dihormati oleh ahli yang lain kerana dia merupakan manusia pertama yang terpilih menyertai The Green Lantern Corps. Dengan dorongan teman baiknya, Carol Ferris (Blake Lively), Hal perlu mempelajari kuasa dan mencari keberanian bagi membuktikan dia mampu menumpas Parallax dan juga juga menjadi ahli Green Lantern paling hebat!

GREEN LANTERN dilakonkan oleh Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Mark Strong, Temuera Morrison dan ramai lagi.

Layari laman web GREEN LANTERN www.greenlantern-asia.com untuk maklumat lanjut.


Saksikan GREEN LANTERN di pawagam bermula 16 Jun 2011!

HADIAH TAYANGAN GREEN LANTERN
HADIAH PERTAMA
T-Shirt 'Glow In The Dark' GREEN LANTERN
Topi GREEN LANTERN
Cawan Lampu GREEN LANTERN
'Projection Carabiner' GREEN LANTERN
Cincin GREEN LANTERN
Dua tiket GREEN LANTERN

HADIAH TAYANGAN GREEN LANTERN
HADIAH KEDUA
T-Shirt 'Textured Foil' GREEN LANTERN
Cawan Lampu GREEN LANTERN
'Projection Carabiner' GREEN LANTERN
Pen GREEN LANTERN
Bola GREEN LANTERN
Dua tiket GREEN LANTERN

HADIAH TAYANGAN GREEN LANTERN
HADIAH KETIGA
Bola GREEN LANTERN
Pen GREEN LANTERN
Cincin GREEN LANTERN
Dua tiket GREEN LANTERN

HADIAH TAYANGAN GREEN LANTERN
HADIAH SAGUHATI x 17
Dua tiket GREEN LANTERN


Bagi memenangi barangan eksklusif dan tiket GREEN LANTERN seperti di atas, anda hanya perlu menjawab satu soalan mudah dan lengkapkan slogan. Penyertaan dengan jawapan tepat, slogan kreatif dan menarik serta butiran peribadi (nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon) yang lengkap akan dipilih sebagai pemenang. 

SOALAN TAYANGAN
1. Siapakah nama pelakon yang memegang watak Hal Jordan dalam filem GREEN LANTERN?
a) Robert Pattinson
b) Ryan Reynolds
c) Hugh Jackman

SLOGAN
Jika anda mempunyai cincin yang dapat memberikan anda kuasa luar biasa, kuasa apakah yang anda inginkan dan mengapa? (Tidak melebihi 20 patah perkataan)

BAGAIMANA UNTUK SERTAI?
 
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar penyertaan mereka melalui e-mel sahaja dengan meletakkan LANTERN sebagai subjek e-mel. Lengkapkan penyertaan anda dengan butiran peribadi lengkap berserta jawapan dan slogan seperti di atas. Hantarkan penyertaan anda ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
* Peraduan ini akan berakhir pada 12 Jun 2011, jam 11.59 malam.
* Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada 14 Jun 2011.
* Keputusan senarai pemenang yang dibuat adalah muktamad.
* Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Layari www.tupai.com.my, Portal Hiburan Terkini Anda untuk mengetahui keputusan peraduan.




Pemenang peraduan SERU terima hadiah dari Canon

Posted by TUPAI

Tahniah team Tupai ucapkan kepada Nur Azlinda Muhali Bt Kamal Abdul Nasir yang telah Berjaya memenangi hadiah utama untuk peraduan filem “Seru” . Nur Azlinda telah Berjaya memenangi hadiah sebuah camera yang ditaja oleh Canon, barangan eksklusif dan dua pas menonton filem “Seru” terbitan Tayangan Unggul Sdn.Bhd.
   
Jadi kepada pembaca – pembaca Tupai yang lain, selalulah melayari Tupai.com.my dan menyertai peraduan yang ada. Sekiranya anda bertuah, anda juga akan memenangi hadiah – hadiah misteri seperti yang telah dimenangi oleh Nur Azlinda.  

Sekali lagi Tahniah kepada Nur Azlinda Muhali Bt Kamal Abdul Nasir.

Pemenang bertuah Nur Azlinda Muhali Bt  Kamal Abdul Nasir 

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook