KPOP STAR Program Realiti Terbaru Di ONE HD

Posted by TUPAI


ONE HD merupakan sebuah saluran rangkaian Astro B.yond yang memaparkan program entertainment dan drama dari negara Korea. Terbaru ONE HD akan menayangkan secara eksklusif untuk tontonan peminat setia program entertainment dari Korea. KPOP STAR merupakan sebuah program realiti yang mengcungkil bakat untuk menjadi seorang bintang Kpop terkenal.

Program realiti ini dibuka kepada semua peserta dari seluruh dunia seperti Eropah, America Selatan, US dan Korea. Istimewanya program KPOP STAR ini akan dijuri oleh barisan juri yang terkenal dan berpengalaman dalam industri muzik Korea. Mereka terdiri dari artis BoA, Yang Hyun Suk dan J. Y. Park.

BoA merupakan seorang penyanyi yang bernaung dibawah syarikat rakaman terkenal S.M Entertaiment yang menguruskan kerjaya seni kumpulan terkenal seperti Girls Generation, Super Junior, SHINee dan TVXQ. BoA juga digelar dengan gelaran “ Queen of Korean Pop Music”. Manakala Yang Hyun Suk merupakan salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Seo Taiji & Boys. Beliau juga merupakan pemilik dan CEO kepada syarikat rakaman YG Entertainment yang menguruskan artis seperti Big Bang, 2NE1 dan PSY. J.Y.Park juga merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penari, penerbit album dan CEO kepada JYP Entertainment yang menguruskan artis seperti Rain, Wonder Girls, miss A dan 2PM.

Pemenang bagi program ini nanti akan menerima hadiah wang tunai bernilai KRW300,000,000 bersamaan dengan RM 822,921, kontrak album antarabangsa dan berpeluang menyertai proses latihan untuk menjadi bintang K-pop dengan SM, YG dan JYP Entertainment. KPOP STAR akan ke udara pada 3 Januari 2012 pada hari Selasa, jam 6.25pm di saluran 393 ONE HD, Astro B.yond.


Yang Hyun Suk
BoA

, , , | edit post

CARIAN

Memuatkan ...

SELAMAT DATANG KE TUPAI

Jika ada sebarang pendapat atau cadangan mengenai artikel atau apa saja, sila hantar kepada tupaimy@gmail.com / editor@cinema.com.my

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan yang dijalankan di TUPAI, email-kan saja kepada peraduan@tupai.com.my

VIDEO

Tupai @ Twitter

Tupai @ Facebook