![]() | |||||||||
Bintang
Keseluruhan: 2.5
Pelakon: 4
Plot: 3
Efek Khas: 3
Sinematografi: 3
Tonton filem ini jika anda suka: “Faces Crowd”, “The Ward”, “The ring”
'Hell's Gate' atau pun sebelum ini dikenali dengan tajuk '11.11.11' sebelum ini telahpun ditayangkan di USA dan Singapura. Cuma di Malaysia waktu tayangan sedikit lambat dan mungkin disebabkan itu tajuknya juga berbeza. Filem ini bergenre seram triller dan dilihat seperti cebisan filem Hollywood yang cuba membawa penonton ke situasi yang lebih dalam.
Bagi sudut pandangan penulis sendiri, filem ini bakal ditonton oleh sekumpulan kecil yang gemarkan filem berbentuk keagamaan .Filem yang diarahkan dan ditulis sendiri oleh Darren Lyn Bousman ini bakal menjengah penonton pada penghujung tahun ini pada tanggal 29 Disember. Pada masa itulah penonton dapat menentukan maksud yang cuba disampaikan berjaya ataupun tidak
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Hell's gate’?Ianya bukan pagar ke neraka ataupun pagar. Sebaliknya Hell's gate merupakan waktu kemuncak para syaitan dalam mengorbankan seseorang untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dalam menyebarkan agama pesong.
Filem ini sememangnya memaparkan elemen seram sepanjang waktu tayangan yang berdurai 1 jam 25 minit. Permulaan cerita juga telah berjaya mengejutkan penonton dek kerana kesan bunyi khas yang berjaya menarik penonton untuk menghayati dengan lebih lanjut apa yang akan terjadi seterusnya. Kejutan yang dihadapi bagi setiap kemunculan syaitan yang berada di mana-mana sahaja yang dikatakan sedang memerhati untuk membunuh Joseph Chrone itu boleh diberika tepukan. Bagi mereka yang gemarkan filem The Ward sudah pasti filem ini akan menjadi filem yang wajib ditonton nanti. Kredibiliti aktor Hollywood sememangnya tidak perlu disangkal dek kerana Penghayatan yang diberikan oleh pelakon utama Timoty Gibs yang memegang watak sebagai Joseph Chrone yang boleh dipuji.
Bercerita mengenai karakter hantu yang seringkali muncul di saat Joseph ada betul-betul memberi kesan takut kepada penonton. Kita seperti tidak dapat menjagka bahawa ayahnya yang terlantar sakit boleh bangun dengan sekelip mata ketika Joseph cuba melelapkan matanya seketika. Mesej yang cuba disampaikan pula agak kabur pada permulaan cerita. Dan untuk penonton fahami, perlu menontonnya sehingga ke akhir cerita. Baru kesemua persoalan yang bermain di minda terjawab.
Selain daripada itu juga, permulaan cerita sedikit sukar untuk difahami apabila perempuan yang hadir di dalam hidup Joseph tanpa insiden terus melekat di dalam hidup Joseph hingga ke akhir cerita. Tiada insiden yang kuat untuk mengukuhkan sebab mengapa beliau amat menyukai Joseph dalam filem ini. tetapi apabila sudah sampai ke klimax, anda secara automatik dapat mengagak siapa yang jahat dan siapa yang baik. Pengarah,Darren Lyn ini memberi kelainan pada pengakhiran cerita kerana sehingga akhir penonton pasti akan tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya jahat dalam cerita ini.
Dari segi lakonan pula, Timothy Gibbs(Joseph Chrone), Michael Landes(Samuel Chrone), Wendy Glenn( Sadie) memberikan komitmen dan penghayatan yang bagus. Cara Samuel sendiri yang disangkakan baik dan kuat agama rupanya amat berlainan . Untuk lakonan Timothy Gibbs pula penonton seakan-akan dapat bayangkan kesengsaraan yang dihadapinya setelah kematian si isteri dan anak kesayangan dan kemudian hidup sendiri tanpa arah tuju. Kita dapat selami perasaan Joseph di dalam filem ini yang amat menyanyangi keluarganya. Watak Sadie yang juga mengalami nasib yang sama tetapi tetap meneruskan hidup setelah diberikan keyakinan daripada program pemulihan yang disertai selepas kematian suami, di situlah beliau mengenali Joseph dan menjadi kawan baik.
Secara keseluruh 'Hell's Gate' merupakan sebuah filem seram yang ditahap medium, kita masih boleh melihat filem tersebut tanpa menutup mata sepanjang cerita ditayangkan. Jujur dikatakan, filem ini biasa sahaja dan tidak terlampau seram. Dan juga, terdapat beberapa adegan yang tidak difahami penonton contohnya ketika ayah Joseph masih hidup dan koma, dan pada waktu lain dia bangun memberi pesanan kepadanya anaknya dan seterusnya mati. Konfliknya juga agak berat untuk difahami. Mungkin pengarah cuba memberikan kelainan untuk filem ini.
'Hell' Gate' atau dikenali juga dengan nama '11.11.11' bakal menemui penonton di pawagam 29 Disember 2011 dan pengeluar bagi filem ini adalah Gala Entertaiment pengeluar di Malaysia sahaja.






