Warner Bros dan Legendary Pictures nampaknya telah menjumpai abang badan besi mereka yang baru. Nampaknya bintang British, Henry Cavill akan mengambil alih tugas Brandon Routh dan Christopher Reeve sebagai Superman.
Cavill yang popular dalam drama sejarah "Tudor" pernah dicalonkan untuk menjadi watak utama dalam "Batman", "The Green Lantern","James Bond" dan juga watak Edward Cullens dalam "Twilight Saga"!. Pengarah bagi filem "Superman" yang baru percaya Cavill merupakan calon yang sesuai bagi memegang watak Superman atau dikenali juga sebagai Clark Kent.
Adakah Henry Cavill dapat membawakan watak Superman dengan lebih baik dari sebelumnya? Kita nantikan pada tahun 2012.
Cavill yang popular dalam drama sejarah "Tudor" pernah dicalonkan untuk menjadi watak utama dalam "Batman", "The Green Lantern","James Bond" dan juga watak Edward Cullens dalam "Twilight Saga"!. Pengarah bagi filem "Superman" yang baru percaya Cavill merupakan calon yang sesuai bagi memegang watak Superman atau dikenali juga sebagai Clark Kent.
Adakah Henry Cavill dapat membawakan watak Superman dengan lebih baik dari sebelumnya? Kita nantikan pada tahun 2012.
Mungkin begini rupa Henry Cavill memegang watak Superman nanti. Gambar sumber dari MTV.
Kami di TUPAI ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyertaan untuk peraduan "Haq" yang diadakan di Facebook Fanpage Tupai. Kepada yang terpilih sebagai pemenang, tahniah kami ucapkan! Buat mereka yang tidak terpilih, jangan sedih-sedih ya? Banyak lagi peraduan-peraduan menarik yang bakal diadakan di www.TUPAI.com.my, Portal Hiburan Terkini anda!
Penebusan barangan eksklusif dan tiket hendaklah dibuat di pejabat kami. Maklumat adalah seperti berikut:
TARIKH PENEBUSAN: 7 Febuari 2011 - 14 Febuari 2011
WAKTU PEJABAT
Isnin - Jumaat
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami
HADIAH ISTIMEWA x 5 PEMENANG
Edisi Khas T-Shirt "Haq"
Edisi Khas Mug "Haq"
Pas filem "Haq" x 2
10.00 pagi - 12.30 tengahari
1.30 tengahari - 5.00 petang
Klik SINI untuk peta ke pejabat kami
HADIAH ISTIMEWA x 5 PEMENANG
Edisi Khas T-Shirt "Haq"
Edisi Khas Mug "Haq"
Pas filem "Haq" x 2
ANISHAFINI
HIDAYAT BIN MASDUKI
NUR HIDAYATI BINTI OTHMAN
RUHANIZZA BADRUL ZAMAN
SARINAH BINTI IDRIS
HADIAH SAGUHATI X 15 PEMENANG
Pas filem "Haq" x 2
HIDAYAT BIN MASDUKI
NUR HIDAYATI BINTI OTHMAN
RUHANIZZA BADRUL ZAMAN
SARINAH BINTI IDRIS
HADIAH SAGUHATI X 15 PEMENANG
Pas filem "Haq" x 2
ALWIN CHAN
BADIUZAMAN BIN MOHD NOOR
HARITH ASHRAF BIN ABD RASHID
LAI CHEON SEAN
MOHD FADZLI ABDUL MUTALIB
MOHD HAFIZ BIN MOHD SALLEH
MOHD NOR FADZLISHAH BIN DAUD
NG CHEE HOW
NIK AHMAD KAMIL BIN NIK FAUZI
NORAINUN RAMLI
NUR SYAHIRAH BINTI HUSSIN
NUR SYAZA FATINAH BINTI HUSSIN
TAN LIN LEE
WAN ZUNAIDAH BT WAN ABDULLAH
ZULKARNAIN BIN HAMDAN
BADIUZAMAN BIN MOHD NOOR
HARITH ASHRAF BIN ABD RASHID
LAI CHEON SEAN
MOHD FADZLI ABDUL MUTALIB
MOHD HAFIZ BIN MOHD SALLEH
MOHD NOR FADZLISHAH BIN DAUD
NG CHEE HOW
NIK AHMAD KAMIL BIN NIK FAUZI
NORAINUN RAMLI
NUR SYAHIRAH BINTI HUSSIN
NUR SYAZA FATINAH BINTI HUSSIN
TAN LIN LEE
WAN ZUNAIDAH BT WAN ABDULLAH
ZULKARNAIN BIN HAMDAN
![]() |
| Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian termenung la jawabnya |
Ini lagi berita gempar mengenai bintang Indonesia, Ariel Peterpan yang terlibat dalam dakwaan video lucahnya. Ariel telah diberitakan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan 6 bulan serta denda RP250 juta bagi kesalahan tersebut. Hukuman yang dikenakan dikatakan lebih ringan kerana pendakwaraya meminta dikenakan 5 tahun penjara.
Ariel telah didakwa atas video lucahnya bersama dua orang artis yang lain yang disebarkan di internet. Pelbagai spekulasi telah timbul dan ada yang mengatakan ianya satu perbuatan khianat. Mungkinkah selepas ini kumpulan Peterpan akan berkubur juga dengan hukuman terhadap Ariel?
Ariel telah didakwa atas video lucahnya bersama dua orang artis yang lain yang disebarkan di internet. Pelbagai spekulasi telah timbul dan ada yang mengatakan ianya satu perbuatan khianat. Mungkinkah selepas ini kumpulan Peterpan akan berkubur juga dengan hukuman terhadap Ariel?
Walaupun filemnya baru sahaja ditayangkan di pawagam pada 27 Januari yang lalu tetapi berita mengenai akan sambungan filem "Haq" telah pun diumumkan. Pengumumam mengenai trilogi "Haq" telah dibuat oleh eksekutif produser, Jumaatun Azmi pada malam gala di The Gardens, Kuala Lumpur.
Tambah Jumaatun lagi, trilogi "Haq" akan memperlihatkan beberapa persoalan yang tidak terungkai pada filem "Haq" yang pertama ini.
Menceritakan mengenai pertembungan dua kuasa baik dan jahat, perbalahan dua beradik yang mempunyai kuasa bagi menegakkan pegangan masing-masing. Filem aksi ini telah dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin dan Raja Farah.
"Haq" yang baru sahaja ditayangkan di panggung kedengarannya mendapat sambutan yang kurang memuaskan dari penonton dan orang industri sendiri.Adakah dengan pembikinan trilogi "Haq" ini akan dapat menghasilkan lanjutan yang lebih bagus dari sebelumnya?
Tambah Jumaatun lagi, trilogi "Haq" akan memperlihatkan beberapa persoalan yang tidak terungkai pada filem "Haq" yang pertama ini.
Menceritakan mengenai pertembungan dua kuasa baik dan jahat, perbalahan dua beradik yang mempunyai kuasa bagi menegakkan pegangan masing-masing. Filem aksi ini telah dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin dan Raja Farah.
"Haq" yang baru sahaja ditayangkan di panggung kedengarannya mendapat sambutan yang kurang memuaskan dari penonton dan orang industri sendiri.Adakah dengan pembikinan trilogi "Haq" ini akan dapat menghasilkan lanjutan yang lebih bagus dari sebelumnya?
Ditanya mengenai filem terbarunya, "Dilarang Masuk", Azma begitu teruja untuk melihat filem itu ke layar perak. Tambahnya lagi, "Dilarang Masuk" merupakan sebuah filem yang sangat istimewa kerana merupakan filem pertama di Asia yang menggunakan kamera DSLR Canon 5D Mark II dan telah disahkan oleh syarikat Canon.
Untuk "Dilarang Masuk", Azma memegang watak sebagai Roni, seorang yang merasakan dirinya macho, bagus dan gila duit. Empat orang telah sesat dalam hutan dan terjumpa satu rumah, mereka terjumpa mayat dalam rumah itu dan duit RM2.6 juta. Maka dari rumah itu bermulalah segala misteri. Tambahnya lagi, filem ini juga mempunyai jalan cerita yang bagus dan menarik bagi tontonan penonton.
Dr.Mahathir Mohamed juga menjadi ikon bagi Azma. Baginya, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau.Pembangunan negara juga semakin bagus dan banyak perubahan yang dapat dilihat.
Sebagai seorang pelakon dan pengarah, masa untuknya banyak terarah kepada famili dan seimbangkan dengan kerja. Dari hal itu juga Azma juga masih belum mempunyai calon pasangan lagi. Tiada yang terlintas dalam fikirannya.
Nantikan temubual ekslusif kami bersama Azma Yusoof nanti bagi lebih info mengenai dirinya.
Rabu lepas, 26 Januari berlangsungnya tayangan perdana "Sini Ada Hantu" arahan James Lee. Diadakan di GSC Mid Valley, ramai kelibat pelakon-pelakon yang terlibat dan teman media yang hadir untuk menyaksikan filem hasil dari pengarah yang pernah memenangi FIPRESCI Prize di Bangkok International Film Festival pada 2005.
"Sini Ada Hantu" merupakan sebuah filem komedi seram yang menampilkan empat cerita didalamnya. Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor, Hantu Asrama dan satu lagi cerita anda perlu menonton filem ini hingga selesai untuk mengetahuinya. Sebuah filem yang juga menerapkan unsur perpaduan didalamnya, penampilan tiga kaum utama di Malaysia dengan bahasa masing-masing. Filem ini telah dibintangi oleh Baki Zainal dan juga Alvin Wong sebagai watak utama.
Walaupun ramai pelakon yang menghadirkan diri semasa majlis tayangan berlangsung, kelibat Fasha Sandha yang memegang watak sebagai hantu pokok pisang tidak kelihatan. Adakah kerana isunya sekarang ini yang membuatkan Fasha ingin mengelak diterjah media. Semalam Fasha telah mengeluarkan bukti dari bentuk sms, gambar dan juga durasi panggilan bagi menyangkal kenyataan Nora yang memberi kenyataan Fasha dan Jejai telah putus.
Mari kita lihat gambar sekitar tayangan perdana "Sini Ada Hantu".
Mari kita lihat gambar sekitar tayangan perdana "Sini Ada Hantu".
| Pengarah dan produser "Sini Ada Hantu" |
| Ehemm..ehemm.. |
| Beto dan Sufian |
| Chomat Samad |
| Barisan pelakon bagi cerita Hantu Nombor |
| Qhaud |
| Barisan pelakon,pengarah serta produser |
Untuk peminat-peminat penyanyi wanita yang serba rock, Avril Lavigne, kami mempunyai berita menarik. Sony Music akan memberikan dua tiket dan tanggungan perjalanan pergi balik kepada seorang pemenang untuk menyaksikan persembahan ratu pop rock ini di Hong Kong!
Avril yang akan keluar dengan album terbarunya, "Goodbye Lullaby" akan berada dipasaran pada 8 Mac 2011. Bagi yang ingin menyertai pertandingan ini perlulah mendaftar menjadi ahli di laman web rasmi Avril Lavigne, muat turun ringtone "What The Hell" dan jawab slogan di muka surat ini. Peraduan berakhir 5 Febuari 2011!
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
| David Teoh semasa memberi ucapan |
Pada malam 26 Januari, berlangsungnya Majlis Malam Penghargaan & Penyampaian Bonus MIG di One World Hotel di Damansara. Majlis yang diadakan bagi menghargai jasa staf dan krew MIG sehingga menghasilkan filem-filem yang berjaya.
Acara yang diadakan dengan meriah ini telah di hoskan oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak dan juga Lisa Surihani.Pelbagai hadiah dan bonus telah disediakan oleh bos MIG sendiri, David Teoh. Tidak lupa juga kepada media yang hadir diadakan acara khas cabutan undian bertuah. Antara hadiah-hadiah yang disediakan merupakan banglo, rumah, kereta, televisyen dan juga cek. Bertuah sungguh krew dan pekerja MIG.
Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang majlis berkenaan!
| Fizo Omar |
| Intan Ladyana |
| Yana |
| Shaheizy Sam |
| Lisa Surihani |
| Farid Kamil |
| Marsha |
| Mia Sarah |
| Along Raja Lawak |
| Azad Jazmin |
| David Teoh dan heronya |










