Sekitar sidang media "The Wedding Diary"

Posted by TUPAI


Tanggal 21 April 2011, teman seperjuangan TUPAI sempat meluangkan masa menghadiri sidang media filem "The Wedding Diary" di Peach Garden Sichuan, Hotel Miramar, Singapura.  Filem yang diarahkan oleh Adrian Teh dan dibintangi oleh Aniu, Elanne Kwong dan pelakon terkenal Hong Kong, Kara Hui. Filem ini akan dijangka akan keluar di pawagam Malaysia dan Singapura pada November 2011.

Sementara itu, jom layan gambar-gambar sekitar sidang media "The Wedding Diary".


Inilah barisan para pelakon "The Wedding Diary"
Pelakon utama "The Wedding Diary" Aniu & Elanne Kwong
Elanne Kwong & Aniu ketika sesi sidang media 
Pelakon Singapura Jack Choo & pelakon terkenal Hong Kong Kara Hui 
Pengarah "The Wedding Diary" Adrian Teh yang berasal dari Pulau Pinang 

Senyum lebar Aniu & Elanne Kwong 
Kara Hui tersenyum sambil menikmati hidangan ketika sesi temuramah bersama wartawan 
Elanne Kwong memegang watak Tina dalam "The Wedding Diary" 
Ketika sesi temuramah bersama wartawan 
Chris Tong memegang watak sebagai Pat dalam "The Wedding Diary" 
Shaun Chen turut belakon dalam filem "The Wedding Diary". Shaun memegang watak sebagai Jeremy 

Senarai Pemenang Peraduan SERU

Posted by TUPAI


Kami di TUPAI ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyertaan untuk peraduan "SERU". Kepada yang terpilih sebagai pemenang, tahniah kami ucapkan! Buat mereka yang tidak terpilih, jangan sedih-sedih ya? Banyak lagi peraduan-peraduan menarik yang bakal diadakan di www.TUPAI.com.my, Portal Hiburan Terkini anda!

Penebusan tiket hendaklah dibuat di pejabat kami. Maklumat adalah seperti berikut:

TARIKH PENEBUSAN: 3 Mei 2011 - 10 Mei 2011 

WAKTU PEJABAT
Isnin - Jumaat
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang

Klik SINI untuk peta ke pejabat kami  

HADIAH UTAMA x 1   
Hadiah misteri daripada Canon   
Barangan eksklusif "Seru"   
Dua pas filem "Seru"   

Nur Azlinda Muhaini Bt Kamal Abdul Nasir 

HADIAH ISTIMEWA x 9
Barangan eksklusif "Seru"

Dua pas filem "Seru"
Ali Bukhari bin Amir
Faizal Azwandy Bin Norzaman
Farah Harliana Ismail
Nor Nabilah Ab Rahman
Nurul Haiza Yahya
Masnira Mohd Kamal
Sa'adiah binti Hassan
Suria Riza Radzali
Zuhayu Zakaria 

HADIAH SAGUHATI x 40
Dua pas filem "Seru"

Aimi sarah Binti Abdullah
Alwin Chan Kam Yu
Asni Binti Misri
Ayu Rafikah Mohd. Amin
Erniza Binti Abdul Ghani
Falizah Binti Huyop
Ghazali Bin Omar
Hamim Nazmie Bin Hamdan
Junaidah Binti Ibrahim
Marlia Musa
Masyitah Abdillah   
Mohamad Afendy bin Izahar
Mohammad Khairul B. Mohamed Idris
Mohd Harme B. Sa'ban
Mohd Helmie B Zahari
Mohd Shakeran Bin Shapawi
Muhammad Azwan Bin Azri
Muhammad Harith Bin Mohd Yusof
Muhammad Ihsanuddin B Idris
Nik Ahmad Kamil Bin Nik Fauzi
Nor Asni Amir
Norainun Ramli
Noriziati Bt Mohd Safuan
Norliza Abdul Wahid
Nur Kartina Binti Muhammad Jailani
Nur Syaza Fatinah Binti Hussin
Nuraina Md Arif
Nurul Uyun Binti Mazlan
Pin Keh
Ruhanizza Badrul Zaman 
Shahrul Izwan Bin Adnan
Shukrihizan Bin Zamri
Siti Zawani Binti Abdullah
Tan Ye Yean
Tantidiyana Bt Saad 
Teh Mii Lii
Yap Kim Yow
Yusrizan Bin Mohamed
Zarith Nur Atikah Binti Abd Rashid
Zulhazmi Saad

Imbasan Perkahwinan Putera Charles & Puteri Diana

Posted by TUPAI


Tanggal 29 April 2011 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Dimana penyatuan dua hati diantara Putera William dan Kate Middleton. Perkahwinan diraja ini bakal mengingatkan kita semua kepada perkahwinan diraja mediang ibunda Putera William iaitu Puteri Diana dan Putera Charles.

Puteri Diana dan Putera Charles berkahwin pada 29 Julai 1981 di gereja St. Paul, London. Perkahwinan diraja tersebut berlangsung dengan meriah. Ribuan penduduk England dan pelancong berhimpun di sepanjang jalan dan di luar gereja untuk menyaksikan dan meraikan pasangan diraja. Perkawinan Puteri Diana dan Putera Charles mendapat liputan meluas di Televisyen seluruh dunia.

Jom kita imbas balik Perkahwinan diraja Puteri Diana dan Putera Charles..

Puteri Diana bersama Ayahnya dalam kereta kuda yang membawa Diana ke gereja St.Paul, London 
Puteri Diana ketika berjalan masuk dalam gereja dan diiringi oleh bapanya dan disaksikan oleh para tetamu 
Selepas disahkan menjadi suami isteri, Putera Charles & Puteri Diana keluar selepas habis upacara perkahwinan 
Putera Charles & Puteri Diana bergambar bersama Adik & sepupu Putera Charles. Terdiri dari Nicholas Windsor, Lady Sarah Chatto, India Hicks, Sarah Jane Gaselee, Prince Edward, Catherine Cameron, Putera Andrew dan Edward van Cutsem.
Seramai 250.000 peminat menyaksikan ciuman pertama pasangan diraja dikhalayak ramai di balkoni istana selepas bergelar suami isteri.
Pakaian pengantin Puteri Diana direka oleh Emanuel. Dibuat dari kain sutera "taffeta" sebanyak 40 meter dan lima salinan tambahan dibuat sebagai "backup". Gaun tersebut dihiasi dengan berlian kecil 
Hampir 55 juta orang Amerika naik sebelum 06:00 untuk melihat perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981 
Putera Charles dan Puteri Diana memilih St Paul's Cathedral sebagai tempat untuk melangsungkan perkahwinan. Selalunya Westminster Abbey menjadi pilihan untuk kerabat diraja melangsungkan perkahwinan.
Lebih dari 750 juta penonton menyaksikan pasangan pengantin diraja walaupun dalam keadan panas terik. 

Ulasan SERU

Posted by TUPAI


BINTANG 
Keseluruhan: 4
Pelakon: 3.5
Plot: 3
Efek Khas: 2.5
Sinematografi: 3

Tonton filem ini jika anda suka: “Quarantine”, “Paranormal Activity” dan “The Blair Witch Project".

Menjadikan filem "Quarantine" sebagai rujukan, Pierre Andre ("Jangan Tegur") dan Ming Jin ("Salon") selaku pengarah berani untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan dari filem yang ada di Malaysia sekarang. "Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.

Pada pandangan penulis, "Seru" boleh disamakan dengan filem "The Blair Witch Project" tetapi versi Malaysia. Persamaan yang jelas nampak diantara kedua-dua filem ini adalah penggunaan 'found footage'. "Found footage" bermaksud rakaman yang telah dijumpai, dan bukan dirakam khas utk persembahan. Dari segi jalan cerita yang hanya fokus pada sekumpulan krew yang terjebak di sebuah hutan sehingga terjadinya kejadian aneh yang tidak diduga oleh mereka sehinggakan mereka tidak dapat untuk menyelamatkan diri dari segala misteri. Sama seperti filem "Quarantine" yang lebih berunsurkan panik dan trauma tetapi "Seru" lebih kearah suspense thriller dari seram. 

"Seru" menampilkan plot cerita yang biasa dan senang difaham oleh semua orang. Dari segi idea dan cara penyampaian dilihat sangat bagus bagi dua pengarah muda yang pertama kali bergabung tenaga untuk menghasilkan cerita yang baru dalam industri filem Negara. Usaha berani mereka harus dipuji kerana membuat filem yang bergenre tersebut dan ini membuktikan bahawa filem "Slasher Horror" boleh menjadi filem yang bagus jika dikaji dan digarap dengan baik. Menggunakan khidmat pengarah sinematografi Wan Chung Hung yang mempunyai pengalaman 8 tahun dalam industri perfileman ini harus dipuji kerana menampilkan sinematografi yang cantik.  

Walaupun menampilkan muka-muka baru dalam industri perfileman, tetapi lakonan yang ditampilkan oleh mereka bagus dan menjiwai watak dengan baik. Terutamanya Shaarnaz Ahmad secara khususnya, yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin utama dalam filem ini dilihat berjaya memberikan impak lakonan yang berkesan kepada penonton. 

Bagi penggemar filem suspense thriller, "Seru" merupakan sebuah filem yang harus ditonton dan tidak boleh dilepas pandang. Ini kerana ia mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan rasa menjijikkan dan mual kepada penonton. Bagi penonton yang tidak mempunyai semangat yang kuat dinasihatkan harus bersiap sedia untuk menarik nafas panjang ketika menonton beberapa adegan yang cenderung membuatkan seseorang itu terkejut. 

Filem yang berklasifikasi PG 13 ini, menampilkan Shaarnaz Ahmad sebagai pelakon utama turut dibantu oleh Cut Mutia, Nisha Dirr, Along Ezzendi, Qhaud AF7 dan ramai lagi. Manakala Awal Ashaari, Nora Danish dan Pierre Andre turut membuat penampilan khas dalam filem ini. 

Saksikan "Seru" di pawagam pada 28 April 2011!

Adegan seks dalam THE HUNTER

Posted by TUPAI

Bjarne Wong
Sebelum menghasilkan filem sulung berbahasa Melayu, "Sayang You Can Dance" pada tahun 2009, Bjarne Wong pernah mengarahkan filem "The Legend Of The Red Curse" (2005) dan "Possessed" (2006) terlebih dahulu. Kini pengarah yang bakal menginjak usia 40 tahun ini pula akan muncul dengan filem seram dalam bentuk 3D yang pertama kali dilakukan di Malaysia.

Bercakap ketika majlis pelancaran filem ini yang diadakan di Shenzhen, China pada awal Mac lalu, Bjarne memberitahu filem yang bakal menelan kos sebanyak RM6 juta ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu adegan seks antara pelakon utama, Isaac Ong dan Tavani Hu. 

Barisan pelakon "The Hunter"

Walaubagaimanapun tambah pengarah berasal dari Sarawak ini, penonton yang berada di negara di mana penduduknya berfikiran konservatif mungkin tidak akan melihat adegan tersebut langsung kerana berkemungkinan besar akan dipotong daripada filem itu.

"The Hunter" yang bakal memulakan penggambaran pada Jun nanti dijangka akan diedarkan di beberapa buah negara di Asia seperti Malaysia, Hong Kong, Singapura, Indonesia, India dan Filipina.

Selain daripada Isaac dan Tavina, filem ini turut dilakonkan oleh model Carmen Soo, Sharifah Amani, Cindy Chen, Smythe Wong, Koe Yeet dan Lou Qi.

Tavina Hu dan Isaac Wong

Tavina Hu mencuri perhatian ramai apabila membuat pose seksi dan mengghairahkan ketika majlis pelancaran filem ini di Shenzhen, China.

Cenderahati Pasangan Diraja

Posted by TUPAI

























Tinggal dua hari sahaja lagi menjelang majlis perkahwinan Diraja iaitu diantara Putera William dan Kate Middleton. Majlis perkahwinan tersebut akan berlangsung pada 29 April 2011 hari Jumaat ini. Pastinya seluruh dunia menantikan saat penyatuan dua insan yang sama cantik sama padan ini disatukan. 

Saat pengumuman tentang perkahwinan Prince William dan Kate Middleton, banyak syarikat berlumba-lumba menghasilkan cenderahati yang tertera gambar pasangan sejoli ini untuk dijual kepada para pelancong atau penduduk tempatan sebagai salah satu koleksi peribadi mereka. Antara barang cenderahati yang dijual adalah seperti sudu, anak patung, pinggan, cawan, bekas abu rokok dan banyak lagi.

Jom lihat di bawah barang cenderahati yang dijual..
Sudu yang tertera gambar Putera William & Kate Middleton 
Pinggan untuk perhasian di rumah 
Magnet 
Gula-gula  
Kondom 
Pereka dari China telah membuat rekaan pinggang ini seperti yang pernah direka untuk Putera Charles and Puteri Diana, yang berkahwin pada tahun 1981 
Anak Patung 
Cawan  

DiGi WWWoW Awards!!

Posted by TUPAI


Kebiasaanya anugerah yang terdapat di Malaysia selalunya memberi pengiktirafan kepada selebriti, ahli sukan atau tokoh-tokoh terkenal. Terbaru syarikat telekomunikasi iaitu DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah melancarkan satu anugerah yang lain dari lain. 

Anugerah yang diberi nama DiGi WWWOW Awards adalah anugerah pertama internet di Malaysia. Tujuan anugerah tersebut diadakan adalah untuk menghargai orang - orang di sebalik tabir bagi sesebuah laman sesawang. Bagi menjayakan anugerah ini, DiGi berkerjasama dengan ASTRO, Era.fm, Hitz.fm, Google, Yahoo MSN, Mudah.my, Nuffnang blogger, Lowyat.net, Malaysia Airlines, Flickr, Karangkraf dan Malaysia Digital Association (MDA).

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan. Kategori - kategori tersebut adalah:-

1. Top Makan Makan Expert Award
2. Top Kay Poh Award
3. Fave Tech Head Award
4. Online Shop of The Year Award
5. Blogger of the Year Award
6. Video of the Year Award
7. Must Follow Personality Award
8. Picture of the Year Award
9. Top LOL (humour) Award
10. Best Internet for Good Award
11. Fave Malaysian Male Online Celebrity Award
12. Fave Malaysian Female Online Celebrity Award
13. Fave Person over 40 Award
14. Fave Person under 15 Award
15. Online Story of the Year Award
16. Best Internet For All Idea/Campaign Award


Para pengguna Malaysia boleh memilih kegemaran mereka di WWWoW.my. Proses pengundian boleh dilakukan dari 21 April - 20 Jun 2011. Pemenang akan diumumkan ketika malam gala pada 12 Julai 2011. Hadiah yang menanti para pemenang adalah trofi DiGi WWWoW Award dan RM5,000. 

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.wwwow.my. 

Di Sebalik Tabir SERU

Posted by TUPAI





"Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku"..Bunyi sahaja pun dah seram sejuk..Itulah tagline untuk filem arahan pertama Pierre Andre dan Woo Ming Jin. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Service Sdn. Bhd. akan menyerang pawagam Malaysia pada  28 April 2011.

Filem yang berklasifikasi PG 13 ini, menampilkan Shaarnaz Ahmad sebagai pelakon utama turut dibantu oleh Cut Mutia, Nisha Dirr, Along Ezzendi, Qhaud AF7 dan ramai lagi. Manakala Awal Ashaari, Nora Danish dan Pierre Andre turut membuat penampilan khas dalam filem tersebut. 

"Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Apakah yang bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu? Nantikan kemunculannya di pawagam pada hari Khamis ini.

Sebelum itu, jom layan dulu gambar di sebalik tabir "Seru"...

Pengarah sinematografi Wan Chung Hung 
Pengarah Woo Ming Jin memberi arahan kepada pengarah sinematografi Wan Chung Hung  
Proses untuk membuat solekan effect pada muka salah seorang para pelakon 

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook