THE KING'S SPEECH diangkat Filem Terbaik

Posted by TUPAI

Filem arahan Tom Hooper, "The King's Speech" telah menang besar apabila menerima empat anugerah Oscar iaitu Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Filem Terbaik serta Colin Firth diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi wataknya sebagai raja yang mempunyai masalah pertuturan di Anugerah Academy hari ini.

Pelakon utama "Black Swan", Natalie Portman pula dianugerahkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, manakala Melissa Leo dan Christian Bale memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk watak mereka menerusi filem "The Fighter".

Selain "The King's Speech", filem "Inception" arahan Christopher Nolan turut memenangi empat anugerah. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Academy ke-83:


TERIMA KASIH CINTA broadway tempatan

Posted by TUPAI

Shajiry sebagai Azlan
Teater "Terima Kasih Cinta" (TKC) telah diadaptasi daripada filem 'Cinta' arahan Kabir Bhatia pada tahun 2008. Dari layar perak di Malaysia dan kemudian Indonesia, ia kini dipentaskan dalam bentuk teater muzikal dengan barisan pelakon yang penuh berbakat.

TKC telah pun dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Februari hingga 6 Mac 2011 ini boleh dikatakan sebagai pementasan broadway tempatan yang menyajikan 21 buah lagu lama yang membangkitkan kenangan cinta. Muzikal TKC masih mengekalkan jalan cerita yang sama iaitu menceritakan tentang lima kisah cinta yang berbeza, tetapi semuanya berkait antara satu sama lain mendapat sentuhan dari pengarah dan koreografer yang tidak asing lagi iaitu Pat Ibrahim. Pat Ibrahim sememangnya terkenal dengan hasil kerjanya dalam pementasan 'Puteri Gunung Ledang', 'P.Ramlee The Musical', 'Cuci The Musical' dan 'Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza'.  

Antara pelakon yang membintangi muzikal ini ialah Latif Ibrahim, Safura, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding dan Diddy Hirdy.

Selain itu, Latif Ibrahim yang turut dilihat sebagai tonggak utama kekuatan pada pementasan ini. Terbukti ketika suara penyanyi malar segar ini berkumandang cukup memukau penonton saat memdendangkan lagu "Permata Untuk Isteri" nyanyian asal Kopratasa. Bergandingan bersama Safura yang diakui memiliki vokal dan lakonan yang mantap, pasangan ini berjaya menonjolkan keserasian dan penonton dapat merasakan cinta dan emosi yang bergelodak dalam jiwa mereka berdua.  

Kesemua lagu yang dialunkan pada pementasan itu di gubah semula oleh pengarah muzik yang terkenal Roslan Aziz. Antara lagunya ialah "Dia" (Sheila Majid), "Seribu Impian" (Casey), "Selanjur Bercinta" (Aisyah), "Impian Anak Jalanan" (Kembara), "Bimbang Terluka Lagi" (Noorkumalasari/Sudirman), "Cinta" (Jaclyn Victor/Misha Omar), "Kau Ilhamku" (Man Bai), "Belaian Jiwa" (Carefree), "Sejati" (Wings) serta dua lagu baru, "Terima Kasih Cinta" dan "Kuasa Cinta".

Kepada yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini boleh mendapatkan tiket di laman web Ticket2u yang berharga bermula RM30 hingga RM250.


Barisan pelakon yang membintangi pementasan "Terima Kasih Cinta" 
Nadia Aqilah sebagai Arianna & Vince sebagai Taufiq 
Cinta Suci antara Arianna & Taufiq 
Cinta luar biasa. Saat yang menyatukan cinta diantara Rubiah (Safura) & Elyas (Latif Ibrahim) 
Rubiah saat meluahkan kata hatinya adakah pencarian cintanya sudah berakhir 
Saat Taufiq meluahkan rasa hatinya kerana takut kehilangan Arianna 
Latif Ibrahim 
Cinta tanpa batasan. Pergolakan rumah tangga Harris (Tony Eusoff) & Airin (Norish Karman) yang dibina atas dasar cinta akhir sampai penghujungnya 
Set pementasan Terima Kasih Cinta yang hampir sama seperti teater antarabangsa, West Side Story 

Anding memegang watak sebagai Dani 
Cinta abadi diantara kakak (Dyan/Deja Moss) dan adik (Dani/Anding) 
Cinta yang tidak disangka antara Azlan (Shajiry) & Azura (Farahdhiya) 

Sah! Dira & Zizan pengacara baru MELODI!

Posted by TUPAI

Zizan (kiri) dan Dira pengacara baru "Melodi" bermula April ini

Setelah desas-desus mengatakan Fara Fauzana dan Wahid akan meninggalkan program televisyen hiburan popular tanah air, "Melodi" mula kedengaran dan pelbagai spekulasi timbul siapakah yang bakal menggantikan tempat mereka, kini terjawab apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan mengambil alih berkuatkuasa April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kontrak Wahid dan Fara Fauzana akan tamat tempoh pada penghujung Mac ini. Oleh itu Zizan dan Dira diperkenalkan sebagai pemangkin baru "Melodi".

Bye-bye Wahid & Fara!
Dira sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk program "Beat TV", "Pulus Mania" dan "Jom Ronda". Malah dia pernah menjadi penyampai radio X-Fresh FM pada tahun 2007. Manakala Zizan pula adalah pengacara "Gelanggang Raja Lawak" di Astro Prima (Saluran 105).
Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara "Melodi" buat kali terakhir di Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini. Zizan dan Dira pula akan mengambil alih pada minggu berikutnya iaitu 3 April dengan bersiaran langsung di Arena Of Stars, Genting Highland bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Wahid dan Fara telah memikul tanggungjawab sebagai pengacara "Melodi" selama enam tahun. Semenjak "Melodi" diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura adalah antara yang pernah mengendalikan program ini.

Apa-apa pun, all the best  kepada Zizan dan Dira!

Senarai Pemenang Peraduan BEASTLY

Posted by TUPAI


Team TUPAI ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang telah terpilih sebagai pemenang
peraduan "Beastly"! Anda telah memenangi dua (2) tiket ke tayangan filem "Beastly" yang akan diadakan di Cathay Cineplex, e@Curve. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ya?  

Penebusan tiket hendaklah dibuat di meja TUPAI/CINEMA ONLINE pada hari tayangan filem tersebut. Pemenang dikehendaki membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. 
 
 MAKLUMAT TAYANGAN
Tarikh: 2 Mac 2011 (Rabu)
Waktu: 9.30 malam
Lokasi: Cathay Cineplex, e@Curve 
 
NOTA: Waktu tebusan tiket bermula jam 7.00 malam - 9.00 malam. 
 
 SENARAI PEMENANG
 Alwin Chan
Choo Ann
Colin Pang Tiang Kuan
Fairoza Amalinna
Hussin Bin Mohd Salleh
Irwin Tee Siew Wei
Kong Mei Leng
Lian Ian Ying
Marhana
Mohd Firdaus Hussin
Nur Syaza Fatinah Binti Hussin
Rany Melissa Zolhaini
Sarinah Binti Idris
Tai Chai Ling
Tan Lin Lee
Wan Hairulshifah Binti Wan Zahari
Wan Nursyima Emi Binti Wan Ramli
Wan Zunaidah Bt Wan Abdullah
Yusmizam bin Mat Yusof
Zarith Nur Atikah Bt Abd Rashid

Kembar Siang paparkan keserasian Kamal & Intan

Posted by TUPAI


Bintang Keseluruhan: 3
Plot:3
Lakonan: 3
Sinematografi:3


Tonton filem ini jika anda suka: Senario Asam Garam, Adnan Sempit, Senario Lagi, Senario XXX dan Lagi-lagi Senario.

"Kembar Siang" merupakan filem pembuka tirai 2011 untuk Metrowealth Pictures (MIG). Filem yang ke 46 terbitan MIG ini mengetengahkan genre komedi romantik. Selepas berjaya dengan "Senario Asam Garam", sekali lagi pihak MIG menggunakan khidmat Hatta Azad Khan sebagai pengarah dan penulis skrip bagi filem ini. 

Kali ini kelainan yang ditampilkan oleh pihak MIG dan sang pengarah adalah menampilkan pasangan kekasih yang hangat bercinta iaitu Kamal Adli selaku hero dan Intan Ladyana selaku Heroin. Ini bukanlah pertama kali pasangan ini digandingkan bersama, sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama "Seribu Kali Cinta" di TV3 dan "Kekasihku Is Setan" di Astro Ria. Keserasian mereka ternyata terserlah dalam filem ini. Keseraian mereka juga turut di akui oleh sang pengarah iaitu Hatta Azad Khan yang merasakan ada "chemistry" di antara mereka sehingga menghasilkan lakonan yang bagus.

Dalam filem ini juga boleh di lihat usaha MIG menggabungkan pelakon lama dan pelakon baru. Dapat di dilihat kelibat Syanie yang telah lama tidak muncul di kaca TV. Kemunculannya dalam filem ini dapat juga mengubati sedikit kerinduan para peminatnya yang telah lama merindui lakonannya. Selain Kamal, Intan dan Syanie, filem ini turut dibintangi oleh Sabri Yunus, Sathiya, Mat Over, Zaibo, Hamid Gurka, Zul Suphian dan Rozita Chik Wan.

Selain element-element segar yang di terapkan dalam filem ini, pengarah juga turut menerapkan element komedi ringgan yang bakal menbuatkan para penonton tidak kering gusi ketika menonton telatah para pelakon. 
Sudah menjadi kebiasaan untuk sang pengarah Hatta Azad Khan, akan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja dari golongan pensyarah dan para pelajar di Falkulti Teknologi Kreatif & Artistik, UITM Shah Alam. Sebelum ini, Hatta juga menggunakan tenaga kerja yang sama ketika penggambaran filem "Senario Asam Garam".

"Kembar Siang" mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Awal dan Awi yang mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. Awal (abang) dan Awi (adik). Awal normal tetapi Awi sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas sewaktu kecil.

Ani, teman wanita Awal tidak tahu teman lelakinya mempunyai adik kembar seiras. Ani juga tidak tahu yang dia juga sebenarnya mempunyai kembar seiras yang terpisah ketika masih bayi. Bagaimanakah segala persoalan ini terjawab? Saksikan kesudahan filem Kembar Siang yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malayisa bermula 24 Februari ini..

Dalam diam ada isi

Posted by TUPAI

Makin senyap daripada kontroversi bukan bermakna Jehan Miskin, 31, semakin hilang daripada arus perdana dunia seni. Dia kini lebih senang menumpukan perhatiannya kepada kerja dan syarikat produksinya yang baru saja ditubuhkan dan diberi nama Mastermind Group.

Syarikat produksi yang diusahakan bersama rakan kongsinya itu baru saja menerbitkan program Sengal TV yang ke udara di Astro Warna. Program 13 episod itu bersiaran setiap Jumaat. Selain menerbitkan program TV, Mastermind Group juga mengembangkan cabang perniagaannya dengan menerbitkan korporat video.

Baru-baru ini Tupai sempat bertemu dengan Jehan dan bertanya tentang perkembangan terbarunya dalam dunia lakonan, perniagaan dan percintaan.

Jom ikuti temu bual ini...

Pertama sekali tahniah kerana telah berjaya menubuhkan satu syarikat produksi yang di beri nama Mastermind Group. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang syarikat produksi Jehan, Boleh Jehan cerita sedikit tentang perkembangan kerjaya lakonan Jehan?
Terima Kasih. Sekarang saya banyak tertumpu kepada syarikat produksi saya. Saya juga sedang menanti deretan filem lakonan saya yang akan masuk pawagam pada tahun ini, antaranya ialah filem "Apokalips", "Hikayat Merong Mahawangsa", "Awan Dania The Movie", "Cun" dan "Tolong Awek Aku Pontianak".

Boleh Jehan Cerita sedikit tentang Mastermind Group dan kenapa Jehan memilih bidang ini untuk perniagaan?
Mastermind Group telah ditubuhkan selama setahun setengah pada Jun 2009. Saya ada Azizi Chunk Adnan sebagai 'in house director'. Syarikat saya masih baru lagi tapi orang yang bekerja di bawah syarikat ini adalah orang-orang yang berpengalaman dalam industri. Mastermind Group menerbitkan program TV, korporat video, drama dan banyak lagi. Saya memilih perniagaan ini kerana saya jiwa saya kearah bidang ini. Rasanya lebih senang kalau saya buat perniaagan yang saya suka. Saya bermula dari bawah. Saya pernah kerja sebagai seorang editor. Kemudian pereka grafik selepas itu saya belajar serba sedikit kerja-kerja krew selepas saya habis belajar.

Kalau dilihat sekarang kebanyakkan filem yang mendapat sambut atau mempunyai skrip yang bagus akan diadaptasi kepada teater. Apa pendapat Jehan tentang perkara ini?
Bagus. Saya suka. Dulu teater bukan satu perniagaan yang menguntungkan. Sedih bila industri kreatif tidak boleh nak seimbangkan dari segi perniagaan. Bila nak buat teater tidak boleh buat besar-besar. Tapi sekarang, bila ada filem yang mendapat sambutan dan mereka adaptasikan ke teater, mereka pasti akan ada ramai orang yang akan datang menonton. Kalau dilihat semua ini bermula dari "Puteri Gunung Ledang", "Cuci The Muzikal" dan terbaru "Terima Kasih Cinta" dan selepas itu "Lat The kampung Boy". Saya akan pergi menonton teater "Terima Kasih Cinta". Ini juga kan memberi manfaat kepada para pelakon itu sendiri.

Sudah lama tidak mendengar kisah percintaan Jehan. Adakah sekarang hati Jehan telah terisi oleh seseorang dan Adakah dia dari kalangan selebriti juga?
Yes. I got someone now. Bukan dari kalangan artis. Dia orang biasa saja.

Adakah tahun 2011 ini, Jehan akan menamatkan zaman bujang?
Untuk berkahwin bukan dalam masa terdekat ini. Saya akan beritahu kepada semua bila sampai masanya nanti.

Jehan Miskin adalah seorang....
Saya seorang yang happy go lucky, degil, kuat bekerja, berpendirian teguh dan seorang yang setia.(ketawa)

Harapan Jehan untuk tahun 2011?
Harapan saya untuk syarikat dan kerjaya saya lebih kurang harapan saya untuk industri. Untuk kami terus maju ke depan, untuk kami tidak serik untuk membuat cerita-cerita baru dengan kualiti yang bagus dengan semangat dan jiwa yang berani. Saya harap Mastermind Group boleh menyumbang kepada industri perfileman tempatan.

Jehan bersama salah seorang pekerja di syarikatnya 
Antara koleksi figura -figura yang menjadi kesukaan Jehan 
Jehan bersama sebahagian koleksi figura-figura yang dikumpulnya 

Pelakon-pelakon Yang Pernah Membintangi X-MEN

Posted by TUPAI

Team X-Men
Filem X-Men merupakan salah satu filem Marvel bersiri yang paling lama. Bermula dengan X-Men pada tahun 2000, siri trilogi ini telah berjaya mendapat kutipan yang tinggi dan ulasan yang positif dari penonton. Filem ini juga telah mengembangkan lagi wataknya dengan mengeluarkan satu buah filem X-Men Origins: Wolverine on 2009.

Untuk tahun ini pula, X-Men akan dengan X-Men: FIrst Class yang dibintangi oleh Micheal Fassbender, James McAvoy,Jennifer Laurence dan Kevin Bacon. Mengisahkan tentang asal-usul terjadinya X-Men itu sendiri, sejarah persahabatan antara Prof. Xavier dan Magneto. Siri X-Men pada kali ini menampilkan pelakon-pelakon baru. Jom kita lihat antara barisan pelakon-pelakon yang pernah membintangi siri X-Men sebelum ini. 

Sir Patrick Stewart (Prof. X)
Sir Ian McKellan (Magneto)
Famke Janssen (Jean Gray)
Halle Berry (Storm)
Kelly Hu (Lady Deathstrike)
Hugh Jackman (Wolverine)


Rebecca Romjin (Mystique)
Taylor Kitsch (Gambit)

Dianna Agron & Alex Pettyfer putus cinta!

Posted by TUPAI


Kurang daripada setahun bersama, pasangan "I Am Number Four" Dianna Agron dan Alex Pettyfer telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Dipetik daripada UsMagazine, sumber terdekat memberitahu Agron, 24, telah berpindah dari rumah yang dikongsi bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun itu pada minggu lepas.

Berita mengejut ini berlaku dua minggu selepas khabar angin mengatakan pasangan ini telah mengikat tali pertunangan.

Malah pada Januari lepas, Pettyfer telah memuji teman wanitanya di rancangan temubual Ellen DeGeneres. "Dia adalah seorang wanita yang hebat dan dia mempunyai ciri-ciri seorang pelakon klasik."

Agron dan Pettyfer ketika masih gembira bersama.

 
Agron yang terkenal dengan wataknya sebagai Quinn Fabray dalam siri TV popular, "Glee" yang terharu dengan pujian oleh teman lelakinya itu pula memberitahu majalah Sugar, "Alex mungkin melihat dirinya sebagai seorang lelaki nakal, namun hakikatnya dia adalah seorang yang sangat manis dan baik.

Tambahnya lagi, "Sangat penting kita mencari pasangan yang berbeza daripada kita kerana jika tidak, kita akan berasa cepat bosan".


Saksikan "I Am Number Four" di pawagam pada 24 Februari 2011!

Spider-Man Julai 2012!

Posted by TUPAI

Perhatian kepada semua peminat Spider-Man! Anda perlu menanti lebih daripada setahun lagi untuk menonton filem terbaru Spider-Man yang berjudul "The Amazing Spider-Man". Perkara ini diumumkan oleh Columbia Pictures baru-baru ini.

Dijadualkan menemui peminat pada 5 Julai 2012, filem ini masih lagi dalam produksi dan penggambaran sedang dijalankan dalam bentuk 3D! Wah, memang tak sabar!

Jika sebelum ini Tobey Maguire telah menggalas watak utama Peter Parker dan Spider-Man, kini filem ini menyaksikan pelakon baru Andrew Garfield diamanahkan memegang watak tersebut.

"The Amazing Spider-Man" yang diarahkan oleh Marc Webb ini dibarisi pelakon Emma Stone, Rhys Ifans, Denis Leary, Campbell Scott, Irrfan Khan, Martin Sheen dan Sally Field.

Gambar pertama Andrew Garfield (kanan) sebagai Spider-Man/Peter Parker.

Senarai Pemenang Peraduan I AM NUMBER FOUR

Posted by TUPAI


Team TUPAI ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang telah terpilih sebagai pemenang
peraduan "I Am Number Four"! Anda telah memenangi dua (2) tiket ke tayangan filem "I Am Number Four" yang akan diadakan di GSC, Tropicana City Mall. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ya? 
 
Penebusan tiket hendaklah dibuat di meja TUPAI/CINEMA ONLINE pada hari tayangan filem tersebut. Pemenang dikehendaki membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
 
MAKLUMAT TAYANGAN
Tarikh: 22 Februari 2011 (Selasa)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: GSC Tropicana City Mall

NOTA: Waktu tebusan tiket bermula jam 7.00 malam - 8.30 malam.

SENARAI PEMENANG 
Ahmad Firdaus bin Ahmad Ramli
Alez Tang
Ali Bukhari Amir
Anishafini
Ayu Rafikah Mohd. Amin
Badiuzaman Bin Mohd Noor
Cho Pui Kuan
Harith Ashraf Bin Abd Rashid
Hidayat Bin Masduki
Kong Mei Leng
Low Sye Nee
Nor Najiha Binti Abdul Munir
Nur Syaza Fatinah Binti Hussin
Rany Melissa Zolhaini
Saadiah Binti Hassan
Shahrir Arif
Soo Wei Siong
Tai Chai Ling
Tan Lin Lee
Tanusya murali

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook