Hailee Steinfeld sebagai Puteri Aurora

Posted by TUPAI

Pelakon Hailee Steinfeld mungkin kehilangan peranan dalam filem "The Hunger Games" kepada pelakon Jennifer Lawrence. Walaupun begitu, pelakon yang membintangi filem "True Grit" ini, telah terpilih untuk melakonkan salah satu watak puteri yang paling popular di layar perak dalam filem "Sleeping Beauty", Kata AceShowBiz. 

Lindsay Devlin dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip bagi filem ini. Di fahamkan untuk filem "Sleeping Beauty" kali ini, ia akan memberi fokus tentang Puteri Aurora daripada memberi fokus kepada adegan ciuman sang putera yang terdapat dalam cerita asal terbitan Disney.

Steinfeld yang memegang watak sebagai Matte Ross dalam filem "True Grit" pada tahun 2010, telah mendapat pelbagai kejayaan dan penghargaan sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelakon termasuk "2010 Young Artist Award for Best Performance in a Feature Film (Leading Young Actress)" dan "2010 Broadcast Film Critics Association Award for Best Young Performer".
Gadis yang berusia 14 tahun ini, memulakan kerjaya lakonannya pada seawal usia lapan tahun. Steinfeld juga tercalon dalam 83rd Annual Academy Awards bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Dia dijadualkan akan membintangi sebuah filem yang diadaptasi dari novel yang berjudul "Forgotten".

Sementara itu, sumber dari laman sesawang hiburan juga melaporkan bahawa pihak Disney sedang dalam usaha untuk membikin satu lagi projek "Sleeping Beauty" yang berjudul "Maleficent". Projek itu akan diterajui oleh pengarah filem "Alice In Wonderland" iaitu Tim Burton dan skripnya ditulis oleh  Linda Woolverton. Untuk kelainan dalam filem ini, ia akan menceritakan tentang asal usul "Sleeping Beauty" dan akan memberi fokus kepada watak penyihir itu sendiri. Pelakon filem "The Tourist" Angelina Jolie, dijangka akan memegang salah satu  peranan dalam filem ini.  

Hailee ketika menghadiri Anugerah Oscar 

Ainul Aishah & Tutti Frutti

Posted by TUPAI

Pelakon drama "Begitukah Cinta", Ainul Aishah telah mengorak satu langkah kedepan dengan membuka perniagaan francais yogurt Tutti Frutti di Bangi. Perniagaan tersebut mula beroperasi pada 21 Januari 2011 dan sudah pun menjangkau dua bulan. Lulusan Universiti Multimedia di Cyberjaya (MMU) ini, telah membuat kajian terperinci tentang perniagaan yang diceburi. Selain dari minat, Ainul Aisyah menganggap dengan membuka francais yogurt Tutti Frutti merupakan sebuah perniagaan yang senang dan menguntungkan.

"Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga. Saya yang mencadangkan kepada keluarga saya supaya membuat perniagaan ini". Katanya ketika ditemui di pejabat Tupai dan Cinema Online pagi semalam.

"Alhamdullillah setakat ini perniagaan ini berjalan dengan bagus dan lancar", ujarnya lagi.

Anak kedua dari empat adik beradik ini juga dikenali sebagai seorang penyanyi dan model, merancang untuk membuat album mini pada bulan Jun nanti. Gadis yang berusia 26 tahun ini amat mengagumi bakat dan menyimpan hajat untuk berkerjasama dengan penyanyi dan komposer muda Aizat untuk album yang akan datang.

"Bagi saya lagu yang dihasilkan oleh Aizat dan Abangnya memang sedap. Kalau diberi peluang saya ingin bekerjasama dengan mereka. Selain itu, saya juga ada berbincang dengan Taja untuk minta lagu dari beliau", ujarnya di akhir perbualan.

Ainul akan muncul dengan filem 'Untuk Tiga Hari" arahan Afdlin Shauki yang diadaptasi dari novel Ahadiat Akshah ini akan berehat selama sebulan dari sebarang aktiviti seni.


Yovie & Nuno di Hard Rock Cafe KL

Posted by TUPAI

Yovie & Nuno sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dianggotai oleh empat jejaka iaitu Yovie Widianto selaku ketua (Komposer, Produser, Pengarah Muzik, Acoustic & Electric Piano, Keyboard), Dudi Oris (Vokal), Diat, (Guitar) dan Dikta (Vokal). Kumpulan yang berasal dari Indonesia ini telah ditubuhkan pada tahun 2001. Semenjak itu, nama Yovie & Nuno semakin dikenali ramai. Bersempena dengan kemunculan album ke 7 mereka iaitu "Winning 11". Sebagai menghargai para peminat mereka di Malaysia , mereka telah mengadakan sesi ramah mesra dan Showcase bersama Yovie & Nuno pada 25 Mac 2011 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Sinlge  pertama "Menjaga Hati"  dari album "The Special One" telah berjaya menaikkan nama dan populariti Yovie & Nuno di Malaysia. Populariti lagu ’Menjaga Hati’  turut mendorong kejayaan Yovie & Nuno secara digital apabila  muat turun nada dering untuk lagu tersebut telah mencecah 1.5 juta muat turun di Malaysia.   Single kedua "Dia Milikku" telah dijadikan lagu tema untuk sinetron "Cinta Kirana"  yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lepas.

Melalui album  "The Special One" yang dipasarkan pada tahun 2008, Yovie & Nuno telah meraih berbagai kejayaan. Mereka juga memenangi pelbagai anugerah seperti "Anugerah Most Favourite Artist Indonesia", "MTV Asia Awards 2008", "Anugerah Most Favourite Artist Group/Band or Duo - MTV Indonesia Awards 2008", "Album Terbaik - Album The Special One - AMI Awards 2009", "Duo / Kumpulan Terbaik 2009 – Anugerah Planet Muzik", "Artis Paling Popular Indonesia 2009 – Anugerah Planet Muzik" dan banyak lagi.

Dalam album "Winning 11" ini mengandungi 11 lagu baru terbaik dari Yovie Widianto. Antara lagu yang mendapat sambutan hangat adalah Manusia Biasa (Cinta Luar Biasa/CLB). Lagu lain adalah Tak Setampan Romeo, Sampai Akhir Waktu, Merindu Lagi, Malam Mingguku, Pada Hari Ini, Pertama, Mengejar Mimpi, Cerita Untuk Dunia, Indahnya Berdua dan Manis.

Yovie Widianto selaku penggerak kepada kumpulan Yovie & Nuno 
Dikta (Vokal). Anggota yang palin muda dalam Yovie & Nuno 
Dudi Oris (Vokal). Dudi memiliki vokal yang cukup bagus dan mantap 
Dudi bersama Diat selaku pemain Guitar dalam kumpulan Yovie & Nuno 

Senarai Pemenang Peraduan CUN

Posted by TUPAI

Kami di TUPAI ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyertaan untuk peraduan "CUN". Kepada yang terpilih sebagai pemenang, tahniah kami ucapkan! Buat mereka yang tidak terpilih, jangan sedih-sedih ya? Banyak lagi peraduan-peraduan menarik yang bakal diadakan di www.TUPAI.com.my, Portal Hiburan Terkini anda! 
 
Penebusan tiket hendaklah dibuat di pejabat kami. Maklumat adalah seperti berikut: 
 
TARIKH PENEBUSAN: 4 April 2011 - 11 April 2011

WAKTU PEJABAT
Isnin - Jumaat
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang

Klik SINI untuk peta ke pejabat kami

HADIAH ISTIMEWA X 50
Dua pas filem "Cun" 
Abdul Halim bin Mohamed
Aimi Sarah Binti Abdullah
Ashreena
Azean Binti Abdullah
Azhar Bin Mohd
Azmi bin Abd Wahab
Carrie Anne Long Shuit Har
Faizal Azwandy Bin Norzaman
Fatin Zafirah Binti Mansur
Hanim Binti Hasan Basri
Hamim Nazmie Bin Hamdan
Hanis Hidayu Kasim
Hidayat Bin Masduki
 Izzil Hadri Bin Muhamad
Izzaty Binti
Khaidhir Baihaqi B. Azeman
Lim Poh Sim
Mardhiyyah binti Mohd Ridzuan
Masnira Mohd Kamal
Masyitah Binti Abdillah
Mazhar bin Ab. Lajis
Michelle Chow
Mohamed Dzulfadlil Azim B. Mohamed Dzolfiqar
Mohammad Zulkifli Bin Taib
Mohd Ainuddin Aliff Bin Salehuden
Mohd Hafiz Bin Mohd Salleh
Mohd Hanafi Bin Omar
Mohd Izzuan Bin Ramli
Mohd Shamzuri bin Mohd Nor
Mohd Zaki Bin Sulaiman
Mushafizol Bin Ab Ghani
Nadia Azwana Binti Julaihi
Noor Fhatiha Binti Adli
Nor Azliana Binti Mohamad
Nor Mas Ayu Ramli
Norainun Ramli
Noraziah Binti Mohamad
Rany Melissa Zolhaini
Ruhanizza Badrul Zaman 
Sa'adiah binti Hassan
Sarina Binti Ahmad
Shukry Bin Yussof
Siti Hawa Binti Othman
Siti Zawani Bt. Abdullah
Suryana Sulaiman
Yap Kim Yow
Yushaida Binti Mohd Yusof
Yusrizan Bin Mohamad
Zalinda bt Md Basir
Zureena bt Abu Samah

Peraduan RED RIDING HOOD

Posted by TUPAI


Menangi tiket ke pra-tonton eksklusif
"Red Riding Hood"

Sinopsis
Valerie (Amanda Seyfried) adalah seorang wanita muda yang tersepit di antara dua lelaki. Dia mencintai seorang jejaka bernama Peter (Shiloh Fernandez), namun ibu bapanya telah merancang perkahwinannya dengan seorang lelaki kaya, Henry (Max Irons).

Disebabkan tidak sanggup kehilangan antara satu sama lain, Valerie dan Peter telah merancang untuk melarikan diri bersama apabila ketahui kakak Valerie dibunuh oleh serigala jadian di kampung mereka. Demi membalas dendam, penduduk kampung meminta pemburu serigala jadian, Paderi Solomon (Gary Oldman) untuk membantu membunuhnya.

Apabila bilangan kematian semakin meningkat, Valerie mula merasakan serigala jadian tersebut mungkin salah seorang yang disayanginya.

Diarahkan oleh Catherine Hardwicke, "Red Riding Hood" dilakonkan oleh Amanda Seyfried, Gary Oldman, Shiloh Fernandez, Max Irons, Billy Burke, Virgina Madsen, Lukas Haas dan ramai lagi.

Saksikan "Red Riding Hood" di pawagam bermula 21 April 2011!

MAKLUMAT TAYANGAN

Tarikh: 19 April 2011 (Selasa)
Waktu: 9.00 malam
Lokasi: GSC 1 Utama

Untuk memenangi tiket ke pra-tonton "Red Riding Hood", anda hanya perlu jawab dua (2) soalan dan lengkapkan slogan di bawah. Penyertaan dengan butiran peribadi lengkap (nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan), jawapan tepat serta slogan paling kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang.

SOALAN 
1. Berikut adalah pelakon filem "Red Riding Hood", KECUALI...
a) Amanda Seyfried
b) Donnie Yen
c) Shiloh Fernandez

2. Bilakah "Red Riding Hood" akan ditayangkan di pawagam?
a) 1 September 2010
b) 11 Februari 2011
c) 21 April 2011

SLOGAN
Jika anda berada di tempat Valerie dan syak bahawa serigala jadian tersebut adalah orang yang disayangi, bagaimanakah anda menyelamatkan penduduk kampung dan keadaan itu?
(Tidak melebihi 20 patah perkataan)

PENYERTAAN 
Pembaca TUPAI hanya perlu menghantar e-mel dengan menaip HOOD scr sebagai subjek. Lengkapkan dengan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon beserta jawapan bagi kedua-dua soalan dan slogan di atas dan hantarkan e-mel tersebut ke peraduan@tupai.com.my

NOTA
•   Peraduan akan berakhir pada 13 April 2011 jam 11.59 malam.
•   Senarai nama pemenang akan disiarkan di laman web www.tupai.com.my pada
14 April 2011.
• Notis pemenang hanya dibuat melalui laman web. Sila layari portal hiburan terkini anda www.tupai.com.my 
untuk mengetahui anda adalah pemenang peraduan ini.



Reese Witherspoon bergelar isteri sekali lagi

Posted by TUPAI

Aktres terkenal Reese Witherspoon menjadi seorang pengantin baru sekali lagi apabila beliau berkahwin dengan teman lelakinya, Jim Toth pada Sabtu lalu. Upacara perkahwinan tersebut diadakan secara peribadi di rumah Witherspoon di Ojai, California, Amerika Syarikat.

Dipetik daripada majalah People, seramai 120 orang tetamu termasuk selebriti terkenal seperti Renee Zellweger, Tobey Maguire, Salma Hayek, Robert Downey Jr., Alyssa Milano dan Scarlett Johansson yang hadir bersama Sean Penn. Kedua-dua anak Witherspoon bersama bekas suami, Ryan Phillippe, Ava dan Deacon turut menyertai ibu mereka pada hari upacara tersebut.

Gemerlapan Asian Film Awards 2011

Posted by TUPAI

Carina Lau bersama suami tersayang Tony Leung
Pada malam Isnin lepas telah berlangsungnya Asian Film Awards(AFA) yang diadakan di Hong Kong Convention and Exhibition Centre, Hong Kong. Acara berprestij di Asia itu dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal Asia. Antaranya ialah Carina Lau, Tony Leung, Summo Hung, Chow Yun Fatt, Ming Dao, Richie Ren, Raymond Wong dan ramai lagi. Jom lihat senarai pemenang dan siapa yang paling menyerlah di karpet merah sepanjang acara tersebut berlangsung.

Di bawah adalah senarai pemenang anugerah berprestij itu:

Best Film: "Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives," Thailand
Best director: Lee Chang-dong, "Poetry"
Best actor: Ha Jung-woo, "The Yellow Sea"
Best actress: Xu Fan, "Aftershock"
Best newcomer: Mark Chao Yao Ting, "Monga"
Best supporting actor: Sammo Hung, "Ip Man 2"
Best supporting actress: Yoon Yeo-jeong, "The Housemaid"
Best screenplay: Lee Chang-dong, "Poetry"
Best cinematographer: Mark Lee, "Norwegian Wood"
Best production designer: Yuji Hayashida, "13 Assassins"
Best music score: Indian Ocean, "Peepli Live"
Best editing: Nam Na-young, "I Saw the Devil"
Best visual effects: Phil Jones, "Aftershock"
Best costume designer: William Chang, "Let the Bullets Fly"
Outstanding contribution to Asian cinema: Kim Dong-ho
Lifetime achievement: Raymond Chow


Huang Xiao Ming 
Wilfred Wong 
Marie Zhuge(kiri) & Richie Ren(Kanan)
Kim Dong Ho (Kiri) 
Mandy Lieu 
Ming Dao (kanan)
Sammo Hung (tengah) & Han Geng (kanan) 
Angelica Lee Sin Jie 
Joan Chen & Barney Cheng 
Chow  Yun Fatt hadir bersama isteri tercinta 
Sally Yeh 
Pelakon Singapura Ng Chin Han 
(Kiri) Louis Fan & (Kanan) Tang Yi Fei 
Raymond Wong 

Seram percintaan SENJAKALA

Posted by TUPAI

Percaturan pelakon dan pengarah Ahmad Idham dalam industri perfileman tanah air sememangnya membawa perubahan besar bermula dengan filem "Jangan Pandang Belakang" yang mendapat kutipan memberangsangkan. Kemudian salah sebuah filemnya yang bergenre komedi, "Adnan Sempit" pula pernah mencipta rekod apabila mendapat kutipan tertinggi filem tempatan. Malah dilihat hampir kesemua filem arahannya sentiasa mendapat kutipan pecah panggung. Dari situ boleh dilihat kesungguhan anak kelahiran Alor Star, Kedah ini untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan memuaskan hati para penonton. 

Setelah sekian lama berkerjasama dengan produksi Metrowealth milik David Teo, Ahmad Idham mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan, Excellent Picture Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada tahun 2000,  Excellent Picture giat menerbitkan drama berkualiti dan sering menghiasi slot-slot drama di stesen televisyen swasta.

Ahmad Idham adalah seorang pengarah yang sentiasa mencari kelainan dalam setiap filemnya.  Filem terbarunya, "Senjakala" bakal ditayangkan pada 14 April akan datang. Filem bergenre seram ini dibarisi pelakon muda Liyana Jasmay dan Zahiril Adzim.

Ikuti temu bual bersama Ahmad Idham yang berbicara tentang "Senjakala".

Hi! Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Boleh ceritakan tentang "Senjakala"?
Sama-sama. "Senjakala" merupakan sebuah filem seram dimana saya mengetengahkan isu percintaan remaja dalam filem ini. Selalunya cerita seram, kita akan menceritakan tentang pembalasan, rasukan dan gangguan hantu tersebut tapi kita tak pernah terfikir asal usul hantu itu dan bagaimana kehidupan orang yang membelanya. Bayangkan kalau orang yang membela itu adalah pasangan kekasih kita sendiri. Bagaimana dengan kehidupan dan hubungan kita itu? Itulah yang saya cuba ketengahkan.

Zahiril & Liyana
Adakah anda sendiri yang memilih pelakon utama Liyana Jasmay dan Zahiril Adzim?

Ya, saya yang memilih. Liyana Jasmay terpilih kerana sekarang ini susah nak mencari pelakon Melayu yang mempunyai raut wajah kemelayuan. Tambahan pula saya pernah bekerja dengan beliau dalam filem "Niyang Rapik". Jadi saya tahu kemampuan dan bakatnya dalam membawa watak sedemikian dengan baik. Zahiril pula dipilih kerana saya pernah melihat mereka bergandingan bersama dalam filem dan drama "Kami". Malah mereka pernah dicalonkan untuk anugerah 'Best On Screen Chemistry' di Shout! Awards 2009. Kebetulan kedua-dua mereka adalah remaja, jadi memang sesuailah.

Salah satu babak "Senjakala"
Apakah cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran filem "Senjakala"?
Ini merupakan filem seram kelima dan setiap filem seram yang saya buat mempunyai kelainan tersendiri. Cabaran untuk filem "Senjakala" ini, saya berdepan dan berlawan dengan kreativiti  sendiri agar saya boleh berikan kelainan kepada penonton.

Sebagai seorang pengarah, anda pernah mengarah pelbagai genre filem. Genre manakah yang memberikan kepuasan kepada diri anda?
Sudah tentu filem yang mendapat box-office! (ketawa) Gurau saja! Saya tidak boleh mengarah satu genre filem sahaja kerana saya jenis cepat bosan. Setiap kali saya mengarah sesebuah filem, saya akan mendapat kepuasan tersendiri dan setiap filem yang saya arah, saya akan pastikan bahawa saya kena mempunyai satu kepuasaan dan barulah filem itu akan mendapat impak dan memberi kepuasan kepada penonton yang melihatnya.




Ahmad Idham ketika penggambaran filem "Senjakala"

Apakah perkembangan terbaru anda dan Excellent Pictures?
Excellent Pictures mula mengorak langkah lebih besar dengan merancang untuk menerbit lima hingga enam buah filem setahun. Selepas "Senjakala", saya masih ada satu lagi filem yang masih tunggu untuk ditayangkan iaitu "Hantu Bonceng", lakonan Juliana Evan dan Zizan Raja Lawak. Saya juga baru sahaja tamat penggambaran filem "Jangan Pandang-Pandang" yang menampilkan Zizan dan Sara Ali. Sasaran Excellent Pictures adalah untuk menjadi sebuah syarikat penerbitan yang serius dalam industri.

Terima kasih, Ahmad Idham!

Sama-sama.

(Kredit foto "Senjakala": Excellent Pictures)

Perginya ikon Hollywood Elizabeth Taylor

Posted by TUPAI

Elizabeth Taylor dalam filem "Cleopatra" (1963)

Perginya seorang ikon Hollywood. Itulah yang dapat digambarkan apabila mengetahui Elizabeth Taylor telah meninggal dunia pada 23 Mac 2011. Teman baik kepada Raja Pop, Michael Jackson, meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat penyakit jantung kronik di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles.


Menurut jurucakap Taylor, Sally Morrison, Taylor yang telah dimasukkan ke dalam hospital telah dikelilingi keempat-empat anaknya, Michael Wilding, Christopher Edward Wilding, Elizabeth Frances Todd dan Maria Burton di saat kematiannya.

Anda pasti akan dirindui, Taylor
Bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak dan kemudiannya menginjak dewasa, Taylor dikenali kerana bakat lakonannya serta kecantikannya.

Selain itu, Taylor juga terkenal dengan kehidupan peribadinya yang menjadi tumpuan media, lebih-lebih lagi beliau pernah berkahwin sebanyak lapan kali dengan tujuh orang lelaki termasuklah Richard Burton yang pernah dikahwininya sebanyak dua kali.

Pelakon filem "Cleopatra" ini telah membintangi lebih 50 buah filem dan pernah memenangi dua anugerah Oscar sepanjang enam dekat pembabitan beliau dalam industri hiburan. Beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem "Butterfield 8" dan "Who's Afraid Of Virginia Woolf".

Kehilangan Taylor pasti akan dirasai oleh setiap peminatnya. Malah selebriti juga turut mengekspreskan kesedihan mereka di atas kehilangan ikon Hollywood ini. Berikut adalah antara kenyataan yang diberikan:

Taylor ketika berusia
10 tahun (1941)

"I am so sorry to hear that this great legend has passed. I admired and respected her not only as an actress but for her amazing and inspiring work as an AIDS activist. She was one of a kind." - Penyanyi Madonna.

"Elizabeth's legacy will live on in many people around the world whose lives will be longer and better because of her work and the ongoing effort of those she inspired." - Kenyataan daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan isteri, Hilary.


"Our loss in the motion picture business with Elizabeth Taylor's passing is momentous. She was a lady who gave of herself to everyone. I know I consider it a great personal loss." - Pelakon Mickey Rooney yang pernah membintangi di samping Taylor dalam "National Velvet".


"She was a true star, because she not only had beauty and notoriety; Elizabeth Taylor had talent. As a friend she was always, always there for me. I'll miss her for the rest of my life, but I was so lucky to have known her." - Pelakon dan penyanyi Liza Minnelli.

Taylor memang terkenal
dengan kecantikan beliau.

"She earned our adoration for her stunning beauty and for being the very essence of glamorous movie stardom. And she earned our enduring love and respect for her compassion and her courage in standing up and speaking out about AIDS when others preferred to bury their heads in the sand." - Penyanyi Elton John.

"Elizabeth was the last great movie star. And a great human being. What I'll always remember about Elizabeth was her laugh. She would walk into a room looking like a princess and suddenly there would be this cackle that filled the room that would crack us all up. I'm so glad to have known her. It's a very sad day for me." - Penyanyi Barry Manilow.

"Elizabeth Taylor was the last of the Hollywood greats, and a fantastically charming woman." - Kenyataan penyanyi George Michael melalui akaun Twitter miliknya.

"It's a terrible loss. A unique talent and a singularly spectacular individual." - Pelakon Martin Landau yang berlakon di samping Taylor menerusi "Cleopatra".


"Liz Taylor was an amazing woman and screen legend, she was an incredible friend to my brother at his side through some of his most difficult times and of course loved by his children and our family. She will live on in our hearts forever, my prayers go out to her family." - Kakak kepada Michael Jackson, La Toya Jackson.

Taylor bersama Richard Burton yang pernah dikahwininya sebanyak
dua kali pada tahun 1964-1974 dan 1975-1976.

Taylor bersama Michael Jackson


Galeri: CUN gandingan Maya Karin & Remy Ishak

Posted by TUPAI


Bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac akan datang, filem komedi romantik arahan Osman Ali, "Cun", telah diberi pelbagai komen positif mengenai filem ini. Malah ada yang mengangkat filem ini sebuah filem komedi romantik tahun ini! Wah! Mesti ramai yang dah tak sabar bukan?

Gandingan serasi antara Remy Ishak dan Maya Karin tidak perlu dipertikaikan lagi sehinggakan mereka pernah digosipkan bercinta. Selepas digandingankan untuk pementasan teater "Natrah", kini peminat boleh menyaksikan keserasian pasangan ini dalam "Cun" pula. Selain Maya dan Remy, "Cun" turut diserikan lagi dengan barisan pelakon terkenal lain seperti Kartina Aziz, Jehan Miskin, Faezah Elai, Marsha Milan Londoh, Nadiyatul Nissa', Mislina Mustaffa dan juga diva Ning Baizura!

Kepada yang masih belum menyertai peraduan "Cun", klik SINI sekarang! Apa-apa pun, jom kita lihat galeri di sebalik tabir filem "Cun"!

(Kredit Gambar: Tayangan Unggul)



















CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook